3

33 2 0
                                    

Suasana agak tenang ketika kenderaan konvo mereka tiba di perkampungan pinggir bukit itu. Laluan balak diredah dan mendaki lereng bukit menuju ke penempatan di situ. Dari jauh bumbung rumah kecil beratap rumbia sudah kelihatan. Penduduk kampung juga mula keluar berkumpul menunggu kedatangan mereka.
Charlisa tenang duduk di sebelah pemandu. Waktu itu kenderaannya di pandu oleh seorang pemuda. Di tempat duduk belakang dua orang lagi temannya terlentok tidur. Hampir tiga jam meredah perjalanan hutan selepas keluar dari lebuhraya tadi, mereka akhirnya tiba di perkarangan penempatan tersebut.
Pemuda tersebut memakir kenderaan mereka di sebelah kenderaan yang telah tiba lebih awal.
"Alhamdulillah, selamat sampai akhirnya kita !" Seru Syarifah Ramona sambil menggeliat melegakan sendi-sendi tubuh setelah hampir 8 jam terperuk di dalam kenderaan. Peserta lain juga mula keluar dari kenderaan mereka.
Charlisa menghulurkan botol mineral kepada pemuda tadi.
"Terima kasih Lisa ." Ujarnya dan mula membuka penutup botol yang berseal kemas. Dia meneguk air rakus. Menghilangkan dahaga yang ditahan semenjak tadi. Memandu di bawah cahaya mentari terik walaupun berada di dalam kenderaan berhawa dingin, rasa bahang itu tetap terasa. Dia hendak meminta dari Charlisa tadi teringat botol minumannya di belakang kenderaan.
"Eh! Banyaknya anjing ," seru Sharifah Ramona cemas. Baru mereka perasan di sekeliling mereka kini beberapa ekor anjing kelihatan terjelir-jelir di celah-celah penduduk yang menunggu mereka.
"Anjing penduduk di sini tu. Untuk jaga kampung," sampuk seorang lelaki yang berada bersama mereka. Ramona memegang lengan Charlisa. Wajahnya masih cuak melihat anjing penduduk kampung tersebut.
"Jom, kita jumpa tok batin Bolek dulu,"ajak Profesor Imran yang mengetuai rombongan mereka. Ahli kumpulan tersebut mengangguk dan melangkah seiring ke arah kumpulan penduduk yang menanti mereka.
"Apa khabar tok?" Tegur Profesor ramah kepada seorang lelaki yang lebih berusia di antara perkumpulan tersebut.
Lelaki tersebut berjabat tangan dengan tok batin dan dihulurkan juga kepada lelaki lain yang berdekatan. Perkumpulan perempuan hanya tersengih-sengih, memandang ke arah ahli rombongan. Ada yang bersembunyi dibahagian belakang penduduk lain. Malu-malu menerima kedatangan tetamu dari luar. Anak-anak kecil juga terjenguk-jenguk memerhati dari jauh. Mereka mungkin jarang dapat bersua dengan masyarakat luar. Semasa ketibaan mereka,  kelihatan ramai yang cuba menghampiri namun akhirnya semakin beransur mengundur diri.
Prof Imran sebagai ketua kumpulan memberi sedikit taklimat dan penerangan berkaitan tempat tersebut. Mereka juga diberi pembahagian kumpulan dan tempat tidur. Tiga orang kakitangan lelaki ditugaskan untuk berkawal di malam hari. Walaupun tok batin telah memberi jaminan keadaan adalah selamat tetapi aspek keselamatan tetap ditekankan kerana majoriti peserta belum pernah berkunjung ke sini malahan ada yang pertama kali terlibat dalam aktiviti ini.
Charlisa, Sharifah Ramona dan Azriana walaupun bukan lagi bergelar pelajar tetapi penglibatan mereka selama ini di dalam aktiviti sebegini lebih-lebih lagi apabila Prof Imran sendiri yang mengajak mereka membantunya menguruskan aktiviti kali ini ditambah lagi dengan kehadiran peserta seramai 40 orang merupakan satu perkumpulan yang agak besar untuk dikawal. Mereka tiba dengan hampir 20 buah kenderaan termasuk kenderaan yang membawa peralatan kelengkapan selama 2 minggu di sini. Malahan Charlisa juga bersetuju membawa kenderaan pacuan empat roda yang dipinjam dari Ashman untuk membawa kelengkapan dan menumpangkan tiga orang fasilitator lagi.
Charlisa dan Sharifah Ramona di tempatkan disatu khemah yang dibina di kawasan lapang dikelilingi oleh hampir 20 buah khemah. Setiap khemah mengandungi sekurang-kurangnya dua orang peserta.
Malahan mereka juga bersama penduduk kampung bergotong royong membina tandas dan membina paip air yang disalirkan dari bukit berdekatan.
Hampir tiga jam juga mereka membersihkan kawasan penempatan tersebut dan memagarnya dengan tali serta kawat eletrik. Setiap 10 meter papan tanda bahaya diletakkan untuk memberi amaran bahawa kawasan tersebut di lingkungi oleh pagar kawat elektrik yang disambung oleh bateri kenderaan terpakai.
"Hem buat sementara waktu ni, aku rasa nak tahan dulu dari guna tandas," sungut Ramona apabila melihat tandas yang dibina dari plastik direntangi sepanjang sungai kecil itu. Kedudukan tandas juga agak jauh dari penempatan kerana mengelak dari berada berdekatan dengan kawasan tandahan penduduk.
"No ! No ! No ! Aku pagi-pagi wajib juga jenguk. Malu ke apa ke wajib kena tahan, semata-mata hajat yang satu tu," balas Charlisa tertawa kecil. Dia menarik tali yang meregangi antara dua batang turus pagar sebagai tempat ampaian baju.
Charlisa menjeling ke arah deretan bilik air yang dikhaskan untuk peserta perempuan. Satu tong dram yang besar diletakkan di situ dan diisi dengan air paip yang disalurkan dari bukit.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 09, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jangan DekatWhere stories live. Discover now