Kringggg !!!
Bella tersedar dari tidur lenanya apabila bunyi jam loceng membingitkan telinga. Ada masa dirinya benci juga dengan jam loceng berwarna pink itu kerana membingitkan telinga di awal pagi tetapi bila difikirkan itulah fungsi sebuah jam loceng iaitu untuk membangunkan para manusia yang sejenis tidur mati.
Lagipun jam loceng ini banyak berjasa kepadanya terutamanya di waktu pagi.
Tangan yang berada di bawah selimut Bella keluarkan dan meraba - raba meja kecil di tepi katil untuk mencari jam loceng yang semakin lama semakin memekak seakan sengaja menguji kesabaran.
Makin bingit telinga Bella mendengar bunyinya.
Setelah gegaran jam itu berlaga dengan jemarinya Bella menekan butang untuk matikannya.
Bunyi itu sudah hilang dari pendengarannya.
Bella bangun dan menunaikan solat subuh dan kembali bermalas malasan di atas katil.
Matanya menghala pandangan ke arah jam yang terlekat di dinding bilik ku,
'Baru jam 6.10, lama lagi interviu tu' kata hatinya.
Bella bermalas di atas katil tanpa sedar dirinya terlelap. Siapa saja rela meninggalkan tempat tidur pada cuaca begini.
Sejuk!
_____________________________________________________Bella membuka mata sekali lagi tubuhnya diregangkan dan sempat mulutnya menguap besar. Bella mengambil iphonenya di tepi katil dan melihat jam yang tertera di telefon. Lama matanya merenung skrin itu menunggu otot silia memfokuskan nombor yang kabur menjadi terang.
YA TUHAN!
Mata Bella automatik menjadi besar dan segar bugar melihat nombor genap yang tertera di dada skrin telefon bimbit.
'8.42 ya Allah aku dah lambat interviu jam 9 pagi'
Dengan pantas Bella mengambil tuala dan masuk ke bilik air untuk mandi dan membersihkan diri.
Hari ini tercatat sebuah rekod dalam hidup seorang gadis bernama Bella Sofia binti Ahmad Ridzuan iaitu selesai mandi dengan hanya mengambil masa tidak sampai 2 minit.
Tanpa membuang masa Bella terus mencapai kemeja putih dan pencil skirt berwarna hitam yang telah digosok semalam untuk disarungkan ketubuhnya.
Badannya di halakan ke hadapan cermin dan..Nice and beautiful as usual
'Sempat lagi'
Rambut ikalnya, hanya dilepaskan sahaja nanti dalam perjalanan baru ditocang satu kerana sekarang dia sudah tidak punya masa untuk berdandan rambut kerana takut kehilangan peluang kerja, sudahlah peluang hanya senipis eperdemis bawang.
Tepat jam 8.50 Bella keluar dari rumah dan menuju ke arah lif.
Sambil menunggu teksi tangannya lincah menocang rambutnya ala - ala elsa frozen.
Nampak tak berapa lama dirinya menunggu teksi sehingga sempat lagi mendandan rambut.
Apabila sudah melihat kelibat teksi dari jauh, tapak tangannya dihalakan kehadapan untuk menahan teksi tersebut. Bella memberitahu hala tujunya kepada pakcik teksi tersebut dan tidak lupa juga berdoa di dalam hati agar dia tidak terlepas peluang pekerjaan ini.
_____________________________________________________
Tiba di hadapan bangunan megah yang bertanda besar MEGAH HOLDING , Bella melihat jam di pergelangan tangannya '9.15.'
YOU ARE READING
Cinta Dua Jiwa
RomanceGenap 2 tahun hubungan cinta Bella Sofia Dan Adam Danial, akhirnya hubungan yang diharap sampai ke jinjang pelamin hanya lah angan-angan. Hubungan mereka terputus di tengah jalan akibat satu peristiwa. Keduanya mengambil haluan masing-masing, namun...