Bab 2

31 2 0
                                    

"Asalamualaikum ibu" Puan Ros yang sedang melayan anak2 yang menetap di rumah anak yatim itu bangun dan terus arah nayli.

Selepas sahaja papa dan mama nayli meninggal nayli terus dihantar ke rumah anak yatim  di sekitar rumahnya. Kerana papa dan mamanya dua2 ialah anak tunggal.

"waalaikumsalam nayli...jom duduk kejap ibu ada benda nak bincangkan ni" puan ros menarik tangan nayli dengan lembut ke arah meja makan.

"apa benda yang ibu nk cakap ni? macam serius je" nayli pelik kerana selama 10 tahun dia menetap di sana ibu tak pernah seserius ini.

"Ada orang tadi datang jumpa ibu..Dia datang bawa hajat untuk merisik nayli" Puan ros tetap memegang erat tangan anak jagaanya itu..Dia tahu benar bahawa nayli tidak suka bercakap tentang ini.

"Huh? sape? izul? taknak! ibu pun tahu nayli dari dulu lagi tak suka dengan dia" nayli menentang sekeras-kerasnya...dia tahu yang izul itu bukanlah lelaki yang baik..izul itu seorang kaki perempuan,kaki judi,kaki mabuk!.

"Ye ye.. sayang..ibu tahu..nanti ibu tolak ye...dah jangan nak moody2 pergi naik atas mandi..nayli baru balik dari kubur kan?" 

"haah bu..okay nayli pergi mandi lagipun nayli tak lama pun kat sini..kejap lagi lisa kata nak ajak makan tengah hari sama" ujar nayli dan dia terus mendaki tangga untuk ke biliknya..

Walaupun nayli sudah mempunyai rumah sendiri dia tetap gemar datang ke rumah anak yatim ini.. kerana dia dibesarkan disini selepas kematian papa dan mamanya.

Puan Ros tersenyum melihat nayli tetap berkunjung ke rumah anak yatim ini walaupun sudah mempunyai rumah sendiri.. dia juga bersyukur kerana diberikan kesempatan menjaga anak2 istimewa ini.. Ada diantara mereka yang ditinggalkan oleh ibu bapanya dan yang ibu bapanya sudah meninggal contohnya nayli.

***

"Lisa kau pergilah cari tempat dulu..aku nak pilih ayam kejap" ujar nayli yang matanya hanya melihat ayam yang berada di hadapannya.

"haa yelah cepat sikit.. kau nak order air apa?" tanya lisa.

"Nak Teh ais" balas nayli.

Semasa dalam perjalanan ke tempat duduknya. Seorang lelaki melanggarnya lalu habis semua makanannya tumpah.

"YA ALLAH! HABIS BAJU AKU!! KAU BUTA KE PEREMPUAN!?" tengking lelaki itu sambil tangannya cuba membuang kotoran dibajunya.

"wah hello encik! awak yangg jalan tak pandang depan sebok duk tengok telefon je!" panas sahaja hati nayli kerana itu bukan salahnya..lelaki itu yang jalan tengok telefon bukan depan. habis semua makanan kesayangannya!.

"Apa ni? nayli kenapa semua makanan tumpah?" lisa terus bergegas ke tempat kejadian selepas terdengar suara nayli.

"Ni ha! Lelaki ni dia jalan tengok telefon lepastu terlanggar aku and guess what? DIA CAKAP NI SALAH AKU!!!"nayli menjelaskan kejadian itu kepada lisa.

"APA? EH PEREMPUAN! KAU YANG JALAN TAK TENGOK DEPAN! KAU TENGOK AYAM DALAM PINGGAN KAU TU!" ujar lelaki itu lalu ditenangkan oleh rakannya yang disebelahnya.

 "okay encik saya minta maaf bagi belah kawan saya ni..so encik nak ganti rugi ke? berapa?" lisa cuba untuk meleraikan ketegangan antara rakannya dengan lelaki itu.

"Okay cik?" tanya hay.

"lisa" balas lisa.

"okay cik lisa..maafkan kawan saya ni..dia ni memang suka jalan tak tengok depan..ganti rugi? takpelah cik simpan je duit tu." hayden meminta maaf bagi belah si thaqif  dan juga cuba meleraikan ketegangan itu.

"okay kalau macam tu kami minta diri dulu..maaf sekali lagi" lisa terus menarik tangan nayli dan beredar dari restaurant itu. nayli cuba melawan tapi apakan daya..pandangan yang diberi oleh lisa itu sungguh mengerunkan.

Masuk sahaja kedalam kereta. nayli terus membuat muka dan dia juga tahu bahawa lisa cuba untuk melindungi dirinya. Ya..lisa ialah pembantu peribadinya yang papanya upah tapi dia telah menanggap lisa itu sebagai kawannya.

"Nayli..aku tak suka kau buat kecoh dekat tempat awam. tolonglah nayli" ujar lisa yang sedang tumpukan tumpuan di jalan.

"No lisa..dia yang langgar aku! habis ayam goreng aku jatuh lisa!!!" nayli cuba untuk mempertahankan dirinya.

"ye aku tahu..tapi tu kan tempat awam..kau tahu tak nyawa kau tu selalu dalam bahaya" balas lisa.

"kerja papa sebenarnya apa? and satu lagi, kenapa kau tak habis2 cakap nyawa aku dalam bahaya" tanya nayli kerana dia sendiri tak tahu kerja papanya..yang dia tahu..lisa ini diupah oleh orang suruhan arwah papanya untuk menjaga dia selepas dia keluar dari runah anak yatim itu.

"nanti kau akan tahu" balas lisa yang menunggu masa yang sesuai untuk menjelaskan semuanya pada nayli.

tbc.

(SLOW UPDATE) GIRLS WITH THE KILLERSWhere stories live. Discover now