#TolongJagaDiaUntukKu
#Bahagian7Beb, ko rasa kita masih perlu cari tu perempuan kah ?kata Alice mengingatkan Lydia tentang rancangan awal mereka dahulu untuk mencari Edora tetapi memandangkan kad kredit telah ditamatkan semuanya termasuk kad kredit Darshan yang dipegang oleh Edora, Lydia sudah melupakan hasratnya.Lagipun tiada juga sebarang bukti kecurangan terbaru Darshan.
"Sya rasa, biar sajalah tu.Kasihan juga perempuan tu sudah move on study, kita pula yang ganggu hidup dia nanti tidak pasal-pasal kita kena cakap meroyan satu KK nanti"kata Lydia,cuba melupakan semua yang sudah berlalu.Dia mahu memulakan buku baru bersama suaminya walaupun sekarang terpaksa bermula daripada 0 semula.
"Ko sure dorang tidak berhubung lagi?"
"Bersangka baik sajalah Beb, bikin semak otak pikir yang tidak nampak dengan mata sendiri"
"Jadi kalau ko nampak dengan mata sendiri macamana? Ko berani mau hempuk dorang? "
"Beb cuba jangan fikir yang bukan-bukan.Kata-kata itu doa tau.Pikir yang baik-baik sahaja baru ada aura positif masuk butik kita ni"
"Whatever lah ko Beb..asyik positif saja. Last-last kena tipu hidup-hidup..trus pintasan eletrik sebab positif kena negetif trus aktif .Meledak macam volcano"
"Sudah-sudah..potong kain ikut pattern sya bagi tadi.Inda siap ni nanti.Asyik bepikir drama jak ko ni.Tulah kalau tengok drama TV3 saja.Kisah hidup sya pun ko buat macam drama.Hahaha"
"Ialah..si Husnah tu belum tentu diam-dian tidak beraksi tu.Sya hairan juga ,Suzy cakap haritu dia yatim piatu , tiada kerja, tapi boleh pula dia sambung study.Medic lagi tu yang pakai duit banyak..ehmmm"
"PTPTN kan adooo!!"kata Lydia melawak ,buat gaya macam iklan PTPTN.
"Hahahah" mereka ketawa sama-sama.
******
Sebelum tidur Darshan memberi tahu Lydia tentang dia ada urusan hujung minggu ini.
"Oya, sayang, sya pigi KK Ahad ni.Tapi hari Sabtu, esok petang lagilah jalan sebab sya malas berurusan kalau masih penat driving. Sayang mau ikut? Tapi anak-anak tidak boleh ikutlah sebab takut bosan pula dorang sebab sya akan banyak berjalan tu. sya mau memperbaharui kontrak pembekal ubat di klinik semua.Lagipun sya mau langsaikan hutang-hutang sama dorang semua sebelum hujung tahun.""Pigi sajalah Shan, sya jaga anak-anak di rumah. Lagipun Shan busy kan.Nanti sama juga duduk di hotel saja, tiada guna juga ikut kan"
"Dari sayang saja lah.Ok lah kalau begitu.Good night sayang"
"Good night Shan"
Di dalam fikiran mereka masing-masing membuat andaian..
"Betulkah dia berurusan atau dia mau jumpa balik si Edora ni? Harap-harap betullah dia berurusan.Sya misti tanya Suzy ni betul atau tidak"
kata fikiran Lydia."Nasiblah memang sya ada urusan di KK.Kalau tidak, susahlah sya mau urus anak harta sya."
*******
Hari Sabtu.Lydia seperti biasa, menghantar anak bongsunya Willy yang baru 4 tahun itu ke taska dan pergi ke butik untuk kerja.Darshan pula ke klinik nya seperti biasa.Daneal dan Billy tinggal dengan Ustaz Rafiq di rumah.
Lydia masuk sambil menghayal. Dia tidak sedarpun Alice dan 2 orang pekerja mereka tegur selamat pagi.Alice menarik bahu Lydia.Dia terkejut.
"Eh.mak ai! "Melata
"Hahahah"semua ketawa
"Kenapa menghayal pagi-pagi ni Beb.Cucita cucita..hihi"
kata Alice sambil duduk di sofa tetamu.
"Beb doktor pigi KK karang petang.Tidur sana, kononnya dia malas berurusan kalau masih penat driving.Ahad baru dia berurusan.Dia sudah buat temujanji khas.Ko rasa dia jujur kah tu"
YOU ARE READING
Tolong Jaga Dia UntukKu Siri 1 (Published As Book)
Non-FictionDapatkan Buku Novel bercetak ready stock sementara stock masih ada sekarang. 200 ms 21 Bab RM29+ pos RM9(ss)/RM10(sm) Watsap 0109454580 untuk pembelian.Tqvm Sinopsis Cerita tentang kecurangan seorang suami dengan bekas kekasihnya semasa isterinya t...