1

27 2 0
                                    

Enjin kereta menderu meninggalkan tempat dia berdiri. Hatinya yang panas semakin panas. Sebiji kerikil yang tak bersalah menjadi mangsa hujung sepatunya.
"Charlisa...!"
Dia menapak ke arah Ninja hitam miliknya. Helmet dicapai. Starter dihidupkan dan dia juga laju meninggalkan debu yang berterbangan di kawasan tersebut.
Dari jauh kelibat kereta Charlisa sudah kelihatan dipandu perlahan dalam jarak 500meter. Dia melajukan Ninja tunggangannya. Bila dia berada di belakang kereta Mazda Skyliner itu, dia terus beriringan dekat tingkap pemandu kereta. Si gadis itu mungkin telah perasan kehadirannya dan melajukan lagi kenderaan dan berdesup meninggalkannya terbelakang. Dia semakin menaikan tali minyak dan mengejar lagi.
Sesi berkejaran mula berlaku di atas jalan raya yang lengang itu.
Semasa sampai di selekoh ada kenderaan lain dari hadapan, dia mengelak ke sisi jalan dan dapat memotong , tetapi kereta Charlisa semakin laju. Cara pemanduan Charlisa semakin bahaya. Dia terpaksa mengambil keputusan mengalah kerana dia memang tahu Charlisa memang pantang di cabar. Motorsikalnya diperlahankan dan hanya mengikuti dari jauh, sayup mata memandang. Akhirnya kereta Charlisa hilang di sebalik selekoh. Dia tahu Charlisa tetap akan balik ke rumah.
Dia membelok ke arah simpang ke kanan. Kenderaan semakin banyak di jalan raya. Motornya diberhentikan di sebuah restoran makanan segera. Dia memakirkan motorsikal di petak parkir dan menguncinya. Kakinya laju menuju ke restoran makanan segera itu.
Di dalam restoran itu agak ramai pelanggan maklumlah awal bulan, ramai pekerja yang menerima gaji. Dia menapak masuk .

Jangan DekatWhere stories live. Discover now