Love finds you
when you're ready💞Yana duduk di beranda. Angin malam sungguh mengasyikkan.. hatinya rasa tenang. Langit malam bertemankan bulan bintang dipandang lantas. Yana termenung.. termenung memikirkan seorang jejaka.
Dragon. Dia akui dulu dia sangat membenci kan lelaki itu..banyak masalah timbul bila lelaki itu muncul. Dari hidup dia bahagia disamping keluarga dan kawan kawan..bila dia muncul hidupnya berubah menjadi kucar kacir..hari biru dan semua benda serba tak kena! Perutnya disentuh sebelum dia mengeluh.
"Kalau awak tak tinggalkan mama, mesti mama tak sunyi macam ni. Kalau awak ada, mesti awak dah besar silap silap awak dah pandai jalan dah kan? Mama ingat lagi masa mama mengandungkan awak, ibu dengan abah selalu pesan dekat mama jangan buat kerja berat nanti takut benda lain yang jadi..mama happy sangat sebab ada keluarga macam tu. Diorang dapat terima mama walaupun mama macam ni, mama dicerca orang kampung, dihina, dikutuk.. macam macam lagi. Tapi sekarang mama sorang sorang, mama tak ada sesiapa.. ibu dengan abah mama dah tak ada, Abang mama hilangkan diri lepas pemergian ibu dengan abah. Papa.." ayat Yana terhenti. Lantas dia tersenyum malah perutnya yang tiada apa apa didalam diusap kembali bagaikan ada bayi didalam.
"Mama rindukan papa sayang. Rindu sangat dengan dia, mama nak jumpa dia tapi mama tak tau dia dekat mana sekarang. Entah ada atau tak, dia sihat tak.. sekarang dia buat apa. Mama nak jumpa dia, mama nak minta maaf" air matanya mula jatuh membasahi pipinya. Nafasnya turun naik sebelum matanya memandang langit semula.. keluhan diberikan.
Papa? Sejak bila perkataan papa aku sebut?
"Mana awak? Saya minta maaf sebab layan awak macam tu dulu. Awak dah tak nak jumpa saya ke? Baliklah sini jumpa saya"
Senyuman hambar terukir dibibirnya. Entah kenapa hatinya bergitu tersentuh dengan ayat ayat yang dilontarkan oleh gadis itu. Bukan niat untuk menipu dia tapi masa belum sesuai untuk dia tunjukkan diri dia yang sebenar. Sejujurnya dia bukan tak rindukan gadis itu.. terlebih rindu! Kalau dia tak cintakan gadis tu buat apa dia buat semua ni? Dia lebih rela dirinya hilang nyawa asalkan gadis kesayangannya itu selamat.Bingkai gambar yang mempunyai gambar yana dipandang sebelum dia mengambil bingkai tersebut dan dikucup lembut. Diusap gambar tersebut kemudian dia meletakkan semula diatas meja. Luke bangun dari duduknya dan berdiri dihadapan cermin..baju yang tersarung pada tubuhnya dibuka dan dicampakkan diatas katil bersaiz king. Matanya melirik kearah tatoo naga yang elok terbentuk ditubuhnya sebelum tangannya menyentuh garisan lukisan tersebut. Otaknya masih dapat mengingati setiap sentuhan dari yana.. biarpun terpaksa.
"Kita akan jumpa yana." Ujarnya berulang kali lalu tubuhnya dihempas kuat. Tangan diletakkan dibawah kepala sambil matanya memandang siling. "I'll miss you too yana. Kau akan jadi hak aku Yana.. aku tak akan bagi lelaki lain sentuh kau selain dari aku. Aku akan pastikan kau dengan aku.."
"sampai bila bila"
Akhirnya lelaki itu terlena.
Pada esok harinya, Yana dan Sarah seperti biasa akan keluar dari rumah tepat jam enam pagi. "Ermm Sarah." Panggil yana. Sarah yang sedang memandu hanya memberi isyarat saja..pagi pagi ni jalan memang tak sesak sangat tapi bahaya.
"Tuan Luke ajak aku pergi Langkawi. Dia kata orang besar dari sana nak berurusan dengan dia pasal pembinaan hotel." Kata yana sambil matanya memandang depan. "Bukan tu tugas kak ros ke? Dia lah yang kena ikut boss pergi mana mana, kenapa kau pula yang nak kena follow dia?" Soal Sarah.
"Tuan luke kata, kak ros ada masalah rumahtangga. So dia suruh aku gantikan tempat dia untuk tiga hari ni..aku mula mula tak nak pergi tapi dia paksa paksa aku suruh ikut. Lepas tu semalam dia belanja aku makan makanan mahal" jawab yana. Sarah mula pelik.
Bos jarang belanja orang makan? Lagi lagi pekerja dia..tapi pahal minah ni boleh lepas pulak? Hah lagi satu boss tak akan paksa paksa orang untuk ikut dia pergi mana mana..kalau kata boss ada nak jumpa orang besar dekat luar syarikat dan kebetulan kak ros tak dapat ikut atas alasan tertentu boss akan pergi sorang sorang? Semalam pun masa dia rancak berbual dengan yana boss pandang yana lain macam.. hurmmm.
Masalah rumahtangga ada ke sampai berminggu minggu? Kalau ada pun mungkin kes cerai? Kak ros nak bercerai ke?
"Kau tak rasa pelik ke Yana dengan boss tu?" Soal Sarah. "Pelik macam mana?"
"Yelah sebelum ni boss kan jenis dingin je dengan semua orang. Muka kadang kadang ketat je.. aku rasa boss ada somethinglah." Jawan Sarah. " Something macam mana tu?" Sarah diam. "Aku rasakan boss ada niat tak baiklah dengan kau. Better kau hati hati dengan dia.. dia tu lelaki tau, bila bila masa je dia boleh buat benda tak elok dengan kau tambahan pula dia bukan Islam." Pesan Sarah. Yana menyandarkan kepalanya diseat sebelum nafas dihela perlahan.
Dia terfikir akan satu benda..
Suara dia seakan-akan suara Dragon. Atau dia memang dragon? Cuma identiti je yang membezakan?
Sejam kemudian mereka berdua tiba dia syarikat. Kereta diparkir dihadapan pintu masuk. "Asal kau park sini? Sini kan tempat parking untuk tuan Luke?" Soal yana pelik. "Kau masuk dulu, aku nak beli barang sekejap. Aku lupa semalam Adam ada suruh aku beli barang dia tapi aku tak beli." Jawan Sarah dengan sengihan mula melebar. Yana geleng kepala kemudian dia mula turun dari kereta sarah dan melihat Sarah pergi tinggalkan dia.Belum sempat kaki melangkah masuk kedalam syarikat. Phonenya berdering. Bila dilihat dilihat screen ternyata yang membuat panggilan dari Rayyan. Panggilan diangkat dan dijawab "assalammualaikum Rayyan. Kenapa call pagi pagi ni?" Soal yana. "Waalaikumussalam. Kau busy ke sekarang? Ke kau tengah membongkang atas katil lagi?"
"Taklah. Aku baru nak masuk kerja ni. Pahal?" Terus bertukar kasar bahasa yana. "Ni aku nak bagitau ni, hana dah bersalin pukul lima pagi tadi." Jawab rayyan. Yana yang mendengar hanya mampu mengucapkan syukur saja. Gembira sahabatnya selamat bersalin dan selamat jadi ibu.
"So sekarang kau nak aku buat apa? Nak azankan dekat telinga anak kau? Manalah tau kau tak reti ke kan" usik yana sambil dia tergelak tawa. Terhibur dengan Rayyan sebenarnya.
"Babi! Aku tak buta agama sangatlah sial. Ni kalau kau ada masa free datanglah sini jenguk dia.. dari tadi paksa paksa aku call kau suruh kau datang sini tengok. Lagipun hospital ni tak jauh pun dari tempat kerja kau..nanti aku kasi location." Jawan Rayyan. "Okay bosskurr..nanti aku free aku datang sana. Aku off dulu tau bye" kata yana kemudian dia mematikan talian. Kakinya mula melangkah masuk dalam syarikat.
Sementara Luke hanya memerhati gelagat gadis itu dari dalam kereta. Sengaja dia datang awal hari ni sebenarnya. Stereng kereta digenggam kuat sehingga urat jantannya timbul ditangan.
Siapa yang dia call tu?
Ermm guyss..i'm so sorry sebab lama tak update.. because serius sis tak idea untuk bab ni..sis jadi blank..so bab ni mungkin agak kurang seronok sikit..gaya bahasa pun dah macam lari sikit hahahaha..soooo sorry awak semua 😫😫..ni je sis mampu buat..
YOU ARE READING
LUKE ARYANA
RomanceBila kau sudah jadi milik aku, Selamanya kau tetap akan jadi milik aku. Luke Bryan Lee. Jejaka yang disegani ramai orang. Seorang ahli perniagaan yang berjaya..dia ada segala-galanya, hanya petik jari saja segala benda yang dia mahukan sudah ada dep...