37

80.9K 2.5K 146
                                    

"MAMA cakap benda betul kan? Pak cik itu papa Aira yang betul ke?" Soal Aira dengan teruja, bahu Ariana dipegang lembut. Ariana mengangguk sambil mengelus rambut Aira.

"Betul..Dia papa awak berdua. Papa kandung awak berdua." Aira dan Adelia berpandangan lama sebelum lari ke arah Haiden dan memeluk Haiden lama, Fikri dan Dinda memandang dengan perasaan sebak.

Dinda sudah tersenyum sambil mengelap air matanya yang mengalir.

Selama ini kembar tidak pernah mendapatkan kasih sayang dari ayah yang sebenar. Hari ini, Tuhan telah memberikan kebahagiaan itu.

Haiden terus mendakap erat tubuh anak-anaknya erat, akhirnya impian dia untuk berjumpa dengan anak-anaknya termakbul.

Air mata lelakinya mengalir deras, kalau dahulu dia ingin membunuh anak ini, pasti sekarang tidak ternampak wajah mereka yang sangat cantik ini. Aira dan Adelia sudah teresak-esak di dalam dakapan Haiden.

“Papa, Aira rindukan papa." Ujar Aira sambil memeluk erat tubuh bidang papanya.

"Adik pun sama, adik minta maaf sebab takut dengan papa..Papa, adik rindu papa sangat-sangat. Kenapa baru sekarang papa datang jumpa dengan kitorang?" Soal Adelia, habis merah wajahnya.

Haiden menarik keduanya lalu ditatap keduanya silih berganti. Dia pun tidak kurang hebatnya dalam menangis.

Ariana terkesima, ini pertama kali dia lihat Haiden menangis seteruk itu, sebelum ini Haiden yang dia kenal merupakan seorang lelaki yang tegas, dingin dan kejam. Tapi sekarang yang dia nampak ialah Haiden yang sedang teresak-esak menangis.

"Papa sibuk..Papa pergi kerja selama ni. Mama tak cakap eh? Papa minta maaf sebab langsung tak datang jumpa dengan Adelia..Papa janji lepas ini papa takkan pergi mana-mana lagi. Papa akan tinggal dengan Aira dan Adelia sampai bila-bila." Pujuk Haiden sambil menghapuskan air mata yang mengalir deras dari kedua mata anak perempuannya.

"Papa janji?" Soal kembar serentak.

"Papa janji..Aira dan Adelia pegang janji papa." Jari kelingkingnya disuakan ke arah anaknya.

Aira menyambut yang kanan manakala Adelia menyambut yang kiri. Haiden menatap lama wajah anak kembarnya silih berganti sebelum kembali menarik mereka ke pelukan.

Tuhan, terima kasih pertemukan aku dan anak-anak aku semula. Bisiknya di dalam hati.

"Papa rindu sangat korang, papa janji takkan tinggalkan korang lagi. Maafkan papa untuk sebab tinggalkan korang selama empat tahun ini, sayang..Papa sedar papa dah kejam dengan korang, papa janji papa akan tebus semuanya semula, papa janji!" dikucup dahi Aira lama sebelum dahi Adelia.

Ariana tersentuh, ini ke lelaki yang dia kenal empat tahun dahulu?

"Kitorang pun sayang papa sangat-sangat!"

ARIANA mengambil angin malam, Haiden masih membuang rindu yang lama terpendam dengan anak-anaknya. Sebagai seorang ibu, dia tahu perasaan yang dialami oleh Haiden.

Lengan digosok bagi mengurangkan rasa sejuk, rasa mengigil pula duduk di luar ini lama-lama. Tapi hendak buat macam mana, dari dia duduk di dalam. Lebih baik dia duduk di luar, dia mahu memberi ruang untuk Aira dan Adelia untuk mengenali ayah mereka lebih dalam.

Sebaliknya juga bagi Haiden.

"Awak okay ke Ariana?" Soal satu suara yang tidak asing lagi, Ariana menguntumkan senyuman pendek ke arah Fikri. Lelaki itu mengambil tempat di sebelahnya.

"Apa yang patut saya rasa, Fik?" Soal Ariana pula sambil menatap langit yang gelap tanpa sebarang bintang, yang ada hanyalah bulan yang bersinar cantik menerangi langit malam.

"Saya minta maaf Ariana sebab saya dah mungkit janji saya pada awak...Saya tak sanggup lagi tengok Haiden menderita..Sebagai seorang suami dan seorang ayah, saya faham apa yang Haiden alami..Saya bagitahu Haiden sebab bagi saya ini yang terbaik buat awak dan kembar..Saya minta maaf, Ariana.." Ariana menggeleng. Bukan salah Fikri, lelaki itu turut tidak menyangka bahawa semua ini bakal terjadi.

"Bukan salah awak, Fikri..Saya tak marah pun, saya tahu awak dah banyak buat yang terbaik untuk saya dan anak-anak saya.." ujar Ariana ikhlas, langit malam menjadi tatapan mereka berdua malam itu.

"Fikri, bagi aku ruang dengan isteri aku jap.." satu suara menegur mereka, Fikri mengangguk akur dan menepuk bahu Haiden lembut sebelum menapak pergi, Ariana cuba mengabaikan kehadiran Haiden.

"Ariana.."

Sepi, Haiden mendengus lemah.

"Dah banyak sangat pahala sampai kau nak abaikan panggilan aku? Dah tak tahu nak bezakan pahala dosa!" Sindir Haiden membuatkan Ariana menghela nafas lemah. Masih sempat Haiden mengunakan kuasa vetonya sebagai suami saat ini.

"Apa yang awak nak, Haiden? Saya dah bagitahu kan kembar itu anak awak, apa lagi awak nak?" Soal Ariana tanpa memandangkan ke arah Haiden, walaupun pertemuan anaknya dan suaminya ini menyentuh hati tapi sakitnya hatinya masih bersisa.

"Aku nak kau balik lagi dengan aku..Aku mahu kau dan anak-anak kita, mulakan hidup baru, start buku baru. Buang buku lama, kau, aku dan anak-anak kita. Buku baru ni kita hidup macam suami isteri, aku tak mahu hubungan kita macam dulu. Aku menyesal sebab pernah anggap kau sebagai tempat aku melampiaskan nafsu semata-mata..Kita batalkan sahaja perjanjian itu. Duit yang aku bagi pinjam tu anggap sahaja wang seorang suami berikan pada isterinya. Lagi pula, kita kahwin kau tak dapat lagi kan duit hantaran semua? Jadi ambil sahaja wang itu sebagai wang hantaran..Tolong Ariana? Aku merayu?" Tangan Ariana cuba diraih tapi isterinya terlebih dahulu menarik tangan.

Haiden menghela nafas lemah.

"Bukan mudah, Haiden! Lupakan angan-angan awak. Kita bercerai sahaja, anggap sahaja jodoh kita berdua sampai di sini sahaja. Awak jangan risau, anak-anak saya takkan jauhkan. Awak boleh datang bila-bila masa sahaja yang awak mahu dan bawa mereka tinggal bersama awak beberapa hari yang awak mahu, saya tak kisah..Tapi saya minta, tolong lepaskan saya. Saya tak nak lagi bergelar isteri awak, saya dah penat!" Tegas Ariana, Haiden terdiam.

"Ariana, aku nak kita bersama. Selama hampir empat tahun aku terseksa sebab rin.."

"Lupakan niat awak, Haiden. Saya dah tak nak ada apa-apa kaitan antara kita, awak sepatutunya bersyukur..Ada Aira dan Adelia maka kaitan antara kita masih ada. Tapi kalau kembar tiada, maka kaitan antara kita sepatutnya dihapuskan begitu sahaja. Sejurus awak ceraikan saya, awak boleh berkahwin dengan Zara atau sesiapa yang awak mahu. Saya bebas ke mana saya hendak pergi dan berkahwin dengan mana-mana lelaki yang saya mahu dan cari kebahagiaan saya sendiri. Jadi, ceraikan saya dan hak anak biar pada saya!" Menbulat mata Haiden, selama empat tahun dia berdoa agar mereka bisa bersama semula dan Ariana sesuka hati kata mahu mereka berpisah.

Tidak!

"Tak..Aku takkan ceraikan kau. Kau milik aku, Ariana. Anak-anak kita juga milik aku. Sampai mati pun aku takkan cerai kau!" Tegas Haiden pula, matanya tajam menikam anak mata Ariana. Ariana tersenyum sinis sebelum membuka bicara.

"Kalau awak tak mahu ceraikan saya, saya akan buat sampai awak mahu!"

c o n t i n u e

y e s | n o

MRS HAIDEN RIYAZ©Where stories live. Discover now