BAB 2 ♡PERTEMUAN PERTAMA♡

16 0 0
                                    

Seperti yang diberitahu, tepat jam 10 pagi Marchella datang ke pejabat umi Maznah.

Sedang dia menunggu umi Maznah diluar bilik pejabat, Chella digemparkan dengan berita kehadiran anak lelaki umi Maznah. Sedang dia memandang jari putihnya, dia terdengar akan perbualan Bella dan kawan-kawannya.

"Betul beb! Aku sendiri yang tengok tau! Depa mata ni haa aku nampak! Betapa handsomenya anak umi tu!"

"Macam iya-iya je kau ni kan Nonny?"

"Betul korang! Kalau korang tak percaya, jom ahh kita pergi serbu bilik pejabat umi..korang tengok dengan depan mata korang sendiri!"

"Jom ah! Tunggu apa lagi! Kalau salah orang, aku sumbat kepala kau dalam lubang taik Nonny!"

Marchella yang mendengarkan perbualan ringkas itu buat tidak endah. Bukan hal dia pun kan. Lagipun, manusia bernama Marchella Heylen ni jenis tak berminat pasal kaum adam. Bukan lesbian ke apa...tapi entah...tak suka...

Sedang Marchella termenung memikirkan hal dirinya yang akan keluar dari rumah kebajikan ini, umi Maznah pun memanggilnya masuk.

"Assalamualaikum umi." Umi tersenyum memandang riak wajah Cherlla. "Masuk dulu Chella..Chella tunggu sini sekejap ya..Umi nak pergi ladies sekejap..Tunggu sekejap je tau.." Marchella yang mendengarkan itu hanya mengangguk dan tersenyum.

Sedang dia ralit memandang jari tangannya, kedengaran bunyi pintu terbuka. Sangkaanya umi, tetapi bukan. Terlihat seorang jejaka tinggi lampai sedang masuk ke bilik umi Maznah dan memandang hairan pada dirinya. 'Mak aii! Sejak bila umi jadi muda cun melecun ni?' Desis hati lelakinya.

Lalu, si jejaka itu mengambil tempat dihadapan Marchella. Meja pejabat menjadi penghalang antara mereka. Kelihatan si jejaka tidak berhenti memerhati akan wajahnya. 'Apa lelaki ni pandang...tak pernah tengok orang ke?'.

Si jejaka berdehem sedikit memandangkan suasana kelihatan janggal. "Adik, buat apa dalam pejabat umi abang ni?" Soal si jejaka tanpa berhenti memandang raup wajah Marchella. 'Masya-Allah...sungguh indah ciptaanMu Ya Allah...kacukan ke ni?'.

"Umi Maznah n-ak ju-mpa.." Jawap Chella gagap. "Ooo. Nama apa?". Chella yang memandang jari tangannya tadi mendongak wajah melihat wajah si jejaka ini. "Marchella. Marchella Heylen". Cukup lah kan? Jawapan ringkas dan padat. Kan? "Cantik nama...umur berapa? Kacukan eh?" Marchella yang mendengarkan akan perkataan 'kacukan' itu terus menoleh wajah ke kanan. 'Saya tak tahu abang...saya tak kenal siapa diri saya'. Jawapan itu hanya mampu dijawab dalam hati saja. "U-mur...20.." Tanya sepatah dan jawab sepatah, itulah Marchella Heylen. Dengan orang yang Chella tak kenal, lagi-lagi lelaki, Chella jadi takut, gabra, dan...berdebar...eh?

Tapi...kenapa dengan lelaki ini, Chella kelihatannya selesa..walaupun hanya jawab sepatah-sepatah...apa yang sedang dirasai Chella sekarang ni?

"Amboi anak teruna umi ni! Sejak bila pandai merenyam ni? Ingat Nick, anak dara orang ni Nick". Dari celah mana pulak umi Maznah ni datang. Tup-tup, dah muncul! Magical bebenar. Marchella yang mendengarkan perbualan itu hanya senyap sahaja. Tidak berminat untuk masuk dapur. Lagipun, mereka bualkan tentang dirinya..'malu la pulak rasa!'.

"Chella, kenalkan ni anak bongsu umi, Nick Nor Afaham..umur dah 27 tahun..dah tua..tapi masih membujang..dan Nick, kenalkan satu-satunya anak perempuan umi yang paling umi sayang dalam rumah kebajikan ni, Marchella Heylen..umur baru 20 tahun." Marchella mengangkat wajah dan memberi senyuman manis kepada anak lelaki umi. Nick yang melihatkan senyuman itu terus...cair laa mak...!!aikkk tetiba pulak😅...

"Ada apa umi panggil Chella suruh datang sini?" Soal Marchella apabila perasan akan pandangan Nick yang tidak berkalih dari pandangannya. Umi yang perasan akan ketidakselesaan Marchella terus menegur Nick. "Nick, jaga pandangan tu. Tak baik pandang anak dara macam tu. Nanti jatuh hukum zina mata nanti. Kalau dah berkenan tu, merisik laa. Bukannya tenung anak dara orang macam nak makan. Tak nampak muka Chella tu macam mana? Merah padam dah tu. Kesian budak tu Nick!". Nick yang mendengarkan teguran uminya hanya tersengih bodoh. 'Alaaa malu la titew. Umi pun, kalau yaa pun nak tegur, agak-agak laa. Dalam wassap pun boleh tegur...'. "Sorry umi. Nick terlajak pulak...ermmm, abang mintak maaf ya Marchella. Abang lebih-lebih pulak tadi. Maaf tau kalau abang buat Marchella jadi tak selesa". Chella yang mendengarkan itu hanya mengangguk dan tersenyum manis, menampakkan lesung pipit dalamnya di pipi.

"Okeh anak lelaki umi, sila lah keluar. Ini hanya urusan perempuan je. Kalau berasa diri tu lelaki sejati, silalah keluar. Di alu-alukan yaa.". Nick yang mendengarkan itu hanya mencebik. Uminya ni tak habis-habis menganjing. Dah lah menganjing kita depan bidadari cantik ni. Jatuh ahh saham kita kalau macam ni! Macaim mana Malaysia mahu maju! Ehhh...

"Baik umi terchintor..anak handsome umi ni keluar dulu yaa. Bye bidadari abang Nick". Seusai menyakat si gadis jelita ini, terus Nick keluar dari bilik pejabat umi. Takut kerna tarik telinga laa!

"Chella abaikan je laa dia tu ye. Nick memang suka menyakat orang. Umi minta maaf ye sebab buat Chella rasa tak selesa."

"Takpe laa umi. Chella faham. Ada apa umi nak jumpa Chella ni yaa? " tanya Marchella kehairanan.

"Marchella, sebenarnya... "

🙌🌚🙌🌚🙌🌚🙌🌚🙌🌚🙌🌚🙌🌚

"Hish mende lah umi ni. Baru nak cuci mata tengok bidadari syantik. Dah dia kacau kiter, hadoii" rengus Nick. Dia yang sedang berdiri di depan pintu pejabat bilik uminya itu terus melangkah keluar ke parking keretanya.

Sedang dia memandu kereta, fikirannya terus melayan memikirkan perihal perempuan yang ditemunya tadi.

Marchella Heylen... Aku yakin yang si gadis itu mesti bukan dari Malaysia. Siapa dia sebenarnya ya? Mengapa dia begitu takut dengan orang sekeliling . Dia sepertinya keliru dengan diri dia sendiri. Aku akui yang dia...seorang wanita yang amat cantik dan manis... tetapi...tersangatlah pelik... Dia mempunyai auranya tersendiri... Dalam diam... Aku merasakan yang hatiku ini bagaikan menyeru untuk memilikinya...untuk mengetahui kisah hidupnya...untuk sentiasa berdamping dengannya...tetapi... Aku merasakan yang aku tidak layak untuknya...

Siapa aku untuk menakluk hatinya... Siapa aku untuk memasuki kisah hidupnya...
Dan...
Siapa aku untuk memiliki hatinya....

Aku tidak layak untuk si gadis jelita itu...



~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥

DONE FOR THIS CHAPTER😂😂😂
KALAU ADA YANG KURANG TU, MAAFKAN LA AUTHOR YAAA 😂

NEXT CHAPTER: BAB 3 🌚DUNIA BARU🌚

MARCHELLA_Where stories live. Discover now