~Bab 1~

44 4 0
                                    

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

2 tahun lepas...

"kenapa kau buat macam ni dekat aku? Benci sangat ke kau pada aku?" kata Liyana Karmila kepada lelaki itu. Setelah 5 tahun berkenalan sejak zaman persekolahan tidak pernah terlintas dalam benak fikiran Liyana Karmila bahawa lelaki yang disayanginya itu akan memperlakukan dirinya seperti itu.

" A..Aku minta maaf y..yana a..aku t..tak bermaksud untuk buat macam ni dekat kau.. Aku sayang kau.. T..tapi Aku terpaksa.Maafkan aku. Selamat tinggal yana.. Semoga kau bertemu dengan lelaki yang mampu menjaga kau lebih baik dari aku.." kata Syah kepada Liyana Karmila.
" No!! SYAH please Jangan!!!! " jerit Liyana Karmila lantas berlari kearah Syah.

Tiga das tembakan dilepaskan terdengar kuat.

" SYAH!!! "

" Ya"
"Yan"
"Yana?"
"Yana!!!!! Bangun lah kau dah kenapa ni?Kau okey tak? " teriak Amira.

"Eh, Mira? Kenapa kau jerit2 ni? Aku nak tidur lah" sambung Yana sambil mengosok matanya yang masih mamai.

"Aku pulak yang ditanya sepatutnya Aku yang tanya kau.. Kenapa kau nangis tadi? Kau mimpi apa sampai teriak nama someone.. Hmm siapa eh? Syaa? Syah? Haaa Syah.. Kau jerit nama Syah tu.. Siapa tu? " tanya mira kepada Liyana Karmila.

Sukar bagi yana untuk menceritakan peristiwa pahit dalam hidupnya itu. Amira adalah senior serta housemate yana yang paling rapat dengannya. Amira 2 tahun lebih tua dari Yana tapi mereka lebih selesa beraku kau. Meskipun mereka rapat, tidak pernah sekali pun Yana mempunyai kekuatan untuk membuka cerita tentang peristiwa pahit dalam sejarah hidupnya yang telah berlaku 2 tahun lalu itu.

"Oii! Cik Liyana Karmila.. Kau termenung apa pulak tuu.. Aku tanya ni" teriak Amira lagi sambil menampar lembut pipi si Liyana Karmila

"Ehh hehehe sorrylerrr...aku tengah mamai lagi ni...Kau tanya apa tadi?" tipu Liyana Karmila bagi mengelak dari menjwab soalan itu.

"Ishh kau ni takpelah malas Aku nk ulang...Haa kau lapar tak? Aku lapar laa tapi penat sangat nk masak. Emm jom makan kat luar? Nak tak?" soal Amira. Dia sudah tahu ada perkara yang cuba disembunyikan Yana kerana itu dia memutuskan untuk tidak menyoalnya lagi.

"Emm boleh jugak tu..Aku pun lapar ni.. Tunggu sat Aku mandi and bersiap.. Kau pun pergila bersiap.. Jangan sampai Aku siap dulu, Malas Aku nak tunggu kau.. Dahlaa kau berdandan 2 jam" arah Liyana Karmila lalu mencapai tuala menuju ke kamar mandi.

"Tch...Aku tahulaaaa.. Kau pun sama okey " balas Amira sambil ketawa lalu menuju ke kamarnya.

*********************
Sampai direstoran mereka berdua memilih menu masing2. Pelayan restoran itu beredar dari meja mereka berdua setelah mengambil order.

"So, Cuti sem nk dekat dah ni kau balik rumah ummi kau tak?" soal Amira memecah kesunyian diantara mereka.

"Hmmm, of course lah balik. Macam kau tak kenal Ummi aku tu...Kalau aku tak balik mahu merajuk 1 bulan tak bercakap dengan aku hahahaha..." balas Liyana Karmila bernadakan gurauan...

"Lagipun lama sangat dah Aku tak balik... Rindu ah dekat parents aku hehehe" balas Liyana Karmila lagi

Amira tersenyum melihat celoteh yana yang dianggap seperti adik kandungnya sendiri itu..'Betul juga apa yang dikatakan yana itu.. Kalau yana tak balik memang merajuk lah Aunty Min' fikirnya sendiri.

"Bagus sangat lah tu... Lagipun aku nk balik rumah parents aku jugak cuti ni.. Kalau kau balik rumah Ummi kau lega sikit hati aku.. Takdelah Aku risau tinggal kau sorang2 kat rumah tu" balas Amira menunjukkan reaksi lega.

.. "excuse me" Pelayan restoran itu membawa makanan yang telah kami order lalu menyusun diatas meja makan.

"terima kasih" ucap kami berdua serentak.

************
USAI menjamu selera aku bangun dari tempat duduk dan berlalu pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Tiba2 terasa bahuku disentuh lembut lalu Aku menoleh untuk melihat siapakah gerangan yang memegang bahuku itu.

"Yana!? OMG! I knew it.. It's you!" ujar wanita itu teruja lalu memeluk erat Liyana Karmila

Tersentak Liyana Karmila apabila dipeluk oleh wanita itu...lidah terkelu apabila melihat wajah mulus wanita yang sudah lama tidak bersua muka itu..

"I-I-sya? Isyarah? Kau? Kau ke ni?
Ya Allah, lamanyaa tak jumpa" ujar Liyana Karmila membalas pelukan erat sahabatnya itu. Tanpa disedari air mata kerinduan mengalir membasahi pipi.

******************

"Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau dah balik Malaysia? Bila kau sampai Malaysia ni? Kenapa tak contact aku? Kau tahu tak Aku rindu gila kau?" bertubi-tubi soalan keluar dari mulutnya Liyana Karmila.Mana taknyaa,takde angin takde ribut tiba2 balik Malaysia. Isyarah ni sahabat baik Yana dari sekolah menengah lagi. Kawan gila2, masuk air, lawak hambar, lawak stupid Haa dia nilahh. Yana selesa sangat dengan Isyarah atau nama manja "Isya". Isya lah yang selalu ada dalam susah senang yana. Ada lagi 2 orang sahabat baik yana iaitu Aily dan Aleya.Diorang berdua ni sekarang belajar dekat luar negara. Aily telah menyambung pelajaran di jepun dalam bidang architecture manakala Aleya di Oxford.

"Sorry lah Aku minta maaf ehh.Jangan marah aku hmmm.Lagipun Aku balik ni seb..." belum sempat Ira menghabiskan ayatnya. Telefon yana berdering diminta untuk disahut

*Ring ring ring*

Deringan telefon yana mematikan lamunannya.Melihat nama yang tertera pada screen telefon
*Along🙄*

"haihh" yana mengeluh malas untuk menjawab panggilan dari Abang sulungnya itu. Dia tahu akan tujuan abang kesayangannya menelefon dirinya.Tak lain tak bukan untuk memujuk supaya dirinya bersetuju untuk membantu mengendalikan kedai abah.

*Ring ring ring*
Telefon bimbit yana dibiarkan berdering lagi menunggu panggilan disahut.

"Kenapa kau tak jawab? Siapa yang call tu?" soal Ira pelik.

"Along aku lah. Aku malas lah nak angkat. Biar lah dia." jawab Yana menunjukkan muka masam mencuka. 'Potong mood jela along Aku ni' bisik hati kecil Yana.

*Ring Ring Ring*
Telefon Yana berdering buat kali ke-3. Yana mulai serabut. Tanpa melihat nama pemanggil dia mengangkat call
" Apa along nak? " jawab Yana lembut.

"Kau apa along2 ? Kau pergi bayar makanan ke pergi masak makanan?" marah Amira lama menunggu kehadiran Yana.

"Ya Allah, sorry Amira Aku terlupa kau.Okey2 Aku datang sekarang" ucap Yana meminta maaf kepada Amira.

"weh, Isya aku gerak dulu lah housemate Aku dah bising.. Sorry tau. See you later. Apa2 text aku.Jangan lupa!" ujar Yana cemas.

"No problem gurl.See you later too and don't forget to say Hi to your beloved brother from me!" teriak Isya lantang membuatkan orang sekeliling memandangnya.

******************
Sampai sahaja dirumah, yana membuka tudung bawalnya lalu menelefon Muhammad Aidil Azfar Bin Dato' Saifullah Lee a.k.a Alongnya

*Tut tut tut tut*

Along🙄 :Assalamualaikum, hello
adik.
______________________________________

Jangan lupa votes and comment yee
Thank you sebab baca story Author yang tak seberapa ni❤️

NO ONE KNOWSWhere stories live. Discover now