Prolog

846 16 4
                                    

" fvck you girl! Mati-mati aku percayakan kau, kau tikam aku dari belakang. Isteri jenis apa kau ni ha? " marah Danish. Rambut panjang Ariana ditarik sehingga kepala wanita itu terdongak ke atas namun Ariana hanya menayangkan wajah kosong. Setakat rambut ditarik tak adalah menyakitkan sangat namun wajahnya sedikit berkerut kerana kesan tikaman di perutnya semakin menyucuk tetapi dia perlu bertahan supaya Danish tidak mengetahui mengenai luka tersebut

" kau tau tak sepanjang hidup aku tak pernah lagi aku jumpa perempuan macam kau satu-satunya perempuan yang membosankan dalam dunia ni! " Ariana hanya tersenyum sinis mendengar kata-kata lelaki itu

" then kenapa you kahwin dengan I? " soal Ariana mendatar

" untuk menyeksa kau " Ariana hanya diam dia tahu saat ini akan tiba jua. Sungguh dia bukanlah pengkhianat namun dia terpaksa mendiamkan diri kerana misi yang dijalankan adalah berkait rapat dengan lelaki itu

" bawak dia ke bilik X " arah Danish kepada dua orang anak buahnya yang sedang berdiri tidak jauh daripada pasangan suami isteri itu. Mereka hanya mampu memandang wajah Ariana yang kelihatan kosong itu. Dia sendiri tidak menyangka bahawa Ariana sanggup menikam suami sendiri dari belakang

" hoi! Kau termenung apa lagi! Bawak dia sekarang " anak buah Danish segera menarik tangan Ariana kasar untuk dibawa ke bilik X. Ariana hanya menurut dari belakang

Bilik X adalah salah satu bilik penyeksaan di situ. Dia tidak perlu risau kerana seksaan di bilik tersebut hanyalah ringan-ringan sahaja

" masuk " arah anak buah Danish dingin

Ariana melangkah perlahan memasuki bilik itu. Tubuhnya sedikit menggigil bukan kerana ketakutan tetapi kerana suhu di bilik itu terlampau sejuk. Jaket kulit yang dipakai ditarik menutupi tubuhnya yang terdedah

Setelah pintu bilik dikunci Ariana terduduk. Luka di bahagian perutnya semakin menyucuk ditambah pula dengan keadaan yang begitu sejuk makin bertambah kesakitan yang dirasai. Tubuhnya dibaringkan perlahan berharap agar kesakitan dan kesejukan yang dirasai dapat dihilangkan. Mata ditutup rapat

Manik-manik jernih mula menuruni pipi gebunya. Selama 22 tahun dia hidup belum pernah dia mengalirkan air mata kerana seorang lelaki namun hanya kerana seorang lelaki bernama Danish Mikael dia telah membazirkan air mata yang disimpan selama ini

Dadanya dipegang kuat. Terasa sakit sangat apabila lelaki yang dinikahi semenjak 3 bulan yang lalu tidak mempercayai dirinya lagi malah lelaki itu turut mengingkari janji-janjinya

" Serious menyesal gila I kahwin dengan perempuan yang membosankan macam you I rasa pondan pun takde selera dengan you kan? Poor girl "

Kata-kata itu bermain di fikirannya. Ariana tersenyum sinis lalu dia bangkit dan bersandar di dinding bilik tersebut. Jaket kulit yang dipakai dibuka lalu dia menyelak sedikit pakaian di dalamnya untuk melihat kesan tikaman ketika dia cuba menyelamatkan Danish Mikael tadi. Untung saja lukanya tidak terlalu parah namun dia perlu segera mengubati luka tersebut supaya tidak mendapat apa-apa jangkitan yang boleh membahayakan nyawa dia

Ariana segera menutup lukanya apabila kedengaran bunyi pintu dibuka. Dia memandang tepat ke arah pintu bagi melihat siapa yang datang menjenguknya

" Ariana? " panggilan tersebut membuatkan nyawa Ariana bagaikan melayang

" you nak apa? " soal Ariana dingin

Ariana Sofea Where stories live. Discover now