"Bella"
Suara itu , suara yang dulunya sering mengungkapkan kata manis dan....
Cinta
Ya lelaki yang sedang berdiri dihadapan Bella dan sedang merenung sepasang matanya ialah bekas teman lelakinya semasa di universiti.
Adam Danial Bin Tan Sri Hisyam.
Tetapi disebabkan satu peristiwa hubungan mereka terputus dan hampir 2 tahun mereka berdua tidak bersua muka.
Janggal dan kekok
Itulah perasaan yang dirinya sedang hadapi sekarang.
Lamunan Bella terhenti apabila satu suara yang kurang jelas menyapa gegendang telinganya.
"Hah apa dia"
"I'm asking you, what are you doing here"
Apabila Bella mendengar soalan yang diajukan dengan jelas "ouh saya ada interview"
"I see"
Bella membetulkan rambut yang terjuntai ke dahinya bagi menghilangkan sedikit rasa janggalnya.
Yelah siapa je tak rasa janggal dan kekok kalau berjumpa dengan ex boyfriend, ini siap terlanggar dengan pakej jatuh lagi.
Itulah perbuatan couple ni dilarang sama sekali sebab kalau dah putus, tali persahabatan pun akan terputus sekali.
Adam berbisik kepada lelaki yang memegang ipad di belakangnya dan lelaki itu pun mengangguk kepala sebelum beredar.
Setelah itu Adam memusing kepala dan melayangkan senyuman kecil kepada Bella.
"Awak dah nak balik ke"
Bella hanya menggerakkan kepalanya ke bawah
Adam melihat jam di pergelangan tangannya dan berkata
"Dah nak lunch hour ni, apa kata kita pergi lunch sama-sama."
"Lagipun dah lama kita tak jumpa, awak tak rindu saya?" Sambung Adam.
Bella cuba memikirkan alasan untuk menolak pelawaan Adam, tapi dengan hati yang sedang berdegup laju otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik serta tidak mampu memikirkan alasan.
Perkataan rindu yang diucap Adam juga membuat diri bertambah janggal.
"Bolehlah, tapi dekat-dekat area sini je"
Bella mengikut langkah Adam ke arah kereta audinya dan duduk di tempat duduk sebelah pemandu.
Perjalanan ke restoran hanya ditemani celoteh radio sahaja.
Sekali sekala Adam bertanya tentang perihal Bella.
Sepatah Adam tanya sepatah juga dijawab Bella. Adam yang merasakan kejanggalan Bella hanya berdiam diri mungkin faham dengan situasi mereka.***
Restoran Sri Cempaka
Mereka mengambil tempat duduk di meja yang terletak di kiri restoran.
Seorang lelaki memakai apron berwarna hitam bergerak ke arah mereka sambil membawa buku catatan bersaiz kecil berserta pen.
"Order sir"
"Nasi goreng ayam dan milo ais" ucap Adam dengan ringkas dan memandang Bella kerana Bella hanya senyap sejak tadi.
"Bella nak apa?" soal Adam kemudian menyambung katanya "macam biasa?"
Bella pun termangu seketika dan hanya menjawab "ya"
YOU ARE READING
Cinta Dua Jiwa
RomanceGenap 2 tahun hubungan cinta Bella Sofia Dan Adam Danial, akhirnya hubungan yang diharap sampai ke jinjang pelamin hanya lah angan-angan. Hubungan mereka terputus di tengah jalan akibat satu peristiwa. Keduanya mengambil haluan masing-masing, namun...