Life 24

750 17 15
                                    

Tamamah berlari-lari anak mengejar ke arah pintu lif yang hampir tertutup sambil memeluk fail untuk diadakan mesyuarat petang nanti. Alamak tak sempat! Pintu lif dah nak tertutup!!

Pada masa yang sama, seorang lelaki yang berbadan tinggi dan berwajah tampan yang berada di dalam lif tersebut meletakkan tanganya untuk menghalang pintu lif tersebut itu tertutup.

"Tama cepat masuk!"

Tamamah tersenyum lebar sambil memecut masuk ke dalam lif. Tercungap-cungap nafas Tamamah.  Peluh mula membasahi dahinya namun sebelum sempat dia mengelap peluhnya, dia merasakan ada sesuatu yang lembut menyentuh dahinya. Tamamah pun menolehkan kepalanya ke atas.

"Haziq?" berdegup jantungnya melihat wajah tampan jejaka idaman ramai perempuan berada dekat dengan dirinya sambil mengelap peluhnya mengunakan sapu tangan.

"Habis berpeluh muka." Haziq tertawa kecil melihat wajah Tamamah yang agak merah padam.

"Um.. uhh.. dekat sangatlah muka awak.." Tamamah menjauhkan mengelakkan pandangan matanya daripada Haziq.

"Kenapa nak malu pula? Kan kita ni couple~?" semakin lebar senyuman Haziq sambil mendekatkan wajahnya ke arah Tamamah. Seronok dia melihat riaksi Tamamah apabila dia didalam keadaan gelabah.

"Tapi tetap tak boleh.." kali ini dia menundukkan kepalanya ke lantai sambil memundur ke belakang setapak dua. Erat dia memeluk fail tersebut untuk menahan debaran jantungnya yang tidak karuan itu.

"Alahai.. habis ronyok fail tu.. daripada awak peluk fail tu, lebih baik awak peluk saya sampai ronyok~ Meh sini.." Haziq tertawa kecil sambil cuba untuk memeluk Tamamah, namun Tamamah hanya berdiri di tempat sambil menggeleng laju.

"Saya gurau ajelah~ Takut sangat.." Haziq mengeluh kecil sambil menarik tangan Tamamah. "Hari ni keluar makan malam nak? Dah lama tak pergi dating."

"Eh!?" terperanjat Tamamah. Ingin dia menarik semula tanganya namun dia gagal. Tidak mungkin dia dapat melepaskan tanganya yang sudah berpaut dengan tangan besar yang mengengam erat tanganya. Soalan yang diajukan kepadanya tidak diendahkanya.

" Saya nak charge tenaga sekejap~" Haziq mengenyitkan matanya. Semakin erat gengaman tanganya mememgang tangan Tamamah seakan-akan mengengam sesuatu yang berharga. "Selesanya tangan awak.. kecik.. elak patah je kan tulang ni saya gengam kuat-kuat.."

"Merepeklah awak ni.." Tamamah tertawa kecil. "Tangan awak pun.. besar dan hangat.." tersipu-sipu malu Tamamah berbual. Terketar-ketar nada suaranya.

"Eyy janganlah cakap benda comel macam tu tiba-tiba.. kan nanti saya serang awak kat sini baru tau." Haziq tertawa nakal.

"!" Tamamah tidak mampu menjawab akibat terlampau terkejut. Dia hanya mampu memandang wajah Haziq dengan pandangan mata seperti mangsa yang sudah ditangkap oleh pemburu.

"Hehe comellah riaksi muka awak~ Nak saya buat sekarang tak~?" belum sempat Tamamah menjawab Haziq sudah pun melepaskan gengaman tanganya daripada Tamamah.

Apabila hilang sudah kehangatan yang berada di tangan Tamamah, Tamamah segera menolehkan kepalanya kehadapan.

Pintu lif sudah pun terbuka. Berdirinya 2 orang staff perempuan yang cantik-cantik belaka. Lebih cantik, lebih menawan dan rupawan, tinggi dan muda daripada Tamamah.

"Oh Haziq! Nak ke mana tu~?" salah seorang pekerja perempuan tersebut datang memasuki lif sambil memegang bahu Haziq.

Aroma minyak wangi yang kuat mula menusuk ke hidung Tamamah.

"Jom keluar makan dengan kitorang nak malam ni~?" seorang lagi pekerja perempuan memegang lengan Haziq. Ditolaknya Tamamah ke tepi.

Buruk betul perangai.. Haziq ni aku punyalah perempuan gatal! Tamamah mengetap giginya sambil menjeling ke arah perempuan-perempuan tersebut dengan pandangan yang penuh dengan kebencian.

Love Lesson?!Where stories live. Discover now