Life 26

565 15 6
                                    

"Awak tau tak plot untuk novel Anna?" tanya Encik Elman sambil memeluk tubuh.

"Ada-- umm.. tapi sebelum tu boleh aku tanya?"

"Tanyalah."

"Kenapa.. Anna tulis cerita novel pelik-pelik?"

"Ohh tu. Sebab novel dia yang pelik-pelik tulah ramai orang nak baca novel dia. Lain daripada yang lainlah katakan. Walaupun dalam bahasa melayu, tapi ramai yang support." terang Encik Elman. "Dah cepat sambung awak punya."

"Ohh ya!" Tamamah segera membelek buku skrip yang berada ditanganya. "Dia mengisahkan seorang cik muda yang kaya raya bernama Cordelia De Blouse dan juga butlernya Sebastian Michaelis. Setting dalam cerita ni pada era British manakala genrenya pula romance, fantasy, tragedy dan juga history. Tema utama Forbidden Love diantara cik muda dan butler---adoii!" belum selesai Tamamah membaca plot novel tersebut, Encik Elman mengentuk kepalanya mengunakan buku skrip.

"Itu bukan tau, tapi baca." ujar Encik Elman dengan nada rendah tanda marah.

"Biarlah! Takkanlah aku nak ngapal nama-nama pelik ni semua! Dahlah panjang!" Tamamah menghentakkan kakinya geram.

"Awak ni.. itu kan asas sebagai seorang editor.. sekurangnya-kurangnya awak kena tau name, plot, setting, tema tu semua. Biarlah jalan cerita tu penulis yang buat. Kalau kita tak tau asas dari novel dia, macam mana nak edit kecacatan novel tu?" Elman menarik telinga Tamamah.

"Uwaa! Waa! Okay! OKAY! Aku paham!!" Tamamah meronta-ronta meminta untuk dilepaskan.

"Apa-apa pun, watak awak ialah Cordelia De Blouse. Saya pula Sebastian Michaelis."

"Ya. Jom berlatih scene 1 yang Anna tulis!" cadang Tamamah semangat. "Hmm.. tapi nak start macam mana..?"

"..." Encik Elman mengedutkan keningnya. Dari tadi baca.. satu habuk pun takde hasil.. getus hati Encik Elman geram.

"Selamat Pagi Cik Muda Cordelia." dengan sepontan Encik Elman menundukkan kepalanya dengan gaya butler sejati. Tangan kanan diletakkan didadanya lalu mendonggak semula sambil tersenyum lembut ke arah Tamamah.

"H-huhh..?" ternganga kecil mulut Tamamah dek terkejut melihat senyuman Encik Elman yang jarang dipamerkanya, lebih-lebih lagi apabila dengan dia. Encik Elman akan memasang muka selamba atau pun bahasa mat salehnya, poker face.

"Macam tu permulaanya." Encik Elman kembali ke diri asalnya yang jarang tersenyum di hadapan Tamamah.

"!" terkedip-kedip mata Tamamah seakan-akan baru balik dari ilusi. "Umm-- ya! Okay.." Tamamah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dalam skrip Anna tak tulis apa yang kita bualkan, tapi dia just tulis gerak-geri kita. So its up to us lah."

"Ohh.. so uhh.. selamat pagi tadi tu.. kau yang reka sendirilah?"

"Yelah. Kan scene 1 menceritakan rutin harian Cordelia dengan Sebastian."

"Ohh.. okay.."

"Dah jom mula dari awal." perintah Encik Elman. "Selamat pagi Cik Muda Cordelia." lagi sekali Encik Elman menundukkan kepalanya, memperlagakan gaya seorang butler.

"Ohh! Umm.. S-selamat pagi Sebastion." balas Tamamah agak kaku sambil merenggangkan badanya seolah-olah seperti baru bangun tidur.

"Mari saya tolong cik muda bersiap sedia." Encik Elman menarik lembut tangan Tamamah lalu memaksanya duduk di kerusi kerjanya yang empuk khas untuk editor head-in-chief.

"..." perwatakan Encik Elman membuatkan Tamamah terpaku dan tanpa disedarinya dia mengikut arahan Encik Elman atau lebih tepatnya lagi Sebastian.

Encik Elman pun mula menyisir rambut Tamamah menggunakan jari-jemarinya dengan lembut.

Bunyi rambut disisir oleh Encik Elman kedengaran agak nyaman ditelinga Tamamah. Entah mengapa dia berasa selesa dengan keadaan tersebut sehingga terukir senyuman kecil dibibirnya. Dia merasa seakan-akan terapung di udara lalu mula menghayunkan kakinya ke depan dan belakang kerana kerusi yang diduduknya di-adjust tinggi oleh Encik Elman. Mungkin disebabkan Encik Elman mempunyai fizik tubuh yang tinggi.

Macam budak-budak betullah dia ni.. ingatkan dia tak biasa, tapi sekarang semua dah okay senanglah.. bisik hati Encik Elman tersenyum. Tanpa disedarinya, tangan pun menarik lembut helaian rambut Tamamah lalu dikucupnya.

"Wanginya rambut cik muda." Encik Elman berbisik ditelinga Tamamah dengan suara menggoda.

"Hmm? Wangi ke? Aku tak basuh rambut 4 hari tau! Apa yang kau bau?" tanya Tamamah hairan sambil menolehkan kepalanya ke belakang dengan senyuman lebar menampakkan sebaris putih giginya.

Sepertinya Tamamah tidak sedar akan suara Encik Elman itu menggoda.

"Eh?"

"Ya betul!" Tamamah menarik rambutnya sedikit lalu mula menciumnya sendiri. "Haa kan bau! Kena basuh ni.. hehe kerja terlampau banyak sampai lupa basuh rambut~ Biasalah editor~" Tamamah tertawa kambing.

Perosak mood betullah dia ni.. tapi apa yang bau.. kenapa wangi semacam..?  bisik hati Encik Elman hairan.

"Sebastion!" Tamamah mula bersuara sambil tersenyum lebar.

"Ya?"

"Terima kasih atas jagaan kau. Kau sentiasa ada untuk aku, pagi, siang, malam.." Tamamah berbicara dengan nada rendah seolah-olah sudah mendalami watak seorang Cik Muda sebenar.

"..Sudah semestinya Cik Muda Cordelia.." Encik Elman membalas senyuman Tamamah sambil dikucupnya tangan Tamamah.

Tamamah hanya tertawa kecil dengan tindak balas Encik Elman.

Hehehe~ Seronok gak jadi Cik Muda ni~ Kena layan macam princess~ Weee~~~ wajah angau mula terpampang di wajah Tamamah.

Encik Elman masih lagi memegang tangan kecil Tamamah. Diperhatinya wajah Tamamah dengan teliti.

Muka macam ni.. disakiti orang.. kenapa sanggup lelaki tu buat macam ni..? Aku harap, aku dapat buat dia tersenyum macam sekarang ni.. walaupun dalam lakonan je.. tapi sekurang-kurangnya dia tersenyum.. dada Encik Elman terasa sakit dan sedih melihat senyuman Tamamah yang mengandungi 1001 kesedihan yang dia tidak pernah tunjuk.

Pada malam hari itu, pintu hati Encik Elman mula terbuka kecil untuk Tamamah. Tanpa dia sedari dia ingin memelihara senyuman Tamamah agar sentiasa terukir dibibir. Encik Elman tidak pasti perasaan apa yang hadir dalam dirinya, tetapi apa yang pasti dia ingin membuat Tamamah tersenyum seperti saat ini.

♕♛ ♕♛ ♕♛ ♕♛

Free Talk!

ahh 1st of all sorry for the super late update.. sya akn cuba usaha kn utk update dngan segera--- tpi klaw update bnyak2 pembaca tak suka punn bwat ap kn? umm wat i mean is.. like i said laa.. be4 i update the story i will 10× check it over and over so the reader would satisfied for the chapter.. worth the wait i supposed..

so from here nauu on.. the story is getting wierder.. sya nk minx maaf sngat2 kpada siapa-siapa yg tak minat sbb sya mmng sorang yg pelik. AfiqDaniel tahu.. plus sya nk bwat character Anna Zafea pelik-pelik.. so jngan terkejut taw nnty..!

Life 27 coming soon!

Love Lesson?!Where stories live. Discover now