p a r t - 4

67 12 50
                                    

"Seriously! Korang buat deal dengan Jimin saem? Woah, jinjja daebak!" Yeojin siap tunjuk jempol dengar cerita daripada Mina.

Mina angkat-angkat kening bangga. "By the way, kau semalam pergi mana? Kalau kau ada sekali confirm kau tengok muka kecut dorang berdua."

Yeojin menggeleng kepala. "Aku pergi jumpa Tuan Seokjin."

"Tapi asal Tuan Yoongi kata Tuan Seokjin dah balik..." Mina memandang Yeojin.

Baru dia hendak menganalisis riak Yeojin namun Saewoo datang lalu menolak tubuhnya sampai ke pintu dorm.

"Bukan kau kata kau ada kelas psikologi pagi ni?" Saewoo mengingati Mina semula buat gadis itu menepuk dahi sendiri.

"Aku hampir lupa.. Thanks ingatkan! Aku pergi dulu. Jumpa kat kelas nanti." Mina bergegas keluar daripada dorm mereka.

"Thank me later."

"I know but still thank you."

Saewoo dan Yeojin hembus nafas lega.

"Kau memang gila, Jinnie!" Saewoo menjeling Yeojin disebelahnya sebelum kembali duduk.

Yeojin tersenyum kelat. "Aku tau." Ujarnya sepatah sebelum menghembus nafas lagi sekali.

"Kau jangan buat main dengan Mina. Nak nak sekarang dah terlebih bijak dia baca muka orang. Naya kita semua. Aku tak nak terlibat tau?" Bebel Saewoo lagi.

"Okay... Kau rileks je okay? As long kau tutup mulut. Kita selamat."

"Itu kau, bukan aku." Tegas Saewoo lagi.

"Aku tau."

.
.
.

Mina bergegas masuk kelas pilihan subjek psikologinya itu. Namun baru sampai di depan pintu seperti baru terkena renjetan elektrik apabila melihat suasana kelas yang tidak kalah seperti tempat pembuangan sampah.

Yoongi juga berada di situ sambil berpeluk tubuh memandang Mina yang baru sampai.

"Apa dah jadi, tuan?" Tanya Mina. Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk.

Suasana kelas yang penuh dengan kertas, buku-buku dari rak kini berada di atas lantai. Tambahan banyak helaian buku yang di koyakkan daripada buku untuk membuat sepah di lantai. Meja dan kerusi juga tunggang terbalik. Frame juga berjatuhan dari dinding dan terdapat serpihan kaca.

"You should ask yourself, Park Mina." ujar yoongi dingin.

Mina pelik. "Kenapa nak tanya saya pula... Tuan Yoongi nak tuduh saya ke?" Dia memandang Yoongi dengan mata terbuntang.

Ayat Mina buat yoongi tersenyum senget. "Saya tak cakap pun. Dah awak mengaku sendiri."

Mina mendengus. "Mana ada lah! Bukan saya yang buat lah!"

Yoongi hanya mengangkat bahu  seperti bagi isyarat who-knows. Buat Mina makin geram dengan Yoongi. Susah juga deal dengan guru psikologi  ni. Makin dia main psikologi dengan kita adalah. Sekali lagi Mina mendengus.

"Apa lagi tercegat, pergi kemas bilik ni. Saya tunggu rakaman CCTV dari bilik keselamatan." Yoongi masih di posisi yang sama sambil bersandar di papan putih.

Mahu tidak mahu terpaksalah Mina lakukan. Dia mengambil kayu penyapu dan penyedok.

Belum pun dia hendak mengayunkan batang penyapu untuk sapu kertas-kertas yang berada di atas lantai, Yoongi bersuara lagi.

"Kertas-kertas tu bukan nak di buang... Tak nampak semua tu dari buku-buku pelajaran? Kutip pakai tangan." Arahnya lagi.

Mina memandang Yoongi dengan riak tidak puas hati. Namun Yoongi buat tidak layan.

RebelWhere stories live. Discover now