r e b e l

192 16 41
                                    

Before read:

• Siapa yang selama ni memang follow aku dari zaman jahiliah diri ini; tahun 2015, mungkin dah biasa dengan THE ONLY FANFICTION aku yg ini. hehehe yang selalu di publish then unpublished, dari akaun lama smpai akaun baru aku, dari crita x nonsense jadi nonsense lagi para dlam tngah crita aku tukar storyline and then unpublished crita ni.

Okay itu kisah buku ni sbnarnya dari tahun 2015. Cuma storyline selalu berubah. Dah 5 kali published dan unpublished. sesiapa yg pernah bca 1 atau smua daripda crita REBEL yg aku pernah aku published. Aku ucapkan trima kasih banyak2 sbb msih support crita aku dari 5 tahun lepas sampai skrg. walaupun dah 1 tahun setengah aku sepi langsung x publish apa2 buku tpi sbnarnya crita ni slalu aku tulis dlam draft dan slalu jgak aku rombak storyline.

Paling penting, crita ni aku x pernah curi mana2 crita org, idea org atau plagiat apa2 buku. Inspiration dari crita ni adalah lagu BTS-N.O, Suicide Squad movie, Bad Things dan aku x ingat lagi apa. Idea memang dari aku sndiri dengan dibantu oleh kwan aku SOFI. ingat tau, NO PLAGIARISM !

🔞 Last but not least, crita ni mengandungi BAHASA KASAR, aksi GANAS dan beberapa lagi unsur2 plus plus plus 18. faham2 sndiri. aku x larang baca tapi mntau inesen x suka carut2 thts y nak warning awal2. okay skian membebel tersmpan setahun lebih.

HAPPY READING ✨

×
×
×
×
×

2 0 1 6

"Aku- Aku-"

"Aku tak nak dengar alasan."

Tidak sempat gadis berpakaian sekolah yang terduduk melutut di hadapan seorang gadis yang berdiri di hadapannya sambil memeluk tubuh itu menghabiskan ayatnya, gadis dihadapannya itu pula menyampuk.

"Kau nak kitorang buat apa ni, Mina?" Jennie berada di belakang gadis yang sedang duduk melutut itu bersuara.

"Kita habiskan je dia. Nak tunggu apa lagi?" Seorang lagi gadis sudah sedia memegang kayu untuk persiapan dirinya.

Mereka ketika itu berada di sebuah bangunan yang sudah terbiar. Terdapat hampir 10 orang pelajar perempuan yang masih berpakaian sekolah berada di situ namun hanya tiga orang daripada mereka sahaja berpakaian biasa. Semua mereka mengelilingi seorang pelajar yang sedang duduk melutut tersebut.

"Saewoo, Yeojin... Kau rasa kita patut buat apa dekat budak ni?" Mina memandang kiri dan kanannya di mana dua sahabatnya berada. Dia tidak endahkan dua gadis yang tidak sabar-sabar buat kerja melulu.

Saewoo yang dari tadi bermain dengan telefonnya masih berdiam diri walaupun namanya dipanggil Mina. Manakala Yeojin pula menongkatkan dagunya cuba memikirkan idea terbaik kali ini.

"Aku cuba call Taehyung and the gang. Tapi tak dapat." Beritahu Saewoo buat Mina menepuk dahinya. Saat-saat begini pun sempat pula minah ni nak beramah mesra dengan kekasihnya.

"Okay jangan salah faham dulu. Aku hubungi dia sebab well...." Saewoo memasukkan telefonnya ke kocek jeansnya lalu merapati gadis yang berada di hadapan mereka dengan kepala tertunduk ke bawah.

Apabila merasa kehadiran Saewoo disebelahnya, gadis itu perlahan-lahan mengangkat kepalanya menghadap Saewoo yang kini duduk bercangkung disebelahnya dengan pandangan kasihan tapi punya maksud disebalik pandangan itu.

RebelWhere stories live. Discover now