Stagnant ni kalau google translate maksud dia bertakung. Dia dari perkataan adjective yang nak menyifatkan orang atau benda yang berada dalam takungan yang lama with having no current or flow and sometimes have unpleaseant smell as a consequence. Ni aku google la maksud dia, takdenya buat ayat sendiri.
Naqibah aku dulu kak ila, dia pernah cerita tentang stagnant ni. Bila dah lama sangat ikut usrah dia akan jadi suatu benda yang bertakung sebab takde pengaliran tu. Senang kata tiada pewarisan, kita tak wariskan atau alirkan apa yang kita dapat pada sesiapa. So, dia jadi bertakung gitu je and takut lama-lama takungan tu menjadi busuk.
Alah faham faham jelah.
Kalau naqibah cakap pasal stagnant ni apa lagi maksud dia ennnn. Haha.Dulu time awal-awal sem 3 kat kuis, kak Ainun minta aku pegang usrah dalam 3 ke 4 orang aku tak ingat. Yang aku ingat dalam usrah tu ada senior. Gila apa nak bawa orang yang lagi tua dari aku. Sebelum ni aku bawa usrah time sekolah, tu pun bawa adik-adik form 1 & form 3. Time bawa adik-adik form 3 pun aku dah gelabah. Oh ya time tu aku form 5. Weh setiap malam sebelum usrah tidur lambat sebab prepare bahan. Dan aku selalu habiskan usrah aku awal sebab taktau nak buat apa dalam usrah. Taktaula pehal aku dulu ada malu sangat dengan anak usrah kalau kat luar usrah. So kalau anak usrah aku menangis, aku blur duh nak buat apa. And aku memang takkan sembang dengan anak usrah aku lagi-lagi kalau ada yang satu dorm dengan aku.
Ops, back to usrah kat kuis tadi, bila kak ainun suruh bawak tu aku memang totally blur. Dia macam tetiba gila "ok mardhiyyah contact diorg ni bla bla bla.." i was like contact diorg? Buat apa? Dari mana diorg datang? Kenapa tetiba aku yang kena? Cey banyak tanya pulak en. Tapi aku actually tak tanya pun la kat kak ainun. Aku cam "ok kak ainun!" Yes aku contact diorg but thru wassap je, tak pernah face to face. Takut. Time tu dalam otak tak reti bawa usrah yang baya-baya aku ni.
Aku time tu dah la tak berapa rapat dengan ahli usrah. Usrah pun kadang-kadang ponteng. Apa lagi daurah. Cerita dia aku blur la, nak bawak apa time usrah. Kak ainun cakap, aku punya usrah ni kena banyak muayashah je sebab diorg ni baru lagi. Aku dahla tak reti nak sembang dengan orang. Nak bukak topik apa pun taktau.
Akhirnya..
Ia berlalu begitu sahaja...
(One of anak usrah aku tu cari usrah tempat lain sebab kat kuis naqibah dia tak bawa usrah. Aku kesian dekat dia tapi aku kesian lagi kat diri aku. Peh selfish gila mardhiyyah)Sem 5, time ni la kak ila cerita pasal stagnant ni. Time tu kebetulan yang datang usrah aku dengan maryam je. Memang kenala topik tu dekat ktorg. And kak ila tanya kenapa ktorg taknak bawak usrah. Aku tak ingat aku jawab apa.
Sem 6, bila dah ramai sangat tajmik and muhib tak tercater , kak ila minta aku dengan kawan-kawan aku yang 01 bawa usrah. Sebab kawan-kawan aku yang 02 memang dah bawak usrah dah. So ini boleh dikatakan naqibah-naqibah yang baru la. Kak ila ada kan daurah untuk ktorg and bagitahu apa yang perlu bawa dalam usrah pada peringkat awal ni. Kiranya macam ada guide la dari naqibah ktorg, takdela terus bagi anak usrah gitu je, pastu suruh bawa usrah.
Peh, time tu rasa semangat kottt hahaha
Tapi memang ditakdirkan aku untuk tidak bawa usrah lagi kot. Sebab aku sem 6 adalah sem akhir aku, anak-anak usrah aku masih lama lagi di kuis dan diorg ni macam ada potensi so, kak ila minta anak usrah aku dibawa oleh orang lain yang lama lagi berada di kuis. (Oh ya, yang ni pun aku tak penah jumpa diorg sebab tak sempat nak bawa halaqah, selalu tak kena masa.)Begitulah perjalanan cerita aku yang stagnant ni bahaha.
This time again, aku indirectly kena propose bawak usrah kat melbourne. Time discuss perjalanan tarbiah melbourne untuk cuti summer ni. Diorg tanya siapa yang akan bawa usrah Fatin sebab Fatin dah habis belajar. Pastu diorg suggest aku yang bawak. Pfffttt
Aku dengan tiada hati dan perasan senang kata selfish la, aku suruh wani bawak dua usrah wakaka. Wani bagus kot, cara penyampaian dia sedap. Boleh diterima sekelian makhluk. Mutabaah dia pun aku nampak macam bagus. Subuh awal, qiam setiap minggu. Ma'thurat tak tinggal. Aku qiam pun kelaut Hahaha jap pehal aku puji dia hahahhahahaha
Tapi seriusla aku suka tengok wani, dia kalau memberi sesuatu tu, dia bersungguh-sungguh.Aku taknak bawak usrah bukan sebab aku ni tak cukup bagus ke apa, aku tau kalau nak tggu perfect, takde sape yang perfect dalam dunia ni. Aku taknak bawak usrah sebab aku tak reti menyampaikan. Aku tak reti nak bercakap. Dud, cakap kosong tu boleh la. Ni cakap benda yang berisi, aku tergagap kot. Memang dalam usrah aku sendiri pun, aku tak reti nak share benda yang manfaat ni.
Kalau time bercerita pun aku perasan, kawan-kawan aku mesti malas nak dengar hahaha weh bosan sangat ke cara aku bercerita. HmmAda tak kelas untuk orang yang tak reti bercakap ni. Someone help me please.
7 november 2018. Pagi jumaat.
