"Amee?"
Dup dap dup dap!
Berdetak laju cik jantung. Itu baru dengar suara. Kalau berlaga mata macam manalah agaknya.
"Ameena?"
Perlahan-lahan aku angkat kepala. Sungguhlah, ini bukan mimpi. Ini memang betul-betul kejadian!
Ryan dah berdiri tegak di depan. Dengan bibir terukir senyum. Ahhh, manisnya lahai. Dan dan terus mata aku timbul love love.
Agaknya, macam inilah rasanya bila crush yang dipuja-puja ada di depan mata. Star-struck sungguh!
"Ya, ya, saya. Errr, duduklah." Terkelip-kelip aku melihat dia yang dah pun mengambil tempat. Rasa macam tak percaya!
"Kenapa awak nak jumpa saya ni?"
Sebab saya suka awak!
Eh, gila nak cakap macam tu terus. Intro apa pun tak lagi.
"Saya tak boleh lama, Amee. Ada benda nak buat lepas ni."
Aku perasan Ryan duk kerling jam tangan saja. Okey, okey. Pull yourself together, Amee. Inilah masanya. Luahkan cepat. It's now or never!
"Ryan, saya sebenarnya... sebenarnya..." Lidah terasa berbelit pula tiba-tiba. Aduh! Padahal dari malam tadi lagi aku dah praktis nak cakap apa.
Ini mesti sebab aku terkusyuk sangat tengok dia. Serius, flawlessnya kulit muka dia tu. Kalah kulit aku.
"Awak sebenarnya apa? Cakaplah cepat."
Cepat-cepat aku fokus semula.
Okey...
Tarik nafas, hembus nafas. Get set... go!
"Saya sukakan awak, Ryan."
Dan...
Krik krik krik.
Sunyi, sepi.
Ryan pula kelihatan tersentak. Jelas gila yang dia nampak terkejut.
Oh, no, no, no...
Sah. Tengok gaya terkejut dia tu... Sahihlah yang aku dah kena reject!
Alahai, mana nak sorok muka ni. Itulah... pergi buat kerja gila siapa suruh. Kan dah padan muka dekat diri sendiri!
"Amee, tengok saya."
Aaaa... tak mahu! Tak mahu!
"Amee."
Nak tak nak, aku alihkan juga pandangan ke arah Ryan.
"Disebabkan awak buat pengakuan macam ni, biarlah saya pun berterus-terang sama."
Mata aku terbuka besar sikit.
Ryan nak cakap apa? Dia nak cakap yang dia pun suka aku ke? Dia nak cakap yang dia terima aku suka dia?
Takkanlah kut?!
"Amee, terima kasih sebab suka saya. Saya hargai perasaan awak tu. Tapi..."
Ah. Perkataan 'tapi' tu biasanya bawa maksud tak baik.
"Awak bukan taste saya, Amee."
Pranggg!!!
Bunyi saja macam kaca pecah. Tapi, hakikatnya... Itu hati aku. Hancur. Berkecai.
Baru nak masuk mood mengenang nasib, ayat seterusnya daripada Ryan buat aku terkedu.
"Saya tak minat perempuan selekeh macam awak ni."
YOU ARE READING
TUAN PERASAN MACO - #Ben
ChickLitBen x Amee. Diterbitkan oleh Penerbitan Dear Novels pada tahun 2019. Boleh dapatkan di Shopee. Stok ada lagi. Kena cepat dapatkan. Kalau lambat, habis tau!