BAB 1

790 16 2
                                    

Ruangan dewan hotel terkemuka itu mula dipenuhi oleh mereka yang berpengaruh dan berpangkat tinggi sahaja. Malam itu merupakan sambutan ulang tahun yang ke - 30 Mega Holding ditubuhkan. Rata-rata yang hadir mula mengambil tempat di meja masing-masing kerana majlis bakal bermula dalam masa beberapa saat saja lagi

" ladies and gentlemen thank you for coming, please have a seat " ujar pengacara majlis

" macam yang semua tahu malam ini merupakan malam ulang tahun yang ke 20 syarikat Mega Holding terima kasih diucapkan pada yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis kami kehadiran kalian amatlah bermakna buat kami. Dengan tidak melengahkan masa lagi saya menjemput pengarah Mega Holding bagi memberikan sepatah dua kata tak lain tak bukan jejaka idaman Malaya kita Dato Danish Mikael dipersilakan untuk naik ke pentas " tepukan gemuruh diberikan ketika seorang lelaki berdiri dan berjalan dengan lagaknya yang tersendiri menuju ke pentas. Semua mata ralit memandang ke arah lelaki tersebut. Siapa je yang tidak mengenali lelaki itu, Danish Mikael satu-satunya pewaris Mega Holding selepas kematian orang tuanya dialah yang bertanggungjawab menguruskan semua syarikat peninggalan arwah ayahnya iaitu Dato Ibrahim dan disebabkan kekayaan yang dimilikinya menyebabkan semua gadis menginginkan dirinya untuk dijadikan pendamping hidup atau lebih tepat bank bergerak buat mereka yang bermata duitan namun mereka hanya dijadikan sebagai tempat pemuas nafsu bagi Danish Mikael setakat ini belum pernah ada lagi gadis yang berjaya mengetarkan hati dia

" assalamualaikum dan selamat malam, first of all thanks for coming. I hope you guys enjoy the ceremony maaf jika terdapat kekurangan " ucap Danish Mikael sambil memandang wajah-wajah tetamu yang hadir pada malam itu rata-rata mereka adalah pemilik syarikat yang pernah bekerjasama dengan syarikat miliknya secara tiba-tiba pandangan dia terhenti pada satu wajah yang turut sama merenung tajam ke arah dirinya. Aneh, kenapa dia merasa bahawa wanita tersebut bagaikan menyembunyikan sesuatu di sebalik tenungan itu. Pedulikan wanita tersebut buat masa sekarang dia perlu menghabiskan ucapan dia terlebih dahulu

" terima kasih kerana sentiasa menyokong pihak kami untuk terus sama-sama maju ke hadapan, dan tidak dilupakan juga terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada Mega Holding  dalam menjayakan projek bersama-sama. Thats all from me. Enjoyed your meal. Thank you " Danish Mikael sempat membetulkan kemejanya setelah selesai memberikan ucapan sebelum turun dari pentas dan mengambil tempat duduknya kembali

Pelbagai hidangan disediakan rata-rata yang hadir menikmati makanan mereka sambil berbual mengenai beberapa isu. Danish Mikael kelihatan sedang rancak berbual bersama beberapa kenalannya namun perbualannya terhenti seketika apabila tumpuan mula beralih arah kepada wanita yang sedang bersendirian di suatu sudut

" excuse me " Danish Mikael meminta diri lalu berjalan ke arah wanita tersebut

" hai " tegur Danish Mikael

Wanita tersebut hanya memandangnya sekilas sebelum kembali menumpukan perhatian kepada persembahan yang diadakan pada malam itu

" I'm Danish Mikael, you are? "

" Ariana " balas wanita yang bernama Ariana itu

" nice name " pujian Danish Mikael langsung tidak dipedulikan oleh Ariana

" you dari syarikat mana ye? " soal Danish Mikael ingin tahu

" Sri Maju Holding "

" Sri Maju Holding? Macam pernah dengar " Danish Mikael berfikir sejenak

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 31, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ariana Sofea Where stories live. Discover now