Stop looking for excuse
to screw yourself over.✨Luke memarkir keretanya dihadapan restoran mewah. Yana sudah berkedip mata lalu wajah lelaki itu dipandang sekilas.
"Why Maisarah?"
Yana memandang nama restoran tersebut sebelum dia memandang Luke semula. "Ermm tuan. Restoran ni mahallah tuan.. kawan lama saya pernah makan dekat sini..bila tang nak bayar terbang beratus ratus duit dia tuan. Tuan hantar saya balik je lah ye" ujar Yana.
"Yang bawak awak ke sini siapa? Saya ke awak?" Soal luke.
"Tuan Luke"
"Jadi? Sayalah yang bayarkan. Saya tak minta sesen dari duit awak sebab saya tau awak tak mampu nak bayar" jawab Luke selamba. Pintu kereta dibuka dan dia keluar dari keretanya.
Ceh! Dah tau kenapa tanya lagi!
Yana membuka pintu kemudian pergi ke arah luke yang tersenyum sendiri melihat restoran yang gah ini.
"Saya dah lama tak datang makan sini. Jadi bila sampai je sini, feel dia lain macam lagi lagi bila saya bawa perempuan macam awak." Ujar Luke.
"Saya ni nampak jakun ke?" Soal yana. Luke geleng kepala kemudian dia memandang yana si gadis pendek dan polos itu.
"Dalam restoran ni dia bertemakan klasik dan ada sedikit sentuhan sensual. Kalau awak masuk awak akan rasa feel dia. Mari" kata Luke lalu disuruh Yana mengikuti langkahnya.
Pintu kemudian dibuka. Pandangan pertama Yana adalah bunga mawar merah yang diletak kemas sana sini.. lilin dan apa yang dikatakan tuannya tadi klasik dan sensual. Wow! Rasa macam duduk luar negara!
"Hey buddy. How are you? Good?" Kata seorang lelaki berbangsa arab datang kearah luke kemudian bersalaman antara satu sama lain. Nampak macam rapat je.
"I'm fine. How are you?"
"I'm always good dude HAHAHA. I have a special menu for you..it's we call daging unta masak kari.."
Terbeliak mata Yana bila terdengar perkataan daging unta masak kari. Macam mana rasa unta? Sedap ke? Kena ke dengan tekak?
"Have a seat first." Pelawa lelaki arab tu kemudian berlalu menuju ke dapur masak meninggalkan kami berdua.
Luke menarik kerusi lantas bahu gadis itu ditarik dan menyuruh gadis itu duduk sementara dia keluar menuju ke keretanya untuk mengambil ubat.
Yana pula merendah diri bila masuk restoran mewah ini. Dihujung mejanya ada sekuntum mawar merah, diambil dan dihidu. Wangi! Ditemani pula dengan alunan lagu ala ala romantis lagi menaikan aura sensual disini. Cuma klasiknya ialah barangan hiasan disini.. barang antik dari Arab seperti gambar lama, pakaian lama dan banyak lagi. Pandai diorang deko.
"Puan. Ini menunya"
Yana tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Buku menu dibuka dan apa yang dilihat oleh orang tidak kaya sepertinya ialah harga! Hulawawei!!
Air kosong pun dia cas rm 2?? Gila apa? Baik aku bawak air kosong dari rumah je kalau nak datang sini! Air liur ditelan.
"Give me two fresh orange..itu saja yang lain boss awak yang sediakan untuk kami" pesan Luke tiba tiba. Pelayan tersebut mengangguk dan berlalu pergi dengan membawa buku menunya.
Yana memandang tuannya yang sedang memegang ubat jenis sapu dan beberapa helai kapas. "Tuan Luke nak buat apa dengan tu? Mana tuan Luke dapat?" Soal yana. Luke sekadar tersenyum lalu kerusi sebelah gadis ditarik dan dia melabuhkan punggungnya di kerusi tersebut.
"Pergi basuh tangan awak tu cepat.". Arah Luke.
"Nak buat apa?"
"Pergi je. Cepat!" Yana akur kemudian dia menuju ke sinki dan membasuh tangannya..air mengalir mengenai luka Yana sangat memedihkan tapi dia cuba tahan. Selesai dia memcuci tangan dia kembali semula ke tempat tadi.
Tanpa banyak kata, luke menarik lengan Yana lalu disapukan kapas yang dituang ubat tadi dengan berhati-hati. Yana diam malah dia hanya melihat saja, nanti ditegah takut kena marah.
"Pedih ke saya sapu?"
Yana geleng kepala. Luke tersenyum sebelum tangan gadis itu dibalut kemas dan siap!
"Terima kasih. Saya tak minta pun tuan Luke buat ni... nanti kalau gaji saya dah masuk saya belanja tuan Luke makan ye?" Ujar yana sambil tersenyum.
"Tak apalah. Cuma nanti saya akan minta sesuatu dari awak.. tapi saya tak minta sekarang." Ujar Luke.
Tak lama selepas itu, lelaki berbangsa arab datang dengan membawa daging unta masak kari dan dibantu oleh beberapa pelayan yang lain. Diletak bekas berisi nasi arab, dan beberapa lagi lauk terhidang. Jus oren juga yang dipesan tadi pun dah sampai.
"Enjoy your food my friend!" Ucap lelaki tersebut dan berlalu meninggalkan mereka.
Yana memandang segala makanan yang terhidang di meja sebelum dia dia memandang tuan Luke.. daging unta dipotong menggunakan pisau dan dimakan begitu saja. Nampak sedap tapi bagi orang yang tak pernah makan unta macam aku berselera ke?
Luke perasan dirinya diperhatikan oleh gadis itu terus memandang Yana. "Awak tak makan ke?" Soalnya.
"Daging unta tu rasa apa tuan" soal yana sambil matanya memandang daging unta masak kari itu.
"Rasa durian Maisarah."
Yana garu kepala yang beralas tudung bawal merah itu. Halah! Main loya buruk pula dia ni.
Luke memotong sedikit daging unta kemudian disuakan pada yana. Terpinga pinga Yana memandang. Masuk ke kedai ni memang aku terus blank! Serius!
"Try it. One bite" katanya. Yana mengambil garfu yang dipegang oleh Luke tapi laju saja Luke menarik semula.
"Saya suapkan. Tangan awak tu luka"
"Tangan kiri saya kan ada" jawab yana. Luke malas mahu melayan, disuapkan saja daging unta kedalam mulut Yana. Menjawab je kerja!
Yana teragak-agak mahu menggigit tapi disebab daging berada dalam mulutnya digigit juga. Mula mula perlahan gigitannya lama lama makin laju. Sedap pula daging ni.
"Delicouse's right? Daging ni kalau kena gaya masakannya memang sedap." Jawab luke lantas dia menceduk nasi dan diletakkan diatas pinggannya dan pinggan yana. Segala luak yang ada diletakkan diatas pinggan mereka..
"Kalau awak tak habis. Kita boleh bungkus saja.." Yana hanya angguk kepala kemudian dia menyambung makan semula.
Luke hanya memandang gadis ini makan dengan berselera. Luke turut tersenyum gembira.. phone diambil dari poket kemudian dia menangkap beberapa keping gambar tanpa gadis itu sedar lantas dia menyimpan semula phone kedalam poket.
"Terima kasih kasih tuan Luke. Baik tuan Luke hari ni" puji yana. Jus oren dihirup sehingga habis.
"Your welcome." Balas Luke.
Aku mungkin bukan seorang pembunuh lagi tapi aku akan membunuh sesiapa saja yang cuba nak ambil hak aku. Aku dulu mungkin suka kau yana..
Tapi sekarang cinta dan suka tu bertukar kepada obses. Aku obseskan Yana..tak akan ada siapa akan memiliki kau selain dari aku..tak dapat cara baik cara kasar masih boleh jalan.
YOU ARE READING
LUKE ARYANA
RomanceBila kau sudah jadi milik aku, Selamanya kau tetap akan jadi milik aku. Luke Bryan Lee. Jejaka yang disegani ramai orang. Seorang ahli perniagaan yang berjaya..dia ada segala-galanya, hanya petik jari saja segala benda yang dia mahukan sudah ada dep...