3 | Fakta

1.8K 212 22
                                    

Janji nak jumpa pukul 2.00 petang, jam baru 1.30 aku dah terpacak di depan GBC. Bukanlah maknanya aku teruja nak jumpa Ben, cuma sajalah aku datang awal. Eloklah daripada lewat.

Betul tak?

Kafe dan barber Ben terletak sebelah-menyebelah. Betul-betul dekat corner jalan. Aku tengok dalam kafe ramailah pula orang. Yalah, waktu tengah hari. Orang tengah lunch kan.

Jadinya, aku menapak masuk ke barber. Sebaik saja pintu aku tolak, beberapa orang lelaki serentak menoleh.

"Errr... hai?" Tak tahu nak bereaksi macam mana, aku lambaikan tangan.

"Hai. Yes?" Seorang lelaki lengkap berkemeja datang mendekat.

"Saya nak jumpa Ben. Dia ada tak?"

"Tuan Ben ada kerja luar dari pagi tadi. Kejap lagi baru dia datang sini. Kalau nak tunggu, you boleh duduk dekat sana dulu." Lelaki itu menunjuk ke satu sudut.

Aku mengangguk dan senyum tanda terima kasih.

Jujurnyalah, aku pelik. Nama saja barber, tapi auranya macam masuk ofis. Dahlah semua pekerjanya pakai kemeja putih. Kacak-kacak pula tu. Agaknya sebab tulah kut nama kedai ni Gentleman?

Tak betah duduk menunggu saja, aku bangun. Melihat-lihat ke arah rak yang penuh dengan produk penjagaan wajah, rambut dan jambang untuk lelaki.

Uisyyy, tudiaaa. Jambang pun siap ada moisturizer. Nak bagi bulu-bulu muka tu lembut ke? LOL sangat.

"Waiting for me, huh?"

Terkejut aku bila kena sergah begitu. Bila aku pusing, Ben dah berdiri tegak di situ.

"Eh, taklah. Saya tengah tunggu malaun mana entah. Janji nak jumpa dia dekat sini." Aku menjawab sambil kasi jelingan sekali.

"Oh, you janji dengan malaun tu pukul 2.00, kan? Yang you rajin sangat datang awal ni kenapa?"

Ceit! Aku kena balik nampaknya!

"Eh, awak jugak yang kata malam tadi lelaki tak suka perempuan lambat. Ni dah cepat pun, bising jugak. Orang lelaki ni memang bermasalah eh?"

"Lelaki takkan bermasalah kalau orang perempuan tak buat masalah. Konklusinya, semuanya bermula daripada perempuan."

"Ooo. Sekarang ni awak nak cakap orang perempuanlah yang selalu bawa masalah?"

"I takkan cakap kalau tak ada bukti, Amee."

"Apa? Mana buktinya?" Aku siap tadah tangan. Meh sini tunjuk mana buktinya meh.

"Salah satunya, youlah. Bercakap tak mahu kalah. Nak jugak menang. Benda kecil sampai meleret jadinya."

What? Apasal aku pula?!

"Dah, tak payah cakap banyak. Jom, kita bincang." Ben mula pusingkan badan dan mula buka langkah.

Tangan aku kepal. Eee, rasa nak tumbuk-tumbuk je dia ni tau!

"Perangai tu, Amee. Behave please." Ben menegur tanpa menoleh.

Erk. Tahu pula dia eh!

***

"I still tak percaya. Secepat ni you perlukan I."

Haih, berasap saja aku dengar ayat Ben. Mulalah hati rasa nak menyesal sebab perlukan khidmat bantuan dia ni.

"Ryan bagi tahu apa yang jadi semalam dekat kawan dia. Dan, kawan dia ada cakap something pada you. Am I right?"

Terbeliak terus mata aku.

TUAN PERASAN MACO - #BenWhere stories live. Discover now