Life 18

891 23 3
                                    

Suasana di Syarikat Sapphire Blue sentiasa sibuk seperti biasa. Namun tiada yang dapat menandingi aura hitam yang mengelilingi ruangan dibahagian Ruby Red sebaik Encik Elman dan Tamamah menjejakkan kaki mereka ke dalam ruangan tersebut.

Melihat rupa Encik Elman yang seakan serupa dengan Devil, pekerja di ruangan tersebut semuanya melajukan tangan mereka menunjukkan betapa rajinya mereka serta boleh dapat balik dengan segera.

Hani yang membuat kerjanya senang-lenang segera duduk tegak dan memasang wajah serius seolah-olah sedang tekun mengerjakan tugas sebaik matanya terpandang Encik Elman yang sedang berjalan semakin lama semakin hampir dengan mejanya.

Bergegar bahu Faizal menahan tawanya melihat lakonan Hani. Dia menggeleng lalu sambung mengerjakan tugasnya sendiri.

Wahh.. ini mesti kes gaduh lagi.. Agak Safiya dalam hati. Matanya masih lagi sibuk meneliti wajah Encik Elman dan Tamamah.

Tamamah dan Encik Elman menarik kasar kerusinya serentak lalu mengempaskan punggungnya. Kening mereka berkerut seakan-akan sedang menahan marah.

Sebaik mereka duduk, mata saling berpandangan tidak berpuas hati kerana melakukan aksi yang sama.

Tamamah mengetap gigingya geram melihat Encik Elman. Sudahlah duduk disebelahnya. Semakin menggununglah perasaan marahnya itu.

Encik Elman juga masih lagi memandang Tamamah dengan pandangan marah.

Sesiapa.. tolonglah damaikan mereka berdua.. Doa para pekerja di ruangan tersebut.

Safiya mengeluarkan keluhan penat. Nampak gayanya, mustahil untuk Encik Elman dan Tamamah untuk berdamai. Kalau boleh pun, pasti membutuhkan masa yang lama.

Walaupun demikian, Safiya terkejut dan terkesima pada waktu yang sama melihat Tamamah. Ini kerana berani menjadi teman debat Encik Elman.

Love Lesson?!Where stories live. Discover now