"Awak."
Aku menoleh Farish sebelah tengah memandu. Farish jemput aku balik dari kursus nikah. Yelah mana sempat ambil kursus nikah masa aku tengah dinikahkan. Jadi terpaksa aku register kursus nikah selepas aku kawin.
"Ye?"
"Awak kursus apa tadi?"
Aku mengerutkan kening melihat Farish dengan wajah tenang bertanya. Sah! Mesti dia makan ubat semut.
"Kursus nikahlah. Kursus apa lagi?"
Farish tertawa kecil dan menoleh aku sekilas.
"Taulah. Maksud saya apa yang awak belajar?"
Tersengihku mendengar soalan Farish. Dah kenapa dia tanya macam tu? Hmm... Ada-ada saja dia ni. Macam tak pernah kursus nikah pulak lagaknya.
"Kenapa nak ambil tahu?"
"Gila! Kata saya tak nak ambil tahu. Ini baru kursus nikah awak yang pertama tau. Ada 3 kursus nikah lagi yang awak harus hadir."
Semakin berkerut keningku. Macam laa aku tak tahu. Diaorang dah awal-awal lagi bagi aku schedule untuk hadir kursus nikah. Ini mesti ada udang disebalik batu.
"So?" Farish melihat aku penuh makna.
"Awak dah janji nak laksanakan tugas awak sebagai seorang isteri habis kursus nikah awak nanti. Ingat tak?"
Terasa air liurku tersekat dikerongkong. Susah hendak menelan lepas mendengar kata Farish tadi. Tersedakku. Cepat saja aku buka botol air mineral dan minum perlahan. Sedap Farish ketawakan aku. Tiba-tiba pipiku rasa panas.
"Mana ada saya buat janji."
Aku menidakkan kata-katanya dan memalingkan muka melihat diluar. Tiba-tiba tanganku diraih Farish dan mengeratkan pegangan tanganku. Besar mataku dengan tindakkannya yang spontan itu. Aku cuba menarik semula tanganku dari genggamannya tanpa menoleh Farish. Semakin aku berkeras menarik tanganku semakin erat dia genggam.
"Awak jangan main janji dengan saya tau. Kalau awak yang mula ingkar janji, saya pun boleh ingkar janji juga. Saya tak tahu kalau awak pregnant minggu ni." Aku pejamkan mata. Aduh! Betul apa. Aku tak pernah buat janji. Aku cakap macam tu sebab nak selamat je. Debaran didada ku semakin kuat debarannya. Didalam hati hanya mampu berdoa 'ya allah selamatkanlah aku!'
Itulah suka sangat cakap main lepas. Sekarang terimalah padahnya.
YOU ARE READING
Cerpen: Mimpi Yang Menyeramkan
RomantikKenapa? Kenapa mesti dia? pertanyaan itu sering bermain difikiran Farish dan Sumayah. kerana gelisah memikirkan tentang perkahwinannya lagi sebulan dengan Lisa, Farish meminta pendapat pada seorang ustaz dan sejak itu Farish meminta petunjuk dariNya...