~BAB 2~ Kejutan

26 1 0
                                    

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

Along🙄 :Assalamualaikum, hello
adik.

Yana:Waalaikummussalam,Along
sihat?

Along🙄 : Alhamdulillah sihat,
Btw kenapa tak angkat
call along tadi? 2 kali tau
Along call?Buat habis
kredit along jeee.

Yana : Alaa sorry laa bukan
sengaja tak angkat call.
adik keluar makan dengan
Mira tadi.Tak perasan.

(kuat kau temberang along eh
Yana)

Along🙄: Laa yeke..takpelah. Esok
Along nak jumpa adik.
Jam 3pm. Adik ada kelas
tak?

Yana:Emm takde.Eh tapi nk
kemana?

Along🙄:Ikut jela. I will pick you up
tomorrow and don't forget
to dress up nicely..bye

Yana:ok fine..bye

*Call end*

'Fuhh apa buang tabiat ke along Aku ni? Along nk bawak Aku gi mana?' Ishh curious nyaa.Pelbagai persoalan bermain diminda Yana.

Jam di dinding menunjukkan pukul 9:30 malam. Tanpa membuang masa Yana terus bangkit meluru ke kamar mandi untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat isyak. Setelah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah S.w.t. Liyana Karmila bersalaman dengan Amira sebelum masuk tidur. Memang sudah menjadi rutin Yana menyalami orang yg lebih tua darinya sebelum beradu. Terima kasih kepada didikan Ummi dan Abah.

*********************
Keesokan harinya,

Tepat jam 2:59 sudah terlihat kereta mewah audi berwarna hitam memakir di perkarangan apartmen Yana. Dengan tergesa-gesa yana mencapai pursenya dan berlari anak menuruni tangga setelah mengunci pintu pagar rumahnya. Tidak sabar rasanya untuk berjumpa dengan abang sulung kesayangannya itu. Maklumlah, hampir setengah tahun tidak berjumpa mahupun bertegur sapa. Setelah pulang dari Spain, alongnya itu terlalu sibuk membantu mengendalikan syarikat Abah. Kadang2 sampai tidak pulang ke rumah kerana kesibukan di pejabat.Tambahan pula, rumah ummi di Terengganu manakala yana pula tinggal di Cyberjaya, memang susah laa nk nampak batang hidung masing2. Sedar tidak sedar yana sudah berada tepat dimuka pintu kereta alongnya.

"Oitt, budak..tak mau masuk ke?Takkan lah nk suruh along bukakan pintu pulak? " bilang Aidil setelah lama menanti yana untuk masuk ke dalam kereta sambil tersenyum

"Yelaaa..yelaaa adik nak masuk lah ni" ujar yana membalas soalan along lalu melabuhkan punggung disebelah along.
"Assalamualaikum,along. Hehe rindu" pantas yana mencapai tangan along untuk bersalaman.*mata berkaca*

"waalaikummussalam, budak. Eleh yelaa tu rindu along...hahaha..ehh kau nangis ke dik? Takkan rindu along sampai nangis kot.. Kau dah 24 tahun tau dah tua cover lah sikit hahahaha" usik Aidil lalu menghembuskan ketawa besar melihat sikap adiknya yang tidak pernah berubah dari sekolah menengah sehingga kini.

"ish along ni orang nk manja2 sikit pun tak oleh..hmmm.So, kita nak pergi mana ni?" soal Yana teruja

"kita tengok je nanti.Dah sampai nanti adik tahulah" ujar Aidil tersenyum ceria. Tidak sabar rasanya Aidil mahu memperkenalkan mereka berdua. Pasti adiknya ini akan terkejut beruk dengan keputusannya itu.

NO ONE KNOWSWhere stories live. Discover now