Suraya.
Suraya ini bukan Suraya yang sama pernah heboh ketika dahulu. Bukan Suraya yang erotisnya lain macam.
Bukan.
Ini Suraya binti Khalil. Suraya,guru muda yang kerja mengajar Sains. Tapi tersilap langkah,jatuh cinta pula terhadap salah seorang murid lelakinya.
Suraya.
Seindah nama dan rupanya,gadis tinggi lampai itu sudah melangkah jauh dari kawasan sekolah itu. Jeritan dan tangisan anak-anak muridnya bagaikan masih kedengaran pada gegendang telinga.
Syahdu.
Sedih.
Tetapi itulah kehidupan. Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Perasaan yang menjalar,cuba dibuang jauh dari dasar hati.
Perasaan cinta itu.
Cinta yang tak sepatutnya wujud di antara mereka berdua.
Sesungguhnya,keputusan ini amat membebankan dirinya. Namun,inilah yang terbaik. Untuk dia dan lelaki itu juga.
Suraya.
Sejak gadis itu sudah memutuskan hubungan antara mereka,langsung tiada khabar berita. Bayang malah batang hidung gadis tersebut pun tidak ada yang nampak.
Seakan Suraya sudah ditelan kerak bumi. Jauh ke dalam,tanpa pengetahuan orang.
Sayang. Sungguh sayang,hati ini masih merindu pada guru muda tersebut.
Pernah terdetikkah dihati Suraya untuk merindui lelaki ini?
Atau cuma lelaki ini sahaja yang berlebihan dalam rasa cinta monyet?
Tiada siapa tahu.
Suraya sudah lama menghilang,ditelan kerak bumi seperti diperkatakan orang kampung.
Suraya.
“Semalam Cikgu Suraya chat aku. Jemput kita semua pergi kenduri dia,2 minggu dari sekarang.”
“Kenduri apa? Bukan dia dah balik KL ke?”
“Ini yang aku nak gossip dengan kau ni!”
Telinga sudah siap dipasang kedua-dua belah. Teruja nak mendengar khabar guru muda yang pernah menjejak kaki ke dalam kelas ini.
“Cikgu Suraya dah kahwin!”
“Bapak ar? Kau serius ke ni?”
“Takkan aku nak tipu kau,Yah! Dia kata,dia nikah aja dulu. Majlisnya tak buat lagi,suami dia sibuk lagi katanya.”
“Bila kahwinnya? Gila ar,aku tak boleh brain ni!”
Yah mengurut pelipis. Gasak,berita ini terlalu hangat untuk diri dan otaknya mencerna maklumat. Siti menjulingkan mata.
Drama lebih Yah seorang ni!
“Hoi! Gossip apa kau orang berdua ni hah?”
Tersentak sekejap Siti dan Yah bila disergah Ari(Awang Arriya) dari belakang. Terkekek Ari ketawa. Masing-masing buat muka toya.
“Bodohlah Ari! Nasib tak melatah!”
“Marah pulak. Rileks. Nanti lekas tua bak kata Masdo.”
Tak dijemput dari gadis-gadis,Ari laju saja menarik kerusi yang ada ke meja mereka berdua. Nak tumpang kaki mendengar sekali!
“Kau orang bergossip apa? Aku nak tahu jugak ni. Jangan kedekut ilmu sangat. Aku merajuk nanti!”
Siti angkat tangan lalu diletak atas bahu. Menyampah betul dengan gedik Ari. Yah geleng kepala saja. Dah masak dengan Ari.
“Kami sembang pasal Cikgu Suraya.”
“Kenapa dengan dia? Lama tak dengar cerita.”
“Cikgu Suraya dah kahwin kalau kau nak tahu ceritanya. Dia jemput kita yang mana boleh pergi kenduri dia nanti,2 minggu lagi.”
Zaps!
Terkelip-kelip mata Ari mendengar ayat yang keluar dari mulut Siti. Macam seribu panahan menusuk ke jiwa tanpa berhenti!
“Kau serius ke ni?”
“Takkan aku nak tipu kau,Ari! Kalau tak percaya,kau chat dia. Nanti aku bagi nombor baru dia tu.”
Suraya.
WhatsUp guru itu tertera online.
Ditaip perlahan seiring hatinya hancur.
“Arya rindu Suraya.”