Doa Selamat

603 20 0
                                    

Seperti yang dijanjikan ayah. Awal pagi lagi aku, Kak Faridah, Kak Noor dan anak-anaknya juga Hashim memasak. Hmm... Tak sangka pula adik Farish yang bungsu ni pandai memasak. Hari ni kami masak makanan kampong dengan lauk ikan salai, umai, sayur bayam, sayur pucuk paku, ikan masak gulai, dua macam jenis cicah sos ambuyat. Satu daripadanya dicampur sedikit dengan durian putih. Hmm... Memang sedap.

Farish dan ayah bancuh ambuyat lepas saja kami siap memasak. Siapa tak kenal ambuyat kat brunei ni, memang tak tahulah. Ambuyat ni dibuat dari tepung sagu atau ambulung dan dibancuh dengan air panas sambil kacau tepung sagu tadi hingga sebati dan kelihatan jernih dan likat seperti gam. Uish! Boleh masuk rancangan memasak agaknya aku ni. Boleh kongsi resepi hehe.

Tikar panjang yang sudah disediakan oleh Abang Shah dan Abang Fadhil diruang tamu, telah kami letakkan segala lauk-pauk diatas tikar tadi. Ini baru betul cara makan ambuyat atas lantai.

"Ha... There you go! Ambuyat dah datang."

Kedengaarn riuh satu keluarga menunggu ambuyat yang dibawa ayah dan Farish. Dibuat satu mangkuk memang tak cukup agaknya untuk keluarga besar ayah ni. Jadi terpaksa 3 mangkuk ambuyat ayah dan Farish bancuh tadi.

Doa selamat dibaca oleh Abang Shah iaitu abang sulung Farish. Tak tahu pulak ayah hendak mengadakan doa selamat untuk aku dan Farish. Aku sangka hanya makan beramai-ramai saja. Aku disuruh duduk diantara ayah dan Farish. Selesai doa dibaca, kami pun menjamu selera.

Teknik makan ambuyat ni senang je. Cuma tak boleh guna garpu dan juga sudu biasa ianya digunakan dengan garpu buluh atau lebih dikenali dengan penyepit 'candas'. Cara makan, kita kepit candas tersebut pada ambuyat lalu golekkan ambuyat yang likat seperti gam terus cicah sos ambuyat dan telan. Tak payah kunyah-kunyah lagi.

Wah! Sedap betul cicah sos ambuyat yang Kak Noor buat dengan durian. Nak resepi kak!!! Jerit ku dalam hati.

"Makan lagi ambuyat tu sumayah. Jangan malu-malu."

Ajak ayah sambil menggolekkan ambuyat.

"Kalau pasal ambuyat ni ayah, sumayah dah tak tahu nak malu lagi dah."

Riuh kedengaran ketawa mereka begitu juga ayah.

"Ha yang itu bagus. Kalau malu, bukan orang lain yang rugi, diri sendiri juga yang rugi tau."

Sampuk Abang Shah. Aku hanya tersenyum saja. Tanganku digamit Farish disebelah. Aku memalingkan muka menoleh.

"Nah makan cepat."

Besar mataku melihat ambuyat besar yang digolek Farish dengan cicah hendak disua kedalam mulutku.

"Besarlah."

"Cepat-cepat jatuh kat baju karang."

Dengan terpaksa aku membuka mulutku dan ambuyat tadi disuapkan sebesar-besarnya kedalam mulutku. Aku menekup mulutku yang penuh dengan ambuyat tadi. Lepas habis aku telan, tangan Farish aku tampar. Mereka yang lain ketawa melihat gelagat kami berdua.

"Jahat abang farish ni. Kesian kak sumayah."

Hashim hulurkan aku gelas berisi air. Aku sambut huluran gelas tadi dan tersenyum kelat. Tajam mataku melihat Farish. Dia pula asyik ketawa dapat kenakan aku.

"Entah! Sejak semalam lagi farish ni. Suka sangat sakat sumayah."

Adu Kak Faridah.

Tiba-tiba aku rasa gembira pulak dengar mereka semua bela aku. Tersenyum sendiriku.

"Hey! Orang nak gurau dengan isteri sendiri pun tak boleh ke? Korang semua ni adik beradik siapa sebenarnya? Siap bela sumayah je."

"Sumayah!"

Serentak mereka menjawap. Nasib baik aku tak tersedak mendengar. Sekali lagi riuh mereka ketawa. Kali ini ketawakan Farish yang tiba-tiba berubah wajah lalu dia menoleh aku dengan wajah tidak puas hati. Dia mendekati wajahnya dekat telingaku.

"Masa kita datang sini, awak guna jampi apa pada diaorang semua?"

Aku juga turut menoleh ke wajah Farish dengan senyuman kemenangan.

"Cuma guna jampi kasih sayang je." Berkerut kening Farish.

"Kenapa untuk saya takde?"

"Sorry! You're not allowed." Besar matanya.

"Apa? Sa... Sa..."

Dia menghembus nafasnya perlahan dan merenungku tajam. Tak puas hati lagilah tu.

"Siaplah awak karang malam."

Besar mataku mendengar.

Cerpen: Mimpi Yang MenyeramkanWhere stories live. Discover now