NAZMI memandang Safa tidak berkelip, sudah lima minit berlalu namun budak lelaki masih tidak beriak. Rosnah tersenyum melihat perangai anak bongsunya seorang ini, manakala Safa sudah segan.
“Ibu lawanya kakak ni, mana ibu kutip?” soal Nazmi akhirnya membuka bicara selepas lama mendiamkan diri.
Soalan Nazmi menempah luku dari Rosnah.
Pap!
“Auch! Ibu sakit tau, kenapa pukul Naz ni?” soal Nazmi sambil mengosok kepalanya yang sakit di luku dengan siku ibunya, agak tajam dan padu juga siku ibunya. Sempat Nazmi puji.
“Naz tanya soalan bijak, ada ke cakap macam itu. Naz tanyalah kakak ni nama siapa ke? Kenapa ibu ambil kakak ni ke? Umur kakak ni berapa ke?
Aduh------
Anak ibu ni, budak akaun tapi sengal tahap babun.” usik Rosnah, merah padam muka Nazmi menahan malu. Baru ingat nak tunjuk macho dekat Safa, ibunya pula hancurkan plannya.
“Ibu------” ujar Nazmi pelan sambil melentokkan kepalanya ke bahu Rosnah.
Manja!
Safa tersenyum.
Nampaknya anak ibu barunya tampak baik dan ceria.
“Ha tanyalah soalan apa-apa pun dekat kakak Safa.” arah Rosnah, dia nak Safa dan Nazmi berkenalan supaya mereka boleh rapat seperti adik-beradik kandung.
“Hm, apa-apa je eh?” lirikan nakal di berikan kepada ibunya.
Rosnah cuma mampu menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum tersenyum. Perangai gatal itu mesti ada.
“Ye---apa-apa je, tapi jangan banyak sangat. Kakak Safa itu perlu berehat, kejap lagi nak dekat pukul 9 malam. Kita belum makan lagi, abang Nauf mana? Kenapa dia tak balik ni?
Ibu-----rindu dia sangat-sangat. Dah beberapa bulan tak jumpa dia, dia selalu balik lewat macam ni ke Naz?” soal Rosnah risau.
Dah hampir pukul 9 malam tapi anaknya masih belum pulang.
“Abang Nauf memang macam itu, kadang pukul 12 malam baru balik. Bukan apa ibu-----banyak customer, lagi satu ibu Naz lupa nak tanya.” ujar Nazmi, dia hampir terlupa nak tanya satu soalan.
“Ibu kenapa boleh balik ni? Bukan ibu sepatutnya dekat Selangor kan sekarang? Jangan kata ibu homesick ececeh..” usik Nazmi. Rosnah tersenyum nipis.
“Kontrak ibu dah tamat awal, ibu ingat nak cari kerja dekat area sini-sini je. Ibu rindu betul dengan dua anak bujang ni, ibu rasa tak sanggup lagi nak berpisah dengan Naz dengan abang Nauf lagi. Lagipula ibu risau dengan pelajaran Naz, maafkan ibu sebab abaikan Naz masa Naz masih perlukan ibu.
Maafkan ibu Naz----” Safa rasa sebak.
Dia tiba rindukan mamanya, pantas dia menggeleng.
Dia di benci oleh wanita itu. Jadi dia tak patut rindukan wanita itu lagi.
“Ala ibu Naz okay je. Naz tahu ibu pergi jauh-jauh demi nak tanggung makan dan minum Naz, ibu jangan risau. Abang Nauf jaga Naz baik giler, walaupun hari-hari makan burger..hehe.” Rosnah memeluk erat anaknya.
Rindu betul nak dakap anak bongsunya yang satu ini.
Safa juga terkesan sebab kerana dia, Rosnah terpaksa menipu.Safa rasa bersalah.
“Kalau macam itu, Naz pergi layan kakak dulu. Ibu nak pergi masak makan malam kita, ingat jangan banyak sangat soalan. Kakak perlukan rehat.” ugut Rosnah lembut sebelum bergerak ke dapur untuk menyediakan makan malam mereka.
Nazmi mengangkat tangan ke udara.
Hilang sahaja ibunya, Nazmi terus bergegas lari ke sebelah Safa. Safa pada awalnya terkejut namun selepas itu dia tergelak sebab tengok sikap Nazmi.
“Nama akak siapa?
Naz nak nama penuh----tak boleh nama pendek. Naz tak nak kawan dengan kakak nanti.” ujarnya dengan nada manja, Safa tergelak lagi. Terus hilang segala perasaan sedih yang selama ini menutupi hatinya, Safa rasa dirinya seakan lain.
Dia rasa hatinya ibarat mencucuk.
Mencucuk dengan sesuatu yang dia rasakan buat dia tersenyum tanpa henti.
Ini ke di namakan bahagia?
Gembira?
Betapa malangnya Safa sehinggakan dirinya bodoh dengan apa itu maksud dan rasanya bahagia.
“Nama akak Safa Shakeela, Naz boleh panggil akak. Akak Safa je.” ujar Safa ramah. Naz menjatuhkan kepalanya beberapa kali sebelum tersengih.
“Em---------malulah nak tanya em------
Akak Safa------” Safa mengangguk, Nazmi bermain dengan jarinya sendiri. Telinganya merah padam, nampak sangat dia sedang membahang.
“Akak Safa umur berapa?” akhirnya dia mampu juga menuturkan perkataan itu.
“Hahaha..Naz ni comel dengan lawaklah-----
Akak baru umur 18 tahun. Baru habis SPM.” jujur Safa, Nazmi terlongo.
“Wah tua berapa tahun je dengan Naz, akak ambil aliran apa? Akak dapat berapa A dalam SPM? Akak dulu sekolah mana? Akak ada adik-beradik tak?” soal Nazmi bertubi-tubi. Nampak dia teruja ada kakak baru.
Safa tergelak.
“Akak jawab satu-satu eh?” Nazmi pula tergelak.
“Sorry akak, excited pula.” Safa mengangguk kepalanya tanda tidak apa.
Kemudian terjalin perbualan rancak dan panjang antara mereka, Safa suka perangai Nazmi. Budak lelaki itu manja dan ramah. Jauh dari tanggapan Safa sebelum berjumpa dengannya, dia sangkakan Nazmi mungkin seorang yang dingin dan sombong. Tapi dia silap, Nazmi adalah sebaliknya.
SAFA tersedar dari tidurnya, tekaknya terasa kering. Jam loceng yang di beri Nazmi tadi di toleh, sudah pukul 12 malam.
Safa lurutkan selimut pemberian Rosnah lalu dia mulai menapak menuju ke daun pintu, daun pintu di tolak lalu dia bergerak ke dapur.
Lampu di buka, automatik kawasan gelap tadi berubah terang. Bunyi cengkerik di luar membuatkan Safa tersenyum, begini perasaan tinggal di rumah kampung. Syok!
Safa suka.
Gelas kaca di ambil lalu dia bergerak ke meja makan kayu.
Jag berisi air kosong di ambil lalu di tuangkan separuh ke dalam gelas kaca yang di bawa sebentar tadi. Baru sahaja hendak di teguk air kosong tersebut, satu suara mematikan tingkahnya.
“Siapa kau?” tegur satu suara garau.
Safa tersentak.
Pencuri ke?
Pelan Safa memusingkan badannya---------
***
Bersambung.
Sahaja spoil (:
YOU ARE READING
Jadikan Aku Yang Pertama.
Romansa*** Safa Shakeela, hidupnya tidak seindah namanya. Walaupun dia seorang yang murah senyum, nampak cantik saat mengukirkan senyuman namun siapa sangka di dalam hati ternyata dia yang paling terluka dan tersiksa untuk meneruskan kehidupann...