🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
"Okey.. So.... The thing is i'm okay with it .I mean i'm completely fine.Anyway,adik rasa you guys should percepatkan perkahwinan korang.Perkara baik kan?" tegasku berbicara.Aku sebenarnya lebih suka mereka bersatu lagipun along umur sudah lanjut.Apa salahnya mereka disatukan jika sudah berkenan dihati.
"Really!?" jawab mereka berdua serentak terkejut barangkali mendengar jawapanku yang tidak disangka-sangka.Terlihat keceriaan diwajah mereka,bahagia.Aku memberikan senyuman yang semanisnya lalu menyedut jus lobak susu yang tidak kusentuh dari tadi.Selesai sahaja pertemuan kami.along menghantarku pulang.
*********************
Ketika sedang enak berbaring diatas katil kesayangan yana.Terkenang peristiwa petang tadi yang amat mengejutkan baginya.
'Kahwin?Cinta?' aku senyum sinis. "Mustahil" ucapku perlahan hanya telingaku yang mampu mendengarinya. Aku menutup mata mengingati peristiwa yang menjadi penyebab hati tidak bersedia menerima mana-mana jejaka.Pedih.*********
"Weh Syah!" lantang suara Yana memanggil nama sahabatnya itu.
Tapi tidak didengari Syah.Syah laju melangkah menuju ke kereta myvi miliknya.
"Ehh,dia tak dengar aku panggil ke?"bisik yana.Disebabkan kerisauan yang menyelumbungi fikiran dan perasaan yana.Pantas yana memasuki kereta miliknya lalu memandu mengekori kereta milik Syah.Tingkah laku Syah kebelakangan ini sangat mencurigakan.Syah yang sering menyakat yana sudah tidak langsung menegur yana.Biasanya kalau sehari tak tegur atau menyakat yana memang tak sah.Pelik.Setiap kali yana cuba untuk mendekati Syah.Lelaki itu pasti akan mencari cara untuk menghindari yana.Yana membuka mata mematikan lamunannya.Yaa,semuanya bermula dari hari pertama Syah menghindarinya.Kalau perkara tu tidak berlaku.Syah tidak akan menerima nasib seperti ini,Syah tak salah.Syah takkan terlantar seperti mayat yang hidup.Syah akan hidup seperti manusia lain,menjalani kehidupan yang normal. "Ni semua salah aku" mengenangkan nasib sahabatnya yang sangat dia cintai itu.
"Astagfirullah al azim,istighfar Yana..Tak baik kau mempersoalkan takdir Allah.Semua yang berlaku adalah ujian untuk kau menjadi hamba yang lebih kuat dan lebih tabah." bisik hati kecil nya.Terasa dirinya seperti tidak bersyukur.
"Dahlaa baik aku tidur dari aku biarkan iblis menguasai minda aku" ucap yana.Yana membuka phone dan melihat tarikh yang tertera pada skrin telefonnya."lagi seminggu. Ya Allah,kuatkanlah diri aku menempuhi dugaan ni" hatinya berasa resah,tidak pasti sama ada dia masih kuat untuk pergi ke sana.
****************
*Seminggu kemudian*Shiawase to wa∼∼
Hoshiga furu yoru to
Mabushi asa ga∼∼Alarm phone yana yang bertemakan lagu Mabataki itu berkumandang di tepi telinga membangkitkan yana yang sedang tidur.Lantas yana mencapai tuala bangun ke kamar mandi.Usai mandi,Yana menunaikan solat subuh sama seperti hamba-hamba Allah yang lain.
Harini yana hanya masak masakan yang simple "Nasi Goreng kampung" cukup-cukup untuk dirinya seorang.Maklumlah, pagi itu dia seorang sahaja berada dirumah.Kak mira? Awal2 pagi lagi sudah gerak pergi kerja memang tak sempat breakfast ,alih-alih breakfast di mana2 kedai makan yang terdekat.Jam menunjukan tepat pukul 9:30 , laju sahaja Yana mencapai beg tangannya lalu keluar rumah.Kereta nya dipandu cermat menuju ke destinasi.
******************
Wajah sayu yana terserlah kelihatan setiap kali melihat jejaka yang terlantar diatas katil Hospital Kajang itu.Yana yang masih berdiri dipintu bilik 204 itu mengumpul kekuatan untuk menghampiri katil yang dihuni jejaka yang dianggap sahabatnya yang telah coma selama 2 tahun."Ehh yana, awal sampai?Sinilah masuk buat apa tercegat depan pintu tu?" suara lembut Puan Hasnah memanggil yana setelah tersedar kehadiran yana. Yana menguatkan diri menghadiahkan senyuman sambil menuju kearah Puan Hasnah. Tangan tua wanita itu disalaminya,pipi wanita itu dicium dengan penuh kasih sayang.
"Makcik,macam mana keadaan dia?Doktor cakap apa? " tanya Yana kepada Puan Hasnah.
"Macam tulah Yana.Takde tanda2 Syah akan bangun buat masa ni...dah 2 tahun dia terlantar dekat atas katil tu." ucap puan Hasanah sayu.
"Y-Yana mintak maaf makcik.Ni semua salah yana.Yana yang menyebabkan dia jadi macam ni.Yana minta maaf" air mata ditahan agar kelihatan kuat dihadapan Ibu Syah.
"Apa Yana cakap ni.Ni semua keputusan Syah,yana tak salah apa2 pun.Makcik tahu yana rasa bersalah dengan apa yang telah berlaku dekat Syah.Tapi ingat ni semua dah tertulis dalam takdir kita.Kita perlu terus menjalani hidup." tubuh Yana dipeluk erat. Gadis inilah yang dikenalinya sejak anaknya disekolah menengah,satu2 teman rapat anaknya yang banyak membantu keluarga mereka ketika dalam kesusahan.Puan Hasnah faham kenapa Syah, anak tunggalnya itu sanggup bertaruh nyawa untuk gadis polos ini.
"takpelah yana,makcik nak keluar sekejap pergi tandas.Yana tengok-tengokkan si Syah ni yee.Assalamualaikum." ucap Puan Hasnah lalu beredar keluar dari bilik hospital bagi memberi ruang untuk Yana bertenang.
"mmmm,okey" yana hanya mengekori susuk tubuh Puan Hasnah sehingga kelibat Puan Hasnah hilang dari ekor matanya.
Yana memandang Syah yang sedang terlantar diatas katil lalu mengukirkan senyuman.
"Hai Syah,lama tak jumpa kau hehehe.Kau nak tahu tak?Aku kan..Rindu sangat dekat kau.Aku rindu suara kau.Aku rindu kau ketawa bila aku marah kau.Aku rindu kau yang selalu sakat aku.Aku rindu semua perkara tentang kau.Betullah orang kata.Kita akan rindu dekat someone bila someone tu dah takde.Masatu baru kita sedar yang someone tu bermakna dan berharga sangat bagi kita.Syah,cepatlah bangun,aku rindu kau.Aku nk cerita banyak perkara dekat kau,tahu tak?" Yana meluahkan segala yang dipendam kepada Syah yang dalam keadaan coma.Wajah Syah dipandangnya hampa setelah tiada tindak balas yang diharapkan.
Yana mendekatkan wajahnya rapat ke telinga Syah lalu membisik
"Aku sayang kau,Syah.Always."
Air mata kesedihan yang ditahannya tadi akhirnya jatuh. "So! Kau kena bangun! tau!" senyuman yang jelas dibuat2 itu terlihat."Bye and Assalamualaikum Syah."
_____________________________________Hii guys..hmmm sorry sebab dah lama sgt tk update huhu..Hope korang suka lah dengan part 3 ni. And sorry if part kali ni pendek...
Okeylaaa..Hope you guys enjoy!
Jangan lupa Vote dan comment tau!
YOU ARE READING
NO ONE KNOWS
Romance"kenapa kau buat macam ni dekat aku? Benci sangat ke kau pada aku?" Liyana Karmila " A..Aku minta maaf y..yana a..aku t..tak bermaksud untuk buat macam ni dekat kau.. Aku sayang kau....." Syah Apa yang sebenarnya telah berlaku diantara Liyana Karm...