Aku bukan perisik biasa-biasa yang cuma memberi maklumat atau info. Aku juga bertugas sebagai pembunuh upahan.
Kalau tak percaya, aku peduli apa. Memang aku aset berharga yang Mr. K miliki. Hanya orang-orang tertentu yang diberi kepercayaan saja tahu aku merupakan pembunuh upahan yang terlatih. Semua yang aku mahu, disediakan oleh Mr K tanpa banyak soal.
Pertama kali belajar menembak merupakan sesuatu perkara yang rumit dan susah. Sudahlah senjata berat. Nak tembak tepat lagilah payah. Mula-mula aku dilatih untuk menembak binatang. Semuanya haiwan jinak...bertujuan untuk menghakis sifat perikemanusiaan yang tersisa dalam diri ini.
Pernah sekali, aku takut nak menembak sampaikan terketar-ketar jari nak menarik picu. Rasa itu semakin luntur apabila aku semakin dikerah keras oleh Mr K. Kali ini bukan binatang lagi yang menjadi sasaran tetapi manusia yang masih bernyawa!
Tuhan sahaja tahu perasaan aku ketika itu. Takut...sedih...bercampur baur sehingga aku tidak kenal lagi erti kasihan, simpati, dan perikemanusiaan. Malah aku juga bagaikan tiada hati nurani.
Topeng wajah gadis menawan yang selama ini tersarung dalam diri aku masih terpahat kukuh. Aku tetap Hildie! Pangkal nama aku saja sudah bermaksud mati. Dan digabungkan Hildie bermaksud pejuang wanita.
M A T I satu perkataan yang aku tidak gentar. Lagi mara adalah.
Semakin lama dibasuh otak aku, aku telah memupuk sifat lain yang berada dalam tubuh aku ini. Sifat buas, rakus , syaitan semuanya bergabung membentuk satu jasad yang tidak mempunyai perasaan. Kosong. Dingin dan membeku.
Itulah diri aku yang kini.
KHAMIS 25 MEI 2017.
Aku melangkah dengan pakaian seragamku untuk mencari mangsa baharuku.Semestinya misi aku bersangkut paut. Kebetulan hari sedang hujan lebat. Sedikit sebanyak dapat menghapuskan bukti bagi permainan aku yang akan berlangsung tidak lama lagi ini.
Dalam hati , sudah bersorak. Lama aku tidak mendapat permainan baru.
Permainan bermula!
Aku mengekori seorang lelaki yang bertubuh kurus kering seakan penagih dadah. Memang dah penagih. Siapa sangka lelaki ini pernah memiliki rangkaian perniagaan meliputi antarabangsa. Hanya kerana dadah , hidup dan karier yang terbina musnah berkecai. Dan lama- kelamaan dia mulai dipinggirkan.
Berdetap-detap bunyi tapak kasut but aku apabila menyentuh permukaan jalan tar. Seronok apabila berlaku aksi kejar mengejar.
Dia ketakutan apabila melihat kelibat aku di balik remang malam. Tiga pagi, siapa nak berjaga pada waktu itu? Pada pukul tiga pagilah aku bergiat aktif. Tangan aku lincah untuk mencari sasaran.
Tangan meraba-raba di celah pinggang. Sepucuk pistol HK P9S dikeluarkan. Memang sengaja aku memakai pistol ini kerana saiz pistol ini juga kecil, lebih kurang sebesar tapak tangan. Lagi mudah untuk ditembak pada sasaran nanti.
Sebelah mata dipejam dan kedudukan sasaran diperkemaskan lagi. Aku tidak suka untuk bermain sekejap...akan aku pastikan permainan ini berlarutan berjam-jam lamanya.
Kaki kiri ditembak dan tepat mengenai peha kirinya. Dia menyeringai kesakitan . Semakin menaik adrenalin dia apabila aku sengaja melambatkan pergerakkan untuk menghampirinya. Sengaja aku memberi masa untuk dia 'lari '. Sejauh manalah seseorang nak berlari dengan kaki yang terdengkol-dengkol itu.
Jemari yang dibaluti sarung tangan putih dimasukkan dalam kocek jaket.
"Larilah!!! Jangan sampai tertangkap!!" Aku berteriak. Suara diubah menjadi suara lain. Ada kala aku bertempik dan ketawa sehingga keras perut.
Suka melihat tikus makmal aku berlari.Apabila aku sudah tidak tahan lagi...maka aksi aku kali ini lebih ekstrim apabila aku mengelar kedua belah bahu lelaki itu.
Dia terjerit sambil menekup kelaran seni yang aku ukir pada bahunya itu. Mesti seronok!
Aku mencangkung. Badannya aku rebahkan perlahan-lahan walaupun dia meronta dengan saki baki tenaga yang ada sampai mulutnya terkumat kamit menghalau aku untuk pergi.
"Come my new toy" Bisikku dengan suara yang menyeramkan.
Sebilah pisau yang tajam dan berkilat aku tusuk pada lengan lelaki itu. Mulutnya awal-awal aku sumbat dengan baju yang dipakainya. Darah membuak-buak keluar bagaikan paip air yang bocor.
Lagi dalam aku robek isi dagingnya itu. Satu cip aku keluarkan melalui lubang yang telah aku korek tadi. Dia menggelupur serupa ayam yang kena sembelih.
Cip yang berada dalam tubuhnya itu agak berharga. Aku masukkan cip tersebut dalam satu bekas plastik yang lutsinar. Aku mengesat air mata yang turun membasahi pipi lelaki itu.
Satu kotak kecik yang mengandungi satu set alat pemutar skru aku cabut. Tanpa amaran aku robekkan mata dia dan keluarkan bebola mata tanpa teragak-agak.
Nadi lelaki itu berdenyut perlahan sambil mulut mengaduh dan dia kelihatan sangat menyedihkan dengan rupa sebegitu.
Kalau setakat cip sahaja....baik aku tak payah susah-susah seksa dia. Tapi aku sukakan cabaran.
Perutnya yang agak leper aku usap sebelum aku tikam bertalu-talu. Setelah itu kulitnya dilapah dan aku menarik kasar usus-usus yang terbelit pada badan lelaki itu. Dia sudah lama menghembuskan nafas terakhir pada malam durjana itu.
Cekap sekali aku menarik keluar jantung yang masih berwarna merah itu dengan berhati-hati. Kemudian aku potong segala urat yang terbelit dan jantung itu aku masukkan dalam balang kaca. Boleh jadikan sebagai trofi kenang-kenangan.
Oleh kerana masa yang tidak mencukupi aku hanya dapat mengeluarkan jantung lelaki itu sahaja.
Isi perutnya yang terburai aku biarkan sahaja tanpa mengemasnya. Kalau manusia lain nampak....pasti mereka sudah muntah dan berpintal segala urat perut melihat sekujur mayat yang tidak sempurna anggota badannya itu.
Segala peralatan yang digunakan dimasukkan ke dalam satu bekas dan disumbat ke dalam beg sandang.
Selesai memerhati keadaan sekeliling dan dipastikan telah selamat aku beredar meninggalkan jasad lelaki yang tidak bernyawa itu.
Balang yang berisi jantung lelaki itu aku perhati dengan senyuman terlorek. Hasil titik peluh aku. Gigih nak merobek badan dia semata- mata nak tarik jantung dia.
Gila! Kau memang gila!
YOU ARE READING
SILENCE KILLER
Action[🏅Longlist & Shorlist on Besties 2019🏅] NOTED: SILENCE KILLER (NEW VERSION) VERY SLOW UPDATE! ● SECOND ACTION STORY BY LIAHANA_ Wujud ke cinta antara penjenayah dan pengintip? Oh cliche! Tolonglah ! Nak jadi pemburu tapi dah ters...