50

69.2K 1.9K 65
                                    

ARIANA membuka kelopak matanya perlahan, kornea matanya menangkap figura Qael yang sedang mengacau minuman di dalam cawan kaca. Tekaknya terasa haus tetapi didiamkan sahaja.

Selama hampir dua minggu dia dikurung oleh raksasa kejam seperti Qael membuatkan dia langsung tidak sudi menyentuh sebarang makanan atau minuman yang diberikan oleh lelaki itu.

"Dah bangun? Selamat pagi, My Sunshine. Macam mana tidur kau? Lena tak tidur bermimpikan aku?" Soalnya selepas itu tergelak sendiri.

Ariana mengalihkan pandangannya ke arah lain, tekaknya yang minta dibasahkan langsung dipersetankan.

"Sombong..Dah dekat dua minggu duduk dengan aku pun masih lagi tak mahu bercakap dengan aku? Kau tahu tak dah dua minggu berlalu sejak kau kena culik dengan aku..Tapi ada nampak bayangan suami kesayangan kau tu datang selamatkan kau? Tak kan? Kau bermimpi di siang hari sahaja kalau kau berharap dia akan datang untuk selamatkan kau..Entah-entah dia sekarang tengah cari calon baru untuk jadi isteri serta ibu kepada anak-anak kau!" Provoknya dan kemudian tertawa semula.

Ariana memandang wajah Qael semula dengan tatapan berani.

"Aku tahu suatu hari nanti dia akan datang selamatkan aku dan akan masukkan kau semula ke tempat kau yang sepatutnya." Balas Ariana, Qael mengetap gigi geram.

Qael bangun lalu duduk mencangkung di hadapan Ariana, wajah pucat dan tidak bermaya Ariana dicengkam kuat sehingga dahi Ariana berkerut menahan sakit.

"Jangan kau bermimpi nak bebas, Ariana! Petang ini, aku akan bawa kau pergi ke sesuatu tempat yang hanya aku tahu..Di sana, hanya kita berdua sahaja yang tinggal. Engkau akan melayan kehendak aku! Dah hampir dua minggu, aku tahan nafsu aku dari sentuh badan kau ni..Kalau kau semakin melawan macam ni, aku minta maaf kalau aku tak dapat kawal nafsu aku. Tentang suami kau tu, aku rasa dia denga anak-anak korang sedang meroyan sekarang ini memandangkan kau dah hilang..Jangan risau, kau tak perlu rindu dengan anak-anak kau sebab nanti.." tangannya naik dan menarik separuh baju Ariana ke atas, Ariana cuba memberontak namun pergerakannya terbatas memandangkan tangannya diikat di kepala katil.

"Perut kau ni akan kandungkan benih aku, kita akan ada anak bersama-sama, sayang.." Bibir Ariana disentuh lembut, Ariana mengalihkan pandangan ke kanan. Dia benci dengan sentuhan dari Qael.

"Jangan berangan, Qael! Suami aku akan selamatkan aku dan jangan bermimpi bahawa aku sudi untuk memiliki anak dengan jantan tak guna seperti kau! Kau tahu tak aku geli dengan diri kau, sentuhan kau dan terutama sekali benih kau! Kalau aku ada anak dengan kau sekalipun, budak itu akan aku bunuh!" Sembur Ariana dengan nada sinis.

Qael menjatuhkan kepalanya beberapa kali.

"Geli? Kau geli nak ada benih aku? Ini balasannya sebab geli!" Terus ditampar Ariana beberapa kali sehingga cairan merah mengalir keluar dari bibirnya.

Ariana tidak merasakan sakit malah Ariana tertawa galak, bukan Qael tidak pernah menyakiti Ariana. Selama hampir dua minggu bersama Qael, hampir setiap kali Ariana menolak dirinya, dia akan memukul Ariana sehingga dirinya puas.

"Kau tampar lagi aku, Qael! Tampar aku sampai aku mati, aku lebih rela mati daripada kau jauhkan aku dengan suami dan anak-anak aku. Eh tak...Bunuh aku, aku nak kau bunuh aku. Aku lebih rela mati daripada bersama setan seperti kau! Bunuh aku, aku kata bunuh aku!" Cabar Ariana, dia memang sudah tidak larat lagi menangung kesakitan.

MRS HAIDEN RIYAZ©Where stories live. Discover now