Kerja yang diupah Fattah mula menjalankan tugasnya. Mereka mengintip Harris daripada jam 5 petang , sedangkan pada masa itu hanya pengawal sahaja yang berada di dalam office. Tiada seorang pekerja yang masih bertugas malah , Harris menipu Amera yang dia ada banyak kerja pada malam itu.
(UNTUK PENGETAHUAN KORANG SEMUA PENGINTIP YANGN DIUPAH FATTAH ADA 3 ORANG YANG BERNAMA BOB , CHIN , DAN TOM),
"Hah Chin , aku nak kau ikut belakang kereta Harris. Kerja kau ikut jer dia. Tom , kerja kau pula ambil gambar Harris kalau ternampak dia dengan perempuan lain. Ingat , jangan sampai kantoi" kata Bob kepada kawannya.
"Habistu apa kerja kau Bob ?" tanya Chin.
"Kerja aku beritahu bos apabila kita sudah selesai menyiasat." Kata Bob.
"Oklah, kitaorang akan mula ikut dia hari ni jugak." Kata Tom.
"GOOD JOB" Kata Bob.
Tom dan Chin memulakan tugas mereka. Mereka mengekori kereta Harris hingga sampai ke sebuah tempat iaitu di Shopping Complex. Dalam masa perjalanan, Harris meragui siapakah pula yang mengikutinya tetapi dia menganggap bahawa orang belakangnya mahu ke shopping complex juga. Fuhh, nasib baik tidak kantoi rancangan mereka ni. Harris telah pergi ke sebuah kedai menjual pakaian lelaki dan perempuan. Tetapi hairan , dia tidak membeli pakaian di situ malah berjumpa dengan seorang wanita yang sangat cantik.
"Eh Tom , kau nampak tak mamat tu dengan perempuan lain. Ko ambil gambar dekat tempat yang tersembunyi. Lepastu , kerja kita sudah selesai". Kata Chin sambil bersembunyi.
"Ok Chin. Aku akan ambil gambar diorang ni. Hish, kau tengok mamat tu dah ada bini pun masih pegang perempuan lain. Bertaubatlah." Marah Tom.
Kerja mereka diteruskan. Gambar sudah ada dalam genggaman. Rupa-rupanya Chin dan Tom ini ikut mereka sampai malam. Harris dan seorang perempuan tu siap buat dinner lagi. Mungkin hari lahir dia kot. Tom pun mengambil gambar mereka yang tengah berhappy. Yang peliknya, Harris tidak balik ke rumah langsung malah dia asyik ikut perempuan tu ke mana mana je. Huh, pelik , pelik.
Keesokan harinya,
Gambar Harris dan seorang perempuan itu telah diserahkan kepada Fattah. Ada 5 keping gambar yang diterima.
"Wow, good job Chin, Tom. Tak sia-sia aku minta korang jadi penyiasat." Kata Fattah dengan gembira sambil memegang kepingan gambar itu.
"Senang jer boss. Nak payment boss. Lebih sikit." Minta Chin.
"Yer, aq dah prepare dah ni. Nah, nanti kalau aq a da apa apa hal lagi, aq akan mesej korang." Kata Fattah sambil menghulurkan sejumlah wang.
"Ok, boss. Kami balik dulu." Kata Chin dan Tom serentak.
Mereka pun balik dengan gembira. Dah dapat duit mana tak gembira.
" Akhirnya, aq dah dapat bukti yang cukup. Tak lama lagi aq akan dapatkan Amera Balik. " Kata Fattah sendirian.
~BERSAMBUNG~
YOU ARE READING
Komik_Cinta_Kita
Cerita PendekMENGISAHKAN KISAH CINTA YG TIDAK KEKAL DENGAN SEBAB SEORANG PEREMPUAN YANG IRI HATI. BIAR AKU KEJAR CINTAMU (MISI)