Sedari tadi aku tak senang duduk dirumah Pak Uda. Liar mataku mencari kelibatnya. Ish! Kau dah kenapa sumayah cari dia? Aku menggelengkan kepala dan menundukkan kepala. Baik layan telefon. Game apps aku buka dan mula main candy crush.
Umi menggamit lenganku.
"Tu! Handsome betul Farish tu kan?"
Kepala aku dongakkan dan melihat Farish berbaju putih bersih berjalan. Bergegar badanku setelah mata kami bertembung. Matanya tak lepas melihat aku. Begitu juga aku. Kenapa dia tengok aku macam tu ek?
Farish melabuhkan punggung atas kerusi. Matanya tak lepas melihat aku. Hanya senyuman sumbing aku ukir dan pantas aku menundukkan semula kepalaku. Dia dah kenapa tengok aku macam tu? Jangan-jangan...
Tak! Tak! Tak mungkin dia mimpikan aku jua. Hmm... Rasa nak lari pulak.
Sekali lagi umi menggamit tanganku. Aku menoleh.
"Sejak tadi lagi umi tengok farish asyik pandang sumayah." Besar mataku. Gila apa mamat tu? Kenapa dia buat macam tu?
"Kamu berdua ada apa-apa ke?"
Pantas aku menggelengkan kepala.
"Apa umi cakap ni. Kitaorang takde apa-apalah. Cakap dengan dia pun tak pernah."
Umi menggerutkan kening.
"Habis tu kenapa mata dia tak lari tengok anak umi ni?"
Perlahan aku menoleh Farish. Terkejut aku. Aku menelan air liur. Memang betullah kata umi. Matanya tak lari melihat aku. Aduh! Nak balik! Jeritku dalam hati.
YOU ARE READING
Cerpen: Mimpi Yang Menyeramkan
RomanceKenapa? Kenapa mesti dia? pertanyaan itu sering bermain difikiran Farish dan Sumayah. kerana gelisah memikirkan tentang perkahwinannya lagi sebulan dengan Lisa, Farish meminta pendapat pada seorang ustaz dan sejak itu Farish meminta petunjuk dariNya...