OY 34

3.4K 133 6
                                        

Khai P. O. V

"Khai, antara laut dengan sungai. Mana satu Khai suka?" Soal Syakila tiba-tiba. Seperti biasa, kami melepak ditempat kegemaran kami berdua.

Syakila menyandarkan tubuhnya dalam pelukan aku. Aku sempat mengucup belakang kepalanya sebelum membalas.

"Khai suka langit." Aku tersenyum. Syakila memberikan cubitan geram diatas pehaku.

"Suka kan, orang tanya lain dia jawab lain. Betul-betul lah Khai."

Aku tergelak.

"Betul lah, sayang. Khai suka langit dan kalau boleh bila Khai mati nanti Khai nak jadi langit tu. Indahkan..." Tidak habis aku menjawab, Syakila meleraikan pelukan aku pada tubuhnya. Dia bergerak menjauhi tubuh aku.

"Kenapa pula ni?" Tanya aku, pelik. Takde angin takde ribut, tiba-tiba sahaja merajuk.

"Khai dah janji dengan Sya, Khai takkan mengalah." Ucap Syakila.

Aku tersenyum menghampiri. Faham benar apa yang dimaksudkan olehnya.

"Bila masa Khai kata Khai mengalah? Khai tak kata apa-apa pun."

"Habis tu cakap pasal mati tu apa, saja? Gurau?" Marah Syakila. Anak matanya memerah, seperti berkaca.

Cepat-cepat aku menarik tangan Syakila dan bermain dengan jari jemarinya. Perlahan-lahan aku bawa ke bibir dan mengucup lembut. Aku memandang wajah Syakila yang kelihatan sedih.

"Okay, I'm sorry. Khai tak bermaksud pun nak kata macam tu. Khai cuma cakap je. Khai minta maaf ye, sayang."

"Janji jangan sebut pasal tu lagi, Sya tak sanggup nak dengar." Setitis airmata Syakila mengalir. Tanpa dipinta, laju sahaja aku menyapu airmata Syakila sambil aku tersenyum manis.

"Ya, Khai janji." Aku memberikan kucupan pada dahinya. Syakila memejamkan mata menerima kucupan daripada aku.

"Dah jom balik. Tiba-tiba rasa nak makan ayam goreng McD lah." Ajak aku, cuba untuk menukar mood yang sedikit sedih tadi.

Dia tersenyum.

'Aku harap sangat aku dapat tengok senyuman tu sebelum aku menutup mata nanti.' Bisik aku didalam hati.

Lantas aku bangun dan menarik tangan Syakila untuk bangun bersama. Dia hanya menurut, dan kami berjalan berpegangan tangan menuju ke motor milik aku.

*****

"Khai kata nak balik, kenapa kita datang sini pula?" Syakila menolak bahu aku kuat, tanda tidak berpuas hati. Rumah banglo dua tingkat jelas dihadapan kami. Banglo ke istana, pun aku tak tau. Besar yang amat rumah ni.

"Balik lah ni, inikan rumah Sya." Ucap aku lalu menanggalkan topi keledar.

"Please Khai, kita balik kolej. Sya tak nak balik rumah ni." Rayu Sya. Disentuh lengan aku meminta simpati.

"Tak baik Sya, dah seminggu Sya lari tanpa izin keluarga Sya. Sya tinggalkan majlis tanpa penjelasan untuk keluarga Sya dan keluarga Hisyam. Kita kena settle kan benda ni, takkan nak lari sampai bila-bila." Terang aku, harap Syakila memahami apa yang aku inginkan.

"Tapi Khai tak kenal ibu Sya macam mana, sekali dia tak suka sorang tu selamanya dia takkan suka. Ibu sanggup buat apa sahaja supaya Sya tak dapat jumpa Khai lagi." Tangis Syakila, masih merayu.

Aku mengusap pipi Syakila dengan tapak tanganku.

"Khai pun sayang. Khai pun sanggup buat apa saja untuk sayang. Kalau boleh Khai pun tak nak Sya balik sini, tapi Khai tak nak pentingkan diri. Sya masih ada keluarga dan diorang pun mesti sayangkan Sya. Jadi kita kena uruskan benda ni sama-sama, Sya tak kesian ke dekat keluarga Sya?"

Baru Syakila mahu membuka mulut untuk membalas, kedengaran suara seseorang dari belakang Syakila memanggil...

"Sya! Ya Allah, Sya. Akhirnya kamu balik nak. Mana kamu pergi Sya? Kenapa kamu tinggalkan majlis macam tu je? Ibu malu Sya, keluarga Hisyam pun malu." Terus sahaja Datin Maisarah menanyakan soalan bertalu kepada Syakila.

Syakila berundur lalu bersembunyi dibelakang tubuh aku. Tepi baju aku digenggam erat.

"Khai, jom balik." Sempat Syakila berbisik di belakang aku.

"Assalammualaikum datin." Aku menyapa, lembut. Datin Maisarah mencerlung memandang aku tajam.

"Kau buat apa datang sini? Depan rumah aku ni pun kau tak layak untuk pijak." Tengking Datin Maisarah. Aku menahan hati yang terasa pedih dengan ucapan itu.

"Saya datang untuk pulangkan semula Sya pada keluarga Datin..."

"Jadi selama seminggu ni kau yang culik anak aku ya? Kau sengaja tak bagi dia datang majlis pertunangan tu supaya keluarga aku malu kan!? Kau memang manusia tak guna." Aku mengepal penumbuk, masih cuba untuk bertahan.

"Ibu! Sampai hati ibu cakap Khai macam tu. Khai tak salah, Sya yang pergi pada Khai sebab Sya tak sanggup nak teruskan pertunangan tu. Sebab Sya cintakan Khai." Dengan beraninya Syakila tiba-tiba menapak ke hadapan dan bertentang mata dengan Datin Maisarah.

Datin Maisarah mengetap gigi.

"Ubat guna-guna apa kau guna dekat anak aku sampai dia tunduk dekat kau, hah pengkid? Dia sampai sanggup melawan aku yang ibu dia ni sendiri." Datin Maisarah masih cuba mengapi-apikan aku.

Aku menunduk memandang jalan.
Tiba-tiba terasa tangan Syakila menggengangam tangan aku. Seperti cuba memberi kekuatan.

"Kalau macam ni penerimaan ibu pada Khai, sampai bila-bila Sya takkan balik ke rumah ni. Selagi Ibu tak turunkan ego ibu tu, jangan harap ibu akan jumpa Sya lagi." Ugut Syakila lalu menarik tangan aku kembali ke motor. Aku terpaksa menurut.

Untuk pertama kalinya, aku menjadi pembonceng dibelakang. Mujur aku pernah mengajar Syakila membawa motor dulu, ada juga kegunaannya untuk masa-masa macam ni.

"Sya! Sya!" Kedengaran suara Datin Maisarah memanggil sebelum ditenggelami dengan bunyi ekzos motor. Syakila memecut laju meninggalkan kawasan perumahannya.

Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang