" SAFA pinta sekali sahaja Safa menjadi yang pertama dalam hidup seseorang yang Safa sayang "
***
SAFA mengambil satu bingkai gambar yang terdapat gambar dirinya sedang tersenyum bahagia bersama seorang lelaki, tangannya lantas naik dan mengelus gambar itu. Air mata yang menitik di biarkan mengalir, dia masih ingat bila gambar itu di ambil.
Gambar itu di ambil ketika hari sanding mereka, bagi Safa itu hari paling terindah dan terbahagia yang pernah dia alami selama 22 tahun dia hidup.
Hari itu tiada langsung senyuman kelat atau perit seperti selalu dia ukirkan, hari itu merupakan hari di mana senyuman dia paling bahagia dan paling manis pernah dia ukirkan selama dia bernafas.
Dia juga masih ingat, hari itu merupakan hari paling bahagia buat dirinya. Dia rasa dia wanita paling bahagia ketika itu.
Ziyyad Qayyim.
Nama itu akan sentiasa meniti di dalam doanya dan kekal dalam hatinya, cintanya akan sentiasa menjadi milik lelaki itu walaupun lelaki itu tidak pernah menghargai dan membalas cintanya kembali.
Bingkai gambar di simpan ke dalam beg galasnya yang berisi beberapa helai pakaian miliknya, tudung sarung di ambil lalu di pakai.
Kakinya menapak menuju ke daun pintu, sempat dia menatap lama keadaan bilik tidur yang pernah dia kongsi bersama Ziyyad. Hari ini akan menjadi terakhir kali dia menatap bilik ini, Safa tersenyum kelat.
Daun pintu di tutup, kakinya menapak menuruni tangga. Semasa menapak menuruni tangga, matanya menangkap figura Ziyyad dan Zetty. Zetty tersenyum sinis sambil memeluk lengan Ziyyad erat, sengaja di gesel manja kepalanya ke lengan lelaki itu.
Safa menahan rasa, dia patut ikhlas melepaskan.
“Safa pergi dulu abang, halalkan makan minum Safa selama ini. Safa harap abang bahagia bersama kakak Zetty.” senyuman perih di lakarkan, Ziyyad terdiam. Tangan Ziyyad di raih lalu di kucup lama.
Air matanya jatuh mengenai tangan lelaki itu, Ziyyad terpana. Kenapa dia rasa berat hendak melepaskan Safa, tapi dalam masa yang sama dia juga mahu Safa pergi agar dia bisa bersama Zetty dengan bahagianya.
“Safa pergi dulu abang.” tangan lelaki itu di leraikan tapi Ziyyad pantas mengambilnya kembali, Zetty mencebik. Hatinya lantas di serang rasa marah dan cemburu.
Dia fikirkan Ziyyad akan lepaskan Safa pergi supaya mereka boleh hidup bahagia.
“Safa perlu pergi ke? Kita boleh hidup bahagia bertiga bukan? Safa terima abang dengan Zetty dan Zetty terima abang dengan Safa, itu maksud sebenar bermadu.” pujuk Ziyyad, dia sendiri tak tahu mengapa dia boleh cakap begini.
Safa tersenyum pendek sebelum menggeleng, tangan Ziyyad di lepaskan lembut. Ziyyad tersentak.
“Kebahagiaan abang bukan bersama Safa, kebahagiaan abang bersama kak Zetty. Safa percaya kak Zetty boleh jaga abang lebih baik dari Safa boleh jaga, biarkan Safa pergi. Kebahagiaan Safa di luar sana, Safa rela digantung tak bertali oleh abang. Safa takkan minta cerai atau fasakh sekarang sebab Safa masih tak sanggup untuk berpisah dengan abang. Bila tiba waktunya, Safa sendiri akan hantar surat untuk bercerai. Safa minta abang bersabar.” ujar Safa dengan sebak, Ziyyad terpempan.
“Abang--”
“Safa doakan abang bahagia selalu, terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup Safa dan ajar Safa erti bahagia. Abang cahaya kebahagiaan Safa yang pertama, dan selamanya akan begitu. Safa sayangkan abang, Safa pergi dulu. Terima kasih abang.” senyuman pahit di hadiahkan sebelum kakinya melangkah pergi.
Air matanya menitik jatuh.
Ziyyad kaku, kenapa dia tak mampu nak kejar langkah Safa. Kenapa dia tak mampu nak gerakkan kakinya.
“Safa pergi dulu abang.”
Daun pintu teksi di buka, pandangannya di buang ke rumah agam yang pernah sekali menjadi syurga dalam hidupnya. Punggungnya di labuhkan lalu daun pintu teksi di tutup.
Teksi luncur laju meninggalkan rumah agam Ziyyad, Safa keraskan kepalanya dari memusing melihat belakang. Dia tidak mahu menatap rumah agam itu lagi takut dia tidak mampu untuk berlalu pergi.
“Selamat tinggal abang dan selamat tinggal kenangan.”
***

ANDA SEDANG MEMBACA
Jadikan Aku Yang Pertama.
Romance*** Safa Shakeela, hidupnya tidak seindah namanya. Walaupun dia seorang yang murah senyum, nampak cantik saat mengukirkan senyuman namun siapa sangka di dalam hati ternyata dia yang paling terluka dan tersiksa untuk meneruskan kehidupann...