#TolongJagaDiaUntukKu
#Bahagian10Apabila Darshan bercakap pasal mahkamah, Alice ada sedikit gusar sebab dia bukan ada kaitan saudara dengan anak-anak Lydia.Macamana dia boleh mempertahankan mereka daripada diambil oleh Darshan dan puan Mellyani?
Mahu tidak mahu,Alice terpaksa menghubungi encik Empa bapa kepada Lydia dari Sarawak. "Maafkan sya Beb, sya terpaksa.Daripada ko kehilangan anak-anak ko.Sya terpaksa"kata hati Alice.
*****
Jam 10:15 pagi.
Encik Empa sampai di butik Alice dengan menaiki Grab. Dia masuk, meletakkan begnya di dalam butik.Wajahnya kelihatan tegang.
Alice menyambutnya dengan senyuman tetapi wajahnya tetap tegang.
"Sihat uncle ,minum dulu"kata Alice sambil membawa segelas kopi.
"Mana Darshan?"Tanya Empa
"Di klinik, sebelah"jawab Alice takut.Dia seperti boleh mengagak apa yang bakal diterima oleh Darshan daripada mentuanya.
Empa tanpa membuang masa, keluar mendapatkan menantunya di klinik sebelah.Alice mengikutinya dari belakang.Menjadi penonton setia.Empa masuk dan menarik leher baju Darshan di dalam bilik doktor."Masa kitak maok ambik anak kamek, nya kacak ngan sihat . Masa ya bapak sik mintak kitak sesen pun duit . Sigek jak bapak mintak , jaga nya kedak nie bapak merik nya dolok . Tapi kitak buang nya camya jak dalam keadaan terlantar ngan sik bermaya untuk madah sik . Kitak nang suami yang binatang . Kitak bukan menantu bapak agik . Kaktok, kamik mok kitak ngerasa apa ya asa sakit."
Bapa lydia,Empa tidak tahan hati, dia hadiahkan satu tumbukan tepat ke muka Darshan.Darshan tersungkur di atas lantai kliniknya.Memang tepat seperti yang Alice agak."Maafkan sya bapak.Sya tidak sangka yang Lydia boleh sakit sampai begitu. Sya tidak tahu"jawab Darshan merangkak memegang kaki bapa mertuanya.
Empa menendang kakinya untuk melepaskan tangan Darshan dan pergi meninggalkan menantunya.
"Jumpa kitak di mahkamah"
Empa keluar daripada klinik itu bersama Alice meninggalkan Darshan yang sedang memegang hidungnya yang patah,berdarah.
*****
Esoknya, Empa menuntut ketiga-tiga anak Lydia dan Darshan untuk dibawa ke Sarawak untuk di jaga olehnya dan isterinya Melia ibu Lydia.
Tetapi malangnya, mereka kalah. Darshan telah membuat laporan yang dia ditumbuk oleh bapa mertuanya.Laporan dan bekas tumbukan itu digunakan oleh Darshan untuk mengatakan bahawa bapa Lydia tidak sesuai menjaga anak-anak kecil kerana panas baran.
Ketiga -tiga anak itu telah di ambil oleh Darshan selepas dia menang kes hak penjagaan sementara Lydia belum sedar daripada sakit.Alice dan Empa tidak dapat berbuat apa-apa."Maaf bapak. Sya terpaksa bawa budak-budak sama sya.Nanti Lydia sihat,sya bagi balik sma Lydia anak-anak ni.Sementara biar sya jaga.Jagan risau, Sya jaga budak-budak ni bagus-bagus."
Empa mentua Darshan tidak sangup memandang wajah Darshan.Dia melihat ke arah anak-anak dan memberi pesanan.Kali ini dia bercakap dengan logat yang lebih difahami oleh Darshan sebab hari itu dia marah sangat sampai dia cakap ikut suka hati dia sahaja.
"Kitak jaga anak-anak bait-bait.Jangan kamek dengar kita kena biar . Kelak kitak menyesal . Kelak Lydia sedar kitak jangan sakitkan nya agik. Berik nya anak-anak.Lepaskan ajaknya, biar nya hidup ngan aman"
Empa menenangkan perasaan nya dan cuba bercakap dengan Darshan walaupun hatinya bagai sedang dibakar.
"Faham bapak. Nanti dia sedar sya bagi dia anak-anak ni. pasal lepaskan dia, nantilah kami bincangkan"
Alice dan Empa meninggalkan Darshan dan anak-anak Lydia dengan sedih tapi terpaksa akur dengan undang-undang.Mereka berdua pergi ke hospital untuk melawat Lydia.
Sesampainya di sana, Empa tidak dapat mengeluarkan kata-kata.Dia memeluk anaknya yang sedang terlantar di katil dengan sambungan oksigen untuk meneruskan hidupnya.Empa menangis sepuas hatinya.Selapas kesakitan hatinya redah barulah dia boleh bercakap.
YOU ARE READING
Tolong Jaga Dia UntukKu Siri 1 (Published As Book)
Non-FictionDapatkan Buku Novel bercetak ready stock sementara stock masih ada sekarang. 200 ms 21 Bab RM29+ pos RM9(ss)/RM10(sm) Watsap 0109454580 untuk pembelian.Tqvm Sinopsis Cerita tentang kecurangan seorang suami dengan bekas kekasihnya semasa isterinya t...