p a r t - 5

55 12 42
                                    

"Berita gempak, Min!"

Baru saja Mina sampai ke padang latihan fizikal mereka, Saewoo terus menyergahnya.

Mina yang masih dalam dunianya sendiri hanya memandang Saewoo dengan riak tidak berperasaan.

Sehinggalah Saewoo mengoncang-goncang badan gadis itu barulah dia seperti tersedar.

"Yah!" Mina menolak tangan Saewoo yang mengoncang badannya tadi.

Mina membetulkan baju sukannya dan menyinsing lengan baju yang sedia pendek sehinggalah ke paras bahu.

"Kau cakap apa tadi, Sae?" tanya Mina.

Saewoo seperti hendak mencepuk rakannya itu tapi ditahannya. "Ada berita gempak!"

"Gempak macam mana? Yeojin mana?" Mina memandang ke sekeliling padang.

"Kau ni, Min! Boleh tak dengar dulu cerita aku! Ni aku nak cerita ni!" Saewoo sudah hilang sabar sampai nada suaranya berubah nak marah bila Mina buat tak endah padannya.

Belum sempat Mina nak balas pegawai latihan fizikal mereka tiba bersama Yeojin dengan wajah kusut dan rambut yang tidak terurus.

"Semua panaskan badan!" Arah Sungjae selaku pegawai latihan fizikal mereka.

"Atas arahan guru disiplin, sebab bangunan dorm korang ni terlalu banyak buat masalah. Lari 20 round padang." Sambung Sungjae lagi buat pelbagai rungutan daripada pelajar.

"Yeojin masuk barisan.

Tambahan 10 round lagi dari saya sebagai latihan hari ini. Total lari 30 round!" Putus Sungjae lagi dengan batang kayunya di ketuk-ketuk di bawah tanah.

"Ala tuan! lecehlah 30!"

"Budak bangunan Pinwheel yang start lah, tuan!"

"Tulah kitorang yang kena!"

Dan pelbagai lagi rungutan. Yeojin pula pergi menuju ke arah Saewoo dan Mina.

"Kau dari mana? Asal kusut semacam?" Tanya Mina bertubi-tubi. Walaupun dia pun geram juga dengan Tuan Sungjae namun Yeojin lagi menarik minatnya.

Yeojin mendengus. Rambut dikemaskan terlebih dahulu. "Budak Hyera tu lah! Sialan!" Marah Yeojin.

"Hyera? Hyera budak bangunan mana?" Tanya Mina pelik. Ada pula budak yang berani dengan mereka. setahunya hampir seluruh perempuan di pusat itu sangat mengenali mereka dan tidak berani untuk buat hal pada mereka.

Saewoo menepuk kepala Mina. "Hyera! Budak punca kita masuk di sini!"

Mina diam sejenak untuk memproses nama Hyera itu. Tidak lama kemudian matanya membulat.

"Yang punca kita kena buang sekolah lagi tu ke?" Tanya Mina bila otaknya dapat mengagak Hyera itu.

Saewoo mengangguk kepala.

"Fuck! Macam mana dia boleh masuk sini juga?" Tanya Mina lagi. Kalau ikut hatinya nak saja pergi cari Hyera sebab dia masih lagi sakit hati pada gadis itu.

Yeojin tergelak sinis. "Aku tak kesah pasal tu! Guess what? Dia dalam bangunan kita!"

Mina yang baru tahu tentang perkara itu makin tidak puas hati. Pegawai mana yang bijaksana letak Hyera satu bangunan dengan mereka.

"Ni aku dari bilik disiplin... Acah sial dia kata semua ni salah faham je... Sebab kononnya dia terlanggar bahu aku jadi aku melenting. Hanjing ah!" Hambur Yeojin lagi sebelum menyambung lagi.

"Tunggu lepas dia orientasi, aku pula yang bagi orientasi dekat dia."

Mina dan Saewoo tekun dengar hasrat penuh korbar-korbar Yeojin. Sempat lagi Saewoo buat isyarat 'sabar Yeojin'.

RebelWhere stories live. Discover now