Ad Dukham

264 5 0
                                    

PERISTIWA AD DUKHAN:BUMI DI HUJANI HENTAMAN METEOR

Merupakan salah satu daripada rentetan peristiwa di akhir zaman.'Ad Dukhan' merupakan kabus/asap yang tebal, gelap dan teramat panas.Menurut ulama',asap itu akan melitupi bumi ini selama 40 hari lamanya.

Ibnu Abbas mengatakan,punca terjadinya ad-dukhan adalah di sebabkan sebuah meteor dari bintang "Dzu Dzanbin" yang jatuh ke bumi.

Menurut Ibnu Katsir dalam tafsirnya melalui Ibnu Abi Hatimi dari Ali bin Abu Thalib,hentaman meteor akan mengakibatkan kabus asap dan peningkatan suhu bumi.

KESAN AKIBAT HENTAMAN HUJAN METEOR

1.  Bumi akan di landa hujan batu meteor.Hentaman meteor akan mengeluarkan bunyi menggemparkan dan kawah/lubang besar akan terbentuk di kawasan hentaman.Menurut kajian saintis,kekuatan hentaman meteor itu 100 000 kali ganda letupan nuklear Hiroshima Nagasaki.

2.  Hentaman meteor itu juga akan menyebabkan berlaku kebakaran besar di serata tempat.Suhu udara akan meningkat dengan sangat tinggi dan terhasil kabus asap yang sangat tebal.

Asap inilah yang disebut Dukhan yang akan melitupi seluruh permukaan bumi dan menyebabkan bumi menjadi gelap gelita.

3.  Apabila meteor bersaiz besar menghentam bumi,ianya akan menghasilkan gelombang medan magnetik (EMP) yang sangat kuat sekaligus menyebabkan peralatan (yg di perbuat daripada besi) tidak boleh di gunakan.

Tiada smartphone,internet,gajet²,komputer,tv, radio dan sbgnya.Segala teknologi moden lagi canggih yg kita gunakan pada hari ini lumpuh sepenuhnya.Dan manusia akan kembali menjalani hidup seperti di zaman dahulu.

4.  Akan berlaku perubahan cuaca yang amat dasyhat.Gelombang tsunami yang sangat tinggi terhasil sehingga mencapai 100 meter di atas permukaan laut.

Gelombang tersebut akan bergerak dengan kepantasan kira² 800 km/jam dan menghempas kawasan  pinggir pantai mengakibatkan sebahagian kawasan (terutamanya di pesisiran pantai) akan tenggelam.

Selain itu,salji di kutub utara,Selatan dan Greenland akan mencair.Air akan naik kira-kira 7 meter ke permukaan darat sehingga banyak tempat akan tenggelam.Dan ianya selari dgn hadis ini:
"Menjelang terjadinya Kiamat akan terjadi pengubahan rupa,PENENGGELAMAN BUMI dan hujan batu(METEOR).
-(Hadis Riwayat Ibnu Majah).

5.  Tiada cahaya matahari dan sinar ultra ungu terhalang menyebabkan bakteria dan virus aktif serta merebaknya penyakit.

6. Kekurangan bekalan makanan yg kronik  sehingga menyebabkan terjadinya krisis kebuluran dan di katakan manusia akan saling berbunuhan kerana berebutkan makanan.

7.  Asap ad dukhan akan menyebabkan orang² beriman mengalami gejala seakan² demam dan  selsema sahaja.Manakala golongan yang engkar dan kaum kufar akan mengalami pelbagai gejala seperti kulit melecur dan melepuh teruk.

- sumber:zz

.... Yang Misteri 2Where stories live. Discover now