Aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita aku kali ni. Nak mula dari persahabatan,macam pelik. Nak mula dari percintaaan,terlalu menyedihkan hati.
Jadi aku mulakan dengan lafaz bismillah.
"Bismillahirrahmanirrohim. Fuh!"
"Buat apa tiup tayar? Dah pancit pun. Tak ada guna dah."
"Janganlah cakap macam tu. Kecik hati motor awak ni," jawab aku sambil mengusap tayar motor milik Amir. Waktu-waktu nak senja dia buat hal. Aku pandang Amir yang kehulur kehilir,cuba menelefon bapa saudaranya.
"Hello Ayah Chik!"
Amir melangkah jauh dari aku dan motor. Takut sangat orang dengar dia bual apa.
Aku bersila seorang diri. Menanti masa Ayah Chik datang menyelamatkan keadaan.
"Tunggu la. Nanti ayah chik sampai. Tinggal je motor dekat sini."
"Kalau orang curi nanti?"
"Lock la motor. Tak ada yang curinya."
"Ikut suka awaklah. Motor awak. Bukan saya."
Dan senja itu,kami berdua diam sahaja. Menghayati angin petang,menonton matahari terbenam. Seterusnya diganggu oleh Ayah Chik yang menjerit.
"Hoi! Masuk cepat. Nak maghrib dah ni!"
Aku dan Amir. Kisahnya tiada apa. Cuma manusia berlainan jantina yang bersekolah tempat sama. Aku kelas depan. Dia pula kelas keempat. Aku tahu dia wujud. Dia pun tahu aku wujud.
Tingkatan 1. (2014)
"Ada budak baru."
"Kelas mana? Tak nampak dek mata aku pun," aku menjuih mulut. Lorong korridor aku tenung lama. Kosong. Masing-masing dah masuk kelas tapi macam biasa.
Bising mengalahkan zoo.
"Mana nak tahu. Lelaki. Kelas belakang kot. Hitam manis."
Aku angguk biasa. Tak berminat mana nak ambil tahu. Iyelah,dah berpunya masa itu. Nak usha apa orang lain.
Ehh.
Tingkatan 2. (2015)
Detik-detik aku dan dia mula berkenalan. Zaman WeChat. Promot situ,promot sini. Alih-alih jumpa akaun si dia. Tapi masa mula nak kenal tu,tengok dp macam lain je.
Rupanya berangkat dengan musuh dalam diam. Ish,takut pula nak add. Takut kena serang pulak.
Tapi chill,darah muda. Kita bedal sama dia.
Sembang sana. Sembang sini.
Sangkut bersama!
Tingkatan 3. (2016)
Tahun mulanya kami renggang,tak mesra,jumpa pasangan baru. Ingat balik,sedih juga. Tapi masing-masing bahagia.
Aku doakan dia bahagia juga.
Tingkatan 4. (2017)
Tahap persahabatan terlerai begitu sahaja. Dikongkong. Isu. Semuanya banyak berlaku.
Sampai aku sendiri tak percaya ini semua boleh jadi dalam hubungan dia. Tapi aku masih doakan yang terbaik. Sayang itu ada walaupun berpisah.
Bertegur sapa pun aku tak boleh. Nanti isu lagi kalau terkait dengan aku.
Sungguh, hubungannya bertoksik.
Tingkatan 5. (2018)
Aku dan dia baik semula. Aku makan hati. Dia hati mati. Banyak benda berlaku tapi cukuplah kata aku dan dia teguh bersama. (Bukan dalam hubungan cinta,maksudku).
Terdengar juga ditelinga gossip liar. Tapi aku endahkan saja. Walau terdetik hati perasaan cemburu.
Tapi aku siapa?
Cuma bekas kekasih sahaja.
Senyum masih ada pada aku dan pada dia. Mungkin tak seceria dulu. Mungkin sahaja palsu untuk diri sendiri.
Entah,tiada siapa tahu kecuali diri sendiri dan tuhan.
Kini. (2019)
Terluah perasaan rindu,kecewa,sayang dan sakit lama. Mendengar dari mulutnya sendiri bagai panahan api.
Amir,
Kalau masa boleh berputar semula,
Aku pilih untuk selalu dengan kau.
YOU ARE READING
500 Patah
AléatoireKoleksi cerpen yang hanya 500 patah perkataan. Cover by @Fiixorra