1

20.5K 566 21
                                    

I'm going crazy
Because of  you💕

Sudah sebulan Yana bekerja disini sejak di interview dulu. Kerjanya juga semakin hari semakin banyak dan tenaganya juga habis kerana kerja saja. Kadang kadang balik pun lambat..makan pun tak sempat..balik je terus tidur.

"Hey yana. Sekarang waktu lunch kan, jomlah teman aku pergi makan dekat kedai tepi jalan sana" pinta sarah.

Yana yang dari tadi membuat kerjanya terus memandang sahabatnya itu. "Tak pelah Sarah. Kerja aku ni banyak wei..next time eh? Sekejap lagi tuan Luke tu nak tengok kerja aku" ujarnya dengan suara sayu.

Sarah menghela nafas panjang "Kau ni! Boss tu mesti nak tengok kerja kau lepas habis lunch. Bukan sekarang"

"Alah lagipun dekat rumah kan kita boleh makan sama sama. Aku masak lagi sedap dari kedai sana tu." Jawab yana. Kemudian dia mencubit pipi sarah sehingga terdengar erangan sakit dari Sarah.

Sarah mencebik. Pipinya digosok.

Banyak betul alasan dia!

"Yelah yelah. Kau nak aku tapaukan makanan untuk kau tak?" Soal Sarah. Yana hanya menggeleng kepala saja.

"Yelah. Ni hati hati sikit..kau berdua je dengan boss. Aku geraklah dulu ye. Kalau kau lapar aku ada letak biskut Lexus dekat pantri, kau ambik je" katanya sebelum dia keluar dari aras tersebut.

Yana hanya angguk kemudian setelah Sarah hilang dari pandangan dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

"I told you already right? I'll never be your husband. Cermin diri tu sikit christina. Berapa ramai lelaki yang you dah tidur?" Jerit luke dari dalam pejabat. Terhinjut sedikit bahu Yana lalu matanya terarah pada jejaka didalam pejabatnya itu.

"Listen here christina.Jangan datang jumpa i and jangan sesuka hati mak bapak you nak masuk office i! Kalau tak you tau lah apa nasib you." Marah luke kemudian dia mematikan phone lantas dia meletakkan phone dengan kasar diatas mejanya.

Mata luke dan yana bertemu secara tidak sengaja. Cepat cepat Yana mengalihkan pandangannya. Kantoilah aku dengar perbualan dia tadi!

Tak lama lepas tu, terdengar bunyi derapan kaki seseorang datang kearahnya. Kerusi ditarik dan duduk disebelah yana.

"Maisarah. Sekarang waktu lunch kan? Kenapa awak masih buat kerja?"

"Tak..tak pelah tuan Luke. Saya memang dah biasa tak keluar lunch sebab nak siapkan kerja. Lagipun kalau saya lapar saya pergi je pantri" jawab yana gagap.

"Awak dengar ke perbualan saya dengan christina tadi?" Soal luke sambil matanya memandang tepat kearah yana.

"Dengar sikit je." Kata Yana tanpa memandang wajah luke. Jantungnya rasa nak pecah sekarang ni!

"Siapa yang belikan awak phone tu?" Soal luke sambil mataya memandang kearah iphone 6s milik gadis itu.

"Kawan saya tuan luke."

"Awak tak nak beli baru? Saya tengok phone awak tu dah crack sana sini. Tak pun awak just repair je skrin dia..tak mahal pun kan?" Ujar luke.

Yana memandang phonenya itu sebelum dia memegang phone tersebut. Dengan senyuman hambar dia memandang tuannya itu.

"Phone ni antara hadiah bernilai saya tuan. Saya rasa kalau beli lain, feel dia tak akan sama." Jawab yana.

"Jadi phone tu hadiah dari teman lelaki awak ke?"  Soal luke. Sementara itu komputer milik gadis itu ditutup tanpa disedari yana.

Masa lunch masa rehat bukan buat kerja!

"Taklah. Dia cuma seorang manusia yang pernah buat silap dengan cuba membunuh orang tak bersalah tapi dia jugak yang ada dengan saya masa saya dalam kesusahan."

"So mana dia sekarang?" Soal luke. Tangannya diletakkan dikepala.

"Dia tinggalkan saya dengan sepucuk surat dan phone ni. Empat tahun dia tinggalkan saya tanpa khabar berita..saya tak tau dia dekat mana" jawab yana.

"Did you love him?".

"Hah?"

"Saya tak suka ulang ayat saya banyak kali jadi awak kena dengar dengan jelas." Jawab luke.

Yana tertunduk seketika. Jarinya dimainkan. "Dia tinggalkan saya waktu saya nak belajar cintakan dia. Tapi saya tak salahkan dia seratus peratus...saya salahkan diri saya juga sebab dulu saya benci dia. Dia buat hidup saya gelap.. anak saya hilang begitu juga dengan mak abah saya" ujarnya.

"Kadangkala menjauhi seseorang yang dia sayang adalah perkara yang terbaik. Aku minta maaf sebab tinggalkan kau sendiri dekat sini..aku tak ada pilihan lain. Aku cuba nak lupakan kau tapi aku tak boleh. Aku minta maaf Yana"

Yana terkedu seketika lalu wajah lelaki itu dipandang. Apa dia kata tadi?

"Tuan kata apa tadi?" Soal yana.

"Mesti ayat tu akan dia ucap kalau dia berjumpa dengan awak kan?"

"Tak maksud saya.. tuan macam tau kenapa dia tinggalkan saya."

"Saya lelaki dan dia pun lelaki. Saya faham perasaan dia sebab saya pun pernah buat macam dia buat dekat awak." Jawab luke tenang.

"Yelah kan."

Kalau saya masih boleh jumpa dengan dia. Empat tahun dah berlalu mesti muka dia dah lain sikit. 

Tiba tiba phonenya berdering. Yana dan luke serentak memandang kearah screen Yana.

Sarah🎈

"Sekejap ye tuan" kata yana lantas dia mengangkat phonenya.

"Hello?"

"Tak payahlah bungkus, aku tak lapar lagi lah sarah. Kau bungkus untuk kau jelah"

"Ok bye"katanya kemudian dia mematikan talian. Kemudian phonenya diletakkan semula diatas meja.

"Is that him?"

"Siapa?" Soalan dijawab dengan soalan. Matanya luke terarah pada screen yang menyala itu..Yana memandang kearah screennya lantas cepat cepat dia menutup phonenya.

"Not bad. He look like me tapi saya berjambang" katanya tenang.

"Ye.."

Kemudian mereka diam seketika. Yana rasa selesa bila berduaan dengan lelaki berada seperti dia.

Syarikat yang dia kerja sekarang ni adalah syarikat paling maju dekat dunia. Boleh dikatakan semua orang dalam dunia ni mengenali beliau! Dia seorang yang berpengaruh dan berpengetahuan luas dalam perniagaan.

"S..saya nak ke pantri sekejap. Tuan kalau nak apa apa saya boleh ambilkan?" Soal yana.

"Tak pe Maisarah. Saya nak masuk dalam office semula..kerja saya pun ada yang tak siap lagi."

Yana hanya angguk kepala kemudian dia bangun dan ingin menuju ke pantri tapi langkahnya sedikit terhenti tatkala namanya disebut.

"Lepas lunch nanti saya nak awak masuk dalam office saya. Bawak sekali kerja awak tu. Dah siap?"

"Almost done Sir"

"Good"

Yana hanya tersenyum kemudian dia meninggalkan Luke sendirian disitu.

Sementara Luke pula hanya memerhatikan gerak yana menuju ke pantri sebelum dia mencapai phone milik Yana. Password dibuka sebelum dia tersenyum.

Aku tak bodoh untuk tak tau apa password kau.

Gallery dibuka kemudian gambar dirinya ditekan lantas didelete dengan segera. Kemudian dia meletakkan semula dan dia menuju ke pejabatnya.

Atas permintaan ramai..sis akan buat juga hehehehe.


LUKE ARYANAWhere stories live. Discover now