DABBATU_ARD

788 14 0
                                    

Dabbatul-Ard baru bangun tido ke? Menggeliat kiri kanan?

Dabbatul-Ard adalah sejenis makhluk yang mempunyai campuran bulu2 panjang dan bulu2 pendek (bulu2 roma). Saiznya amat besar sehingga diceritakan semasa ia keluar daripada bumi nanti (di antara Bukit Safa dan Marwa), ia hanya dapat mengeluarkan separuh sahaja badannya dalam masa 3 hari dan akhirnya dapat mengeluarkan seluruh badannya dalam masa 9 hari.

Mula2 Dabbatul-Ard akan pergi mengambil cincin Nabi Sulaiman a.s. dan memakainya di jari tangan kanannya. Kemudian ia akan mengambil tongkat Nabi Musa a.s. dengan tangan kirinya. Setelah itu, di dalam perjalanannya ke arah Mekah, dia akan berkata2 dengan semua manusia yang ditemuinya... “terlalu ramai manusia telah tidak yakin lagi dengan ayat2 Allah”.

Apabila sampai di Mekah, ia akan berhenti di antara Makam Ibrahim dan Hajarul Aswad. Ia kemudiannya akan memekik mengeluarkan suara yang amat kuat. Orang2 mukmin tidak akan takut atau gentar kerana mereka tahu Dabbatul-Ard ialah makhluk Allah yang sedang menjalankan perintahNya. Muka orang2 mukmin akan bersinar2 apabila disuakan cincin Nabi Sulaiman a.s. manakala muka orang2 kafir pula akan suram apabila ditunjalkan tongkat Nabi Musa a.s. kepada hidung2 mereka.

Sebagai renungan... berikut ialah terjemahan [Surah An-Naml – Ayat 82]

“Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, kami akan mengeluarkan seekor binatang melata dari bumi yg akan mengatakan kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia sudah tidak yakin kepada ayat-ayat kami”.

.
https://www.nationalgeographic.com/science/2018/11/strange-earthquake-waves-rippled-around-world-earth-geology/?cmpid=org=ngp::mc=social::src=facebook::cmp=editorial::add=fb20181128science-seismicwaves::rid=&sf203146653=1
.

Sumber: zulsegamat/publicsecret

.... Yang Misteri 2Where stories live. Discover now