5

9.5K 484 40
                                    

I prefer to distance myself
whenever i'm in a bad mood
because i'll becomes the most
heartless person you'll ever meet💔

Yana memandang tuannya bila terdengar namanya disebut. Beberapa helai tisu diambil dan dilap mulutnya yang sedikit comot itu.

"I have something to tell." Kata Luke tenang. "Apa dia tuan Luke?" Soal yana. "Next week saya akan berjumpa dengan orang besar di Langkawi selama tiga hari. Dia nak berurusan dengan syarikat kita tentang binaan hotel di sana.. setiausaha saya tak dapat ikut serta sebab dia ada beberapa masalah rumahtangga." Tangan luke dicantumkan kemudian dia duduk secara menegak.

"Jadi?"

Dengan senyuman melebar "Jadi saya fikir saya nak awak gantikan tempat setiausaha saya untuk tiga hari. Jangan risau awak hanya perlu bawa beberapa helai pakaian awak dan beberapa helai pakaian dalam awak. Buku catatan juga jangan lupa bawak. Itu penting untuk awak catat apa yang kami cuba sampaikan" jelasnya.

Yana menunjukkan kearah dirinya. Lantas kepalanya di gelengkan. "Saya minta maaf tapi saya tak boleh nak gantikan tempat setiausaha tuan luke lagipun saya ni hanya pekerja bawahan tuan saja. Nak jadi setiausaha ni memang saya tak reti dan kalau boleh saya tak nak." Jawab yana. "Siapa boss awak?" Soal luke tegas. "Tuan Luke lah boss saya. Tapi masalah sek..." Jari tuannya mendarat dibibir yana agar diam. "Saya tak perlukan apa apa alasan dari awak Maisarah. Kalau saya suruh ikut just follow. Disebabkan awak pekerja bawahan sayalah, saya bagi arahan ni dekat awak.." katanya. Luke mula berdiri dan menuju kearah kaunter pembayaran.

Selang beberapa saat Luke kembali kearah tempat lantas tangan gadis itu ditarik lembut menuju ke arah kereta. Yana hanya menurut saja namun tiba tiba pegangan tangannya dilepaskan dan Luke sedikit tersentak. "Why Maisarah?".

"Saya rasa saya boleh balik sendiri kot tuan Luke. Teksi pun banyak dekat sana tu.." jari ditundingkan kearah terminal dimana banyak teksi berhenti berehat sementara menunggu penumpang datang menumpang. Wajah tuannya dipandang semula. "Jadi saya nak ucapkan terima kasih sebab belanja saya makan tadi. Sedap sangat makanan dia! Saya balik dulu ye. Bye!" Ucap yana lalu kakinya mula menapak menuju kearah terminal namun badannya sedikit tidak seimbang apabila lengannya ditarik oleh tuannya. Nasib sempat pegang cermin kereta.

"Where you want to go?" Soal luke. Yana ingin membalas namun tidak sempat bila dia terasa tubuhnya ditolak lembut masuk ke dalam kereta sejurus tuannya membuka pintu.

BAM!

Pintu dihempas kuat. Bahu yana sedikit terhinjut kemudian matanya memandang kearah Luke yang baru masuk kedalam kereta. Wajah tuannya seperti sedang menahan marah.

Tapi marah sebab apa? Marah sebab aku tolak pelawaan dia atau marah sebab aku cakap aku boleh balik sendiri?

"Pakai seatbelt Maisarah." Arah Luke sementara dia sedang memanaskan enjin keretanya. " Saya minta maaf" ujar yana perlahan.. Luke yang dari tadi memandang hadapan terus menoleh kearah gadis tersebut. "Untuk?" Yana memandang bawah. "Sebab saya tolak pelawaan tuan Luke tadi. Saya tak reti jadi setiausaha bagai.. kalau nak jadi setiausaha mesti kena seksi, kena tinggi, pandai bergaya dan of course kena lawa." Ujar yana. Luke ketawa kecil lantas gear digerakkan dan kereta mula berjalan.

LUKE ARYANAWhere stories live. Discover now