7: Something inside you

95 6 1
                                    

"Jom ikut aku." Hildie cuba menyembunyikan riak wajahnya. Sedikit keliru sebenarnya. Kenapa mamat ini buat baik pula dengan dia? Ataupun ada agenda lain yang tersembunyi. Otak Hildie bekerja keras dengan pelbagai andaiannya sendiri.

"Tak nak." Sepatah dijawab. Enggan sebenarnya, sudahlah tadi keempat jejaka itu mencabar kesabaran dia! Mereka ingat dia tunggul kayukah ?

Kael mengeluh dalam hati. Tak terluah di wajahnya. Dasar perempuan degil. Si kepala batu...nasib muka cantik. Walaubagaimanapun, markah kecantikkan tak menjamin sikap yang baik!

"Aku nak bawa kau ronda-ronda. Jomlah Hildie." Dilembutkan lagi ton suara. Dengan perempuan yang tak nak kalah maka Kael terpaksalah mengalah. Kael sendiri rasa geli dengan suara dia. Hahaha. Sikit-sikit nak iras macam kaum tersebut.

Hildie jongket kening dengan senyuman senget. Mak aih lembut suara. Mahu goosebump dia macam ini... beserta muka tak rela dia membonceng di belakang Kael.

Jujur Hildie akui yang dia lebih rindukan berada di negara sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jujur Hildie akui yang dia lebih rindukan berada di negara sendiri. Lebih dekat di hati gitu.

Langit sudah kelam namun kenderaan masih ada yang berpusu-pusu keluar masuk. Mungkin mencari nafkah buat keluarga.
Keluarga? Dia sendiri tidak punya keluarga atau lebih tepat sebatang kara .

Sekarang dia masih pegang status bujang terlajak. Jangan kata teman lelaki, teman yang betul-betul rapat pun ada beberapa kerat aja. Hildie benci bersosial dan berdasarkan personaliti dia yang tak berapa ramah itu, dia jadi susah nak bergaul dengan orang asing. Punyalah lama dia berangan, sampaikan Kael cuit bahu barulah dia kembali di alam realiti.

Ah! Kadang-kadang realiti lebih pahit untuk ditelan. Tapi pengalaman yang dapat mendewasakan diri kita.

Kael membuka kotak piza yang sempat dia beli tadi. Hildie mesti lapar. Sepotong piza disua kepada gadis tersebut apabila gadis itu hanya diam tak berkutik. Mungkin hanyut dalam dunia dia sendiri.

Aku memandang kosong sepotong piza yang disua pemuda itu. Riak wajah dikekalkan. Masih dingin dan seolah-olah tidak terusik langsung. Beku.

Apabila melihat Hildie hanya kaku, Kael mula menjamah dengan lahapnya.Dia pun tidak makan malam lagi semata hendak pujuk Hildie dan sekarang ada minah kepala batu yang jual mahal. Sesekali dia dapat tangkap anak mata Hildie yang merenung hujung mata. Kael tersengih sendiri.

'Lapar tapi tak nak mengaku!'

Selesai menjamah makanan malam yang tidak berapa sihat itu, aku dan Kael terduduk kekenyangan. Masing-masing hanyut dalam dunia sendiri. Ralit memandang ciptaan Tuhan.

"Jadi...siapa kau?" Suara garau Kael memecahkan suasana sunyi yang menyelubungi mereka. Hildie melangut dari posisi yang sebelumnya memeluk tubuh.

"Manusia."Selamba Hildie membalas. Kael membuat muka tak berpuas hati dengan jawapan 'bernas' Hildie itu. Bibirnya terjuih seketika.

"Macam kau nampak....seorang perempuan yang datang dari luar negara semata-mata untuk misi dan juga duit." Jawapan yang agak selamat diberikan kepada lelaki itu . Hildie tidak mahu terlepas cakap atau membuatkan Kael berasa curiga terhadapnya.

"Your real life....childhood time perhaps?"

"Tragik mungkin....anak yatim yang kehilangan ibu bapa sejak berumur dua tahun. Kehidupan tanpa ibu bapa mungkin bagi aku kesan yang mendalam. Masa kanak-kanak aku tak macam orang lain. I'm different," Di hujung ayatnya Hildie menekan suara ke satu oktaf lagi. Kolam mata yang terasa bergenang dibiarkan saja.

"Selepas itu...masa remaja kau?" Kael mencari anak mata Hildie dan terus menatapnya tajam. Anak mata Hildie mengecil dan membesar serentak itu dia seakan bertukar ke raut wajah asalnya yang beku. Kael tersentak dengan perubahan yang ditunjukkan gadis itu.

"Hantar aku balik." Dingin dan keras suara Hildie.

" Tapi.."

"I said now!!" Hildie menjerkah. Suasana terasa tegang.

Kael memegang bahu Hildie supaya berhadapan dengannya. Hildie melangut dan seluruh pandangannya terisi dengan raut wajah lelaki itu yang sukar dia tafsir. Keliru mungkin? Hildie bergelut dan berusaha untuk melepaskan diri dari cengkaman gagah Kael.

"Stop! I saw something...something inside you." Dikala suara Kael melengking barulah Hildie berhenti melepaskan dirinya.

" Kau bukan siapa-siapa pun dengan aku! Tak perlu kau nak 'baca' aku! Bullshit!!!!" Hildie makin berang. Segala jurus seni mempertahankan dirinya dilepaskan. Tangan dan kaki lincah beraksi.

Kael dan Hildie mula bertarung. Hildie memilih untuk menyerang ganas. Pertarungan berlanjutan sehingga kedua-dua mereka termengah. Keringat yang mengalir deras tidak dipedulikan baik Hildie ataupun Kael.

Hildie membelakangkan tubuh dari lelaki itu serentak itu sepasang kaki miliknya menapak  ke hadapan tanpa berpaling. Tahulah dia cari jalan pulang sendiri!

"Why so serious ? Remember I am doctor." Suara Kael  berjaya membuatkan langkah Hildie terhenti secara automatik. Tubuhnya bagaikan pegun , keras serta kejung, Tidak tahu perkataan yang mana lebih tepat tetapi anehnya tubuhnya yang berdiri statik.

Bibir Kael ternaik dan senyuman sinis dihadiahkan khas buat Hildie. Dia ada motifnya sendiri.

"You're doctor huh? I am killer then." Kali ini senyuman Hildie pula yang dilihat agak menyeramkan.

753 words...target 1K tapi bila dah lama sangat hiatus ( 2 years and more) lupa dah😂😅 word tak flow and ambil masa yang lama nak menulis even 1 chap😓 btw jangan lupa VOTE & COMMENT 💕 AND I NEED FEEDBACK FOR THIS CHAP LAGI2  WRITER TERASA MACAM THIS IS COMEBACK FOR ME. ( muahahahaha perasan gila LiaHana_ ni😜)

-LIAHANA












You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 10, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SILENCE KILLERWhere stories live. Discover now