44

72.1K 2.3K 45
                                    

ARIANA mendekati Haiden yang sedang memandang ke arah langit malam, punggungnya dilabuhkan sebelah lelaki itu. Haiden memandang sekilas ke arah Ariana lalu bibirnya mengukir senyuman manis.

"Eh sayang tak tidur lagi? Kenapa tak tidur lagi? Dah lewat malam ni kan? Esok nak kerja lagi, awak tu bukan selalu dapat rehat lama.." bebel Haiden, Ariana berdengus lemah.

Sejak kebelakangan ini Haiden semakin kuat membebel kepadanya.

"Saya tak mengantuk lagi..Sebenarnya saya nak cerita awak sesuatu.." Ujar Ariana sambil matanya memandang ke arah wajah Haiden yang sedang tersenyum lembut. Kenapa wajah ini semakin kelihatan tampan di mata Ariana? 

"Tadi..Ada lelaki lain ajak saya kahwin." Riak wajah Haiden berubah, senyuman perlahan memudar. Pandangannya terus dihala ke arah air laut yang sedang berombak tenang.

"Sayang suka dengan dia ke?" Soal Haiden perlahan, nadanya lebih kedengaran kepada orang yang sedang patah hati.

"Abang tanya..Sayang suka dengan dia ke?" Soalnya sekali lagi, Ariana memandang Haiden lama sebelum mengalihkan pandangannya ke arah laut. Dia ingin menguji Haiden, setinggi mana cinta lelaki itu pada dirinya.

"Kalau saya kata saya suka dekat dia?" Jawapan isterinya menghancurkan sekeping hatinya, bibirnya mengukirkan senyuman pahit. Dia sedar empat tahun sudah berlalu, tidak mungkin cintanya isterinya masih miliknya.

Mungkin isterinya sudah jumpa yang terbaik yang boleh mengantikan tempatnya.

Haiden memandang ke arah Ariana kembali dengan senyuman terluka di wajahnya.

"Kalau macam itu..Abang tak boleh nak buat apa..Abang akan.." Ariana terus menggeleng dan memeluk erat tubuh sasa Haiden, Haiden tersentak namun perlahan-lahan pelukan isterinya dibalas.

"Kenapa awak tak marah saya? Kenapa awak pertahankan cinta awak? Awak rela ke tengok saya pergi dengan lelaki tu?" Soalnya Ariana dengan air mata yang sudah meleleh membasahi kedua belah pipinya.

"Kalau itu yang bahagiakan sayang..Abang tak boleh nak buat apa lagi. Kebahagiaan abang adalah kebahagiaan sayang..Kenapa abang perlu simpan Ariana lagi semata-mata nak letak Ariana dalam nereka seperti empat tahun dahulu? Abang tak sanggup nak tengok sayang menderita lagi, abang rela tersakiti daripada tengok Ariana terseksa bersama abang." Ujar Haiden ikhlas.

Ariana mengeratkan pelukannya lagi.

Dada bidang Haiden ditumbuk perlahan.

"Awak jahat..Awak sengaja nak buat saya menangis kan? Kenapa awak tak pertahankan cinta awak? Awak ni langsung tak romantik!" Ujar Ariana geram, Haiden menarik tubuh Ariana lalu air mata isterinya dihapuskan.

"Abang memang tak romantik tapi cinta dan kasih-sayang abang ikhlas buat Ariana, Ariana ialah wanita yang abang akan kasihi sehingga nafas abang yang terakhir bahkan jika jasad Ariana bukan milik abang sekalipun cinta ini milik Ariana, selamanya.." bisik Haiden ikhlas.

Ariana menumbuk dada Haiden kuat.

Lelaki ini sengaja nak cairkan hati dia ke apa?

"Saya setuju dengan kata-kata awak malam itu.." ujar Ariana tiba-tiba, Haiden berkerut seribu. Kata-kata yang mana satu?

"Maksud sayang apa?" Soal Haiden.

"Mulakan semula hubungan kita, awak kata awak nak kita cuba sekali lagi..Saya setuju, saya akan bagi awak peluang kedua untuk membuktikan kata-kata awak..Saya terima awak semula sebagai suami saya dan ayah kepada anak-anak saya, Haiden Riyaz." Haiden terkedu mendengar.

Air mata lelakinya perlahan mengalir.

Tanpa menunggu sesaat, tubuh kecil Ariana terus ditarik ke dalam pelukan.

"Terima kasih sayang..Abang janji, abang akan gunakan peluang kedua ini sebaik mungkin! Abang janji, abang takkan sakitkan hati sayang lagi dengan anak-anak kita. Terima kasih, sayang..Abang cintakan sayang sangat-sangat." Dahi Ariana dikucup berkali-kali, tidak dia sangka malam ini akan menjadi malam terindahnya.

Hari yang ditunggu-tunggunya telah tiba.

Ariana tersenyum kecil, kata-kata cinta Haiden tidak dibalasnya. Dia memerlukan masa untuk itu. Cukuplah dia menyelamatkan hubungan mereka berdua buat masa sekarang.

"Malam ini awak tak perlu tidur dekat bilik tetamu, awak tidur dengan saya itupun kalau awak nak.." ujar Ariana sambil mengosok kedua belah tangannya yang sudah kedinginan angkara angin malam.

Haiden tersenyum lebar mendengar. Sudah lama dia teringin tidur sebilik dengan Ariana seperti pasangan suami isteri.

"Betul ke sayang sudi nak tidur dengan abang? Maksud abang..Sayang tak takut ke tidur abang? Abang dulu.." Ariana pantas menggeleng.

"Itu semua buku lama, kita lupakan semua itu. Sekarang ini kita dah mula tulis buku baru, jadi biarlah kenangan indah sahaja yang tertulis." Balas Ariana tenang. Haiden menarik Ariana ke dalam pelukan.

Tangan wanita digenggam bagi menyalurkan haba, Ariana terkedu dengan perbuatan Haiden.

"Terima kasih sayang untuk segalanya.."

ARIANA yang sudah berkelubung di dalam selimut dipandang, bajunya dianggalkan. Haiden sudah terbiasa tidur tanpa baju, badannya dibaringkan ke katil Ariana yang empuk.

"Ariana dah tidur?"

Sepi.

Haiden mengiring memandang belakang isterinya, lalu didekatkan lagi jarak mereka. Nafas kasar suaminya melanggar belakang Ariana, Ariana terasa air liurnya tersekat di kerongkong. Jantungnya juga sudah berdegup kencang. Sudah lama tidak sedekat ini dengan Haiden.

"Terima kasih sebab terima abang semula, abang tidaklah seindah hero dalam novel cinta..Abang tak tahu romantik itu apa, tak tahu nak bersweet, tak tahu nak buat ayat cliche..Abang tak tahu semua itu, sayang. Yang abang tahu, abang cintakan sayang sampai nyawa abang hilang dari badan, abang janji abang akan jaga sayang sampai bila-bila. Sayang milik abang selamanya tetapi andai satu hari nanti hati sayang bukan milik abang lagi, abang rela lepaskan sayang pergi. Abang janji, abang takkan pernah guna kekerasan lagi dalam hubungan kita. Walau macam mana sakitnya hati abang, walau macam mana terlukanya abang, walau macam mana pun sekalipun, Abang sanggup! Asalkan abang tak lagi sakiti sayang macam empat tahun dahulu. Abang janji, sayang..I love you so much, sayang. Abang harap sayang takkan tinggalkan abang lagi.." Ariana terharu mendengar luahan isi hati suaminya.

Tanpa menunggu sesaat pun dia terus berpusing dan mendakap dada bidang Haiden. Haiden terkejut tapi dibiarkan. Dia mengelus lembut rambut panjang Ariana.

"Terima kasih awak." Gumamnya perlahan, dia tidam pasti sama ada Haiden mendengarnya atau tidak. Air matanya mengalir perlahan.

c o n t i n u e

y e s | n o

MRS HAIDEN RIYAZ©Where stories live. Discover now