"Kenapa..GOD! Kerusi aku!" Jerit seorang lelaki memakai kaca mata hitam. Patut la suasana sunyi saja di dalam rumah agam itu. Dia lekas-lekas masuk dan memeriksa barang perkakas yang separa ranap itu. Cuping telinga dia memerah. Cermin mata dibuka. Anak mata dia tajam menikam setiap seorang rakan dia dengan pandangan membunuh.
"Siapa buat?" Gigi dikacip. Rahang dia bergerak-gerak. Urat hijau mula timbul. Berbahang dia melihat harta-harta dia musnah.
Dariel tunjuk Romeo. Romeo menggeleng pantas dan menunjuk Ammar. Ammar cepat-cepat tundingkan jari kepada Heldie yang tak tahu hujung pangkal. Hei ingat ni pertandingan tunding jari ke? Tiba-tiba nak buat rantaian makanan. Baru masuk rumah agam ini. Banyak pula kejutan dia terima! Oh heaven gila. Naik juling mata Heldie. Baru sekarang Heldie rasa menyesal terima tawaran Mr K. Padanlah jumlah yang ditawarkan sampai 100 ribu. Kalau tahu andai dia dilanyak teruk di Malaysia ini. Takkan dia jejak kaki di bumi ini. Dan-dan feeling syahdu...bila susah baru dia teringatkan sahabat dia Danella. Nak balik mummy!!
"Kau!"
Heldie bangkit. Walaupun sakit di lengan kian mencucuk. Dia takkan tinggal dengan badigol empat ekor ini. Muktamad! Lagipula mereka hanya berurusan dengan misi rahsia itu sahaja.
"Apa?" Soal Heldie selamba.
Mata Kael hampir terkeluar dari soket. Meter amukan Kael mencanak naik apabila dengan selamba gadis itu menyoal Kael kembali. Sebelum dipandang muka Heldie dan sofa bergilir-gilir.
"Bocor ke?"
Heldie menggeleng kepala tanda tidak faham. Dah kenapa tetiba bocor. Kau ingat aku paip air ke?
Kael terkulat-kulat. Nak marah tapi dia perlu tangguhkan niat dia dulu. Bibir dimuncungkan ke arah sofa yang diduduki Heldie. Heldie dengan kepala otak kosong melihat sofa yang dia duduki penuh dengan darah. OMG! Jangan kata dia bendera .....
Punggung diraba. Tak basah! Sure. Jaket yang tersarung dibuka tanpa segan silu. Belakang tubuh dia dipenuhi darah! Mesti hasil dari bertarung tadi. Lapan pasang mata terbeliak memerhati aksi selamba gadis itu. Selamba biawak dia buka jaket dah tu yang pakai sehelai singlet putih saja. Kalau pakai t-shirt okay lagi.
Cepat-cepat Dariel mencempung tubuh genit Heldie. Eh baru perasan Heldie lagi kecil dari Dariel. Tangan didaki. Heldie apa lagi mengamuk minta diturunkan. Tapi dek luka yang semakin sakit dia tahankan. Kael membuntuti langkah Dariel. Bilik rawatan di tingkat dua dibuka.
Baru Heldie nak menjerit namun terpandangkan bilik yang seakan diubah suai menjadi bilik sakit. Dah macam bilik bedah siot! Dengan peralatan canggih siap dilengkapi peralatan hospital lagi. Bapak kaya!
"Kael. " Dariel menyebut dan Kael lekas-lekas keluarkan peralatan untuk mencuci luka.
"Weh aku kena selak baju kau ni. Belakang kau dah bleeding. Aku selak tau." Kael menyoal. Tak budiman kalau dia terus buka baju Heldie. Nanti digelar 'jantan gersang'. Oh tolonglah.
Kael memulakan tugas tanpa gangguan. Singlet Heldie diselak. Kawasan yang luka itu ditekap dengan kapas. Dia mengeluh melihat kecederaan Heldie yang dia rasa agak serius. Apabila darah dibersihkan maka makin jelas anak mata Kael terarah pada sebutir peluru yang tertanam pada bahagian pinggang Heldie.
"Kau kena tahan sikit . Aku kena keluarkan peluru. Nanti lagi melarat." Kael bersuara. Heldie mengangguk. Sempat juga Kael mengambil sehelai tuala bersih dan diberi kepada Heldie. Dia nak keluarkan peluru hidup-hidup ya! Mana ada bius. Pasti yang terseksa Heldie. Mula-mula Heldie tak tahu pun yang dia terkena tembakan. Cuma semasa berlawan dengan Romeo dan Ammar luka dia semakin berdenyut sakit.
Kael cekap memulakan tugas dia untuk mengeluarkan peluru yang tertanam pada anggota tubuh badan gadis itu . Tugas ini sememangnya mudah bagi Kael kerana dia merupakan seorang doktor pakar bedah. Jadi tiada masalah. Selama dia join kumpulan Dariel and the gang dialah yang merawat mereka semua. Heldie mengigit tuala dengan kuat jemari dia makin kuat mencengkam tuala itu.
YOU ARE READING
SILENCE KILLER
Action[🏅Longlist & Shorlist on Besties 2019🏅] NOTED: SILENCE KILLER (NEW VERSION) VERY SLOW UPDATE! ● SECOND ACTION STORY BY LIAHANA_ Wujud ke cinta antara penjenayah dan pengintip? Oh cliche! Tolonglah ! Nak jadi pemburu tapi dah ters...