Bab 1

50 3 0
                                    

" No ! Qif taknak terima perempuan tu! Itu perjanjian papa dengan uncle nizam bukan perjanjian uncle nizam dengan qif! Papa sanggup jual anak semata mata janji ? Why pa why?!!! " thaqif mengusutkan rambutnya. Mukanya sudah merah akibat menahan marah,urat dileher juga timbul. Bukan tidak mahu berdamping dengan mana mana gadis,tetapi kerjanya yang  kedua membuatkan dia tidak sanggup dan tidak mahu  menanggung risiko. Musuhnya ramai memerhati.

" listen,papa takdapat nak balas jasa uncle nizam. So dengan cara ni sahaja kita dapat balas dan hargai jasa dia , dia yang selamatkan keluarga kita dari bahaya. Dia yang lindung papa dari jadi mangsa tembakkan. If papa tak ada , qif dengan mama mesti menderita sekarang ni. Tolong qiff.. Tolong papa kali ini saja ." rayuan bapanya tidak dipedulikan. Dia menggeleng kepala, kesal dengan sikap papanya yang sanggup libatkan orang lain dalam masalah mereka .

" qif, tolong papa kali ni aja. Nayli perlukan perlindungan. Dia sudah tiada sesiapa di sini. Kita patut jaga dia qif, if papa dah tak ada nanti qif yang patut jaga dan lindungi dia. Sama jugak lambat atau cepat qif kena berkahwin dengan dia ."

Tanpa memandang wajah bapanya,dia terus keluar dari pejabat. Stress!!! Arghh serabutt! perempuan memang suka timbulkan masalah!

*
Encik razif mengeluh. Pelapisnya dipicit perlahan sambil memikir cara untuk  memujuk anaknya .

Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi dia melihat nama yang tertera di screen telefon lalu di capai telefon itu. Selepas bercakap dengan seseorang , bibirnya mengukir senyuman. Senyuman yang menandakan dia sudah berjaya.

*

Nayli termenung sambil memandang ke arah tanah pekuburan arwah mamanya. Dia mengucap batu nisan sambil mengenang nasib yang dilalui olehnya. Keluhan berat dilepaskan. Terasa ada batu yang menghempap kepalanya saat ini.

Kadang kadang terdetik dihati,kenapa ujian allah terhadap dirinya seperti ini? Sewaktu usianya menjejak 5 tahun dia kehilangan seorang bapa,bapa yang sering menjadi idolanya kerana sikap ayahnya yang seperti hero. Bila dia hampir jatuh ayahnya lah yang menyambutnya.

*flashback*

Rumah agam yang megah dan mewah itu sudah di banjiri oleh ramai tetamu. Kanak-kanak seusianya memakai baju ala ala princess manakala bagi kanak kanak lelaki memakai baju ala ala prince charming. Terdapat juga  bodyguard disekeliling rumah, pagar,dan kolam untuk mengawasi kanak kanak yang hadir.

Puan natrah melihat jam dinding. Waktu sudah beranjak pukul 2.00p.m tetapi kelibat suaminya masih tidak muncul muncul. Hatinya mula rasa resah dan risau jika sesuatu perkara buruk terjadi. Nayli juga duduk termenung diatas kerusi khas untuknya. Mata melihat rakan-rakannya ketawa dan berkejaran. 'Mana papa ni hm' keluh nayli.

" sayang " tegur puan natrah sambil membelai lembut rambut anaknya.

" emm mama,mana papa? Papa janji nak balik awal tapi kenapa sampai sekarang tak sampai lagi? Papa tak sayang nayli ke?"

" bukan macamtu sayang,mungkin papa ada hal yang perlu di uruskan. Papa kan sayang nayli,mesti papa balik kejap lagi. Nayli lupa ke yang papa tu superhero nayli? Superhero mestilah kena selamatkan orang ,betul tak? Mungkin papa tengah selamatkan orang. Tolong menolong tu kan satu amalan yang mulia pada pandangan allah. Nayli lupa?" ujar puan natrah dengan nada lembut.

" yaa maa,nayli tak lupa. Nayli janji takkan marah papa lepasni." kata nayli sambil memeluk pinggang ramping puan natrah .

" Puan! Puan! Boss puan ! Boss!! " jerit salah sorang pengawal . nafasnya tercunggap cunggap. Suasana jugak turut kelam kabut

" apa kamu ni mamat? Terjerit jerit . cakap elok elok la ,ish! Ha kenapa dengan suami saya ?"

" puan kena tengok sendiri. Pergi puan. "

" jom nayli,kita tengok papa. Mungkin papa nak buat suprise untuk kita kan? " dengan giranggg nayli mengikuti mama nya.

Setelah sampai di hadapan pagar puan natrah tergamam dan jatuh melutut . nayli yang dari tadi mukanya penuh dengan senyum juga turut terkedu dengan apa yang dilihatnya. Orang yang selama ini dia tunggu datang memberi 'kejutan'. Nayli menekup mulutnya,dia menangis sambil merapati jenazah papanya. Tetapi tangannya direntap oleh seorang budak lelaki. Budak lelaki itu membawa nayli jauh dari jenazah dan menyuruh para pengawal membawa jenazah masuk ke dalam rumah.

" kau kena kuat ya budak. Kejap lagi kita jumpa ayah kau. Shuhhh... Jangan nangis .." ujar budak lelaki itu. Dia menarik nayli kedalam dakapan. Dia memeluk dan memujuk nayli.

Masuk saja ke dalam rumah,nayli terus menerpa ke arah jenazah papanya. Dia memeluk dan mencium jenazah papanya. Dia melihat mama termenung sambil menangis dan ditenangkan oleh beberapa orang wanita seusia dengannya.

" papa janji nak sambut hari jadi nayli,tapi kena papa tinggalkan nayli? Nayli nakal ke papa? Papa tak sayang nayli ya? Sebabtu allah ambil papa dari nayli ? Nayli janji nayli tak akan nakal nakal lagi,nayli takkan curi curi keluar dan ponteng kelas piano. Nayli janji papaa... Nayli..nayli nak papa balikk... Kenapa allah ambil papa..? " ujar nayli dalam sendu.

Budak lelaki yang sentiasa menemani nayli dari tadi  hanya memandang nayli dengan pandangan kosong. Jujur hatinya turut merasa sedih tetapi air matanya tidak mahu keluar.

*end flashback*

Nayli mengelap air mata yang jatuh menggunakan lengan baju kurungnya. Dia menggulung tikar dan terus beredar dari tanah perkuburan. ' nanti nayli datang lagi ya mama ,papa ' bisik hati nayli.

*

Seseorang yang memerhati nayli di sebatang pokok itu hanya memandang sepi pemergian nayli. Lock screen dibuka , laju tangannya mendail nombor seseorang.

**

" hay yakin perempuan tu yang papa cari?" soal dato razif

" saya yakin seratus peratus dato. Itu yang kita cari selama ni. " kata hayden.

" bagus. Papa nak hay sentiasa ikut dia. Papehal roger papa. Btw , takperlu serius sangat dalam kerja. Panggil je papa,ni sekejap papa sekejap dato. Lempang nak?" ujar dato razif sambil ketawa.

Hayden turut ketawa . kadangkadang dia juga tersasul walaupun sudah 8 tahun dia mengenali keluarga dato razif malah menjadi anak angkat dan  kawan baik kepada anak dato razif tapi dia tetap tersasul ketika bercakap depan depan .

" hay mintak diri dulu paa, nanti thaqif bising datang lambat." dato razif hanya tersenyum sambil mengangguk.

***
Tbc

(SLOW UPDATE) GIRLS WITH THE KILLERSWhere stories live. Discover now