OutStation And Marry Him🌹

6 0 0
                                    

Selepas seminggu lebih balik dari rumah Uncle and Aunty Myaa , papa kena pergi outstation dekat Canada . So , aku cadang dekat papa untok bawak aku dan mama sekali as a vacation but papa cakap tak boleh sebab ni urgent dan bulan depan kena pergi sana dah . So , papa akan bawak mama as his PA and i just stay at this house with MakLimah . Malangnya , abang aku pon takde kat rimah sekarang sebab dia tinggal dekat Johor Bahru . Aku pon ikut je la papa cakap apa sebab aku malas nk lawan cakap papa . Aku malas untuk turun ke bawah untok makan malam malam ni . Aku dudok terlerap dalam bilik aku je la . Tetiba aku terus tertidur .
.
.
Aku terjaga sebab terdengar orang bising sangat kat luar bilik aku . Aku bangun untok bersihkan diri dan bersiap turung kebawah . Selepas sejam lebih aku mandi , aku pon menyiapkan diri untuk turun kebawah dengan mengenakan dress merah jambu tanpa lengan dan labuh tu takde la labuh sangat takat peha je la . Aku biarkan rambutku yang paras pinggang tanpa diikat sebab agak basah lagi . Tiba sahaja aku di ruang tamu , aku hampir terpelecot jatuh tetapi ada tangan yang sempat menyambar pinggangku ini . Alangkah terjejutnya aku , tuan tangan yang menyambutku itu adalah milik Haiden . ' Tapi kenapa dia ada kat sini ' bisik hatiku .
Dalam keadaan kami yang masih begitu , kami dikejutkan dengan bunyi deheman dan batukan dari arah dapur . Rupa-rupanya itu adalah suara milik kedua ibu bapa kami . Dia melepaskan aku dengan berhati-hati takut aku terjatuh lagi dan kami pon berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku . Aku berjalan menuju ke arah mereka berempat dan bersalaman dengan Aunty Myaa dan Uncle Izhar . Kami duduk di ruang tamu tempat Haiden dan aku melakukan aksi yang acah-acah sweet sebentar tadi . Aku duduk di lantai sahaja yang berdekatan dengan mama dan papa manakala berhadapan dengan Haiden . Terdetik dalam hati aku ' macam mana la kalau aku kena kahwin dengan Si Haiden ni kan !? ' . Aku termenung sendirian memikirkan tentang perkahwinan aku dan Si Haiden yang selalu saja menyelamatkan aku . Lamunanku tersentak apabila mama memanggil namaku sambil menggoyangkan sedikit badanku .
.
.
.
" Ishh , anak mama nii berangan aje tahu . Zarra dengar tak kami tengah tanya Zarra ni ? " .
Aku menggelengkan kepala sambil senyum menayangkan gigiku yang teratur cantik . " Apa yang mama cakap tadi , Zarra tak dengar la " .
Semua ketawa berdekah-dekah melihat reaksi aku sebentar tadi .
Tiba giliran Aunty Myaa pula bersuara " Zarra , Zarra nak tak jadi menantu Aunty ? . Aunty nak sangat kamu ni jadi menantu aunty ni sebab buat masa sekarang ni aunty rasa kamu la yang palin layak untuk jadi menantu aunty. "
Aku terbatuk kecil sebab terkejut dengan apa yang diutarakan oleh Aunty Myaa tadi . Aku terus memandang muka mama & papa . Seterusnya , aku pandang wajah Aunty Myaa dan Uncle Izhar . Wajah mereka penuh dengan sinar pengaharapan yang berharap aku akan terima lamaran itu . Aku pamer senyuman palsu untok menjaga hati mereka lalu aku terpaling memandang wajah Haiden pula . Wajah dia juga seakan aku menerima lamaran ibunya itu .
Aku meminta izin untuk mengajak Haiden ke luar rumah . Mereka hanya akur dan Haiden segera bangun melangkah mengikuti rentak gerakanku .
Tiba sahaja di taman mini milik mama itu , aku terus berpaling menghadap Haiden dan berkata " Awak tak kisah ke orang tua kita nk satu kan kita ? Awak takde kekasih ke ? Awak nak ke sepanjang hayat awak , awak tengok muka saya je ? Awak nak ke ? " . Aku bertanya seolah-olah pistol yang menembak tanpa henti . Namun , wajah Haiden masih lagi tenang seray berkata " Ye , saya tak kisah pon kalau parents kita nak satu kan kita . Now , saya masih takde someone speacial in my life except my parents . Saya ok je kalau tengok muka awak sepanjang masa sebab saya rasa saya dah jatuh cinta sejak pertama kali kita jumpa lagi . "
.
.
Giliran aku pulak nak jadi pistol kat awak Zarra bisikku.
.
.

" Saya pulak nak tanya awak ni . Awak taknak ke hidup dengan saya ? Awak tak sudi ke hidup dengan saya ? Or awak dah ada yang punya ? "
.
.
.
Aku terdiam seketika setelah mendengar soalan-soalan daripadanya . Aku berfikir-fikir sejenak 'adeke lelaki yang speacial dalam hidop aku ni . Mungkin dulu lernah tapi sekarang ni takde la . Halamak , macam mana aku nak jawab soalan-soalan cepumas daripada dia nih . Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal ini . Aku memandang tepat ke wajahnya , " Saya...saya... masih takde sesiapa yang boleh jadi suami saya buat masa sekarang ni tapi .... Ermmm , tapi awak . Saya rasa masih awal la untok saya ada suami dan bergelar isteri . Saya takut tak dapat jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri nanti " . Haiden mempamerkan senyumannya yang menggoda itu kepada ku seraya memegang tanganku . " Takpe la awak semua bende tu kite boleh belajar setelah kita betul-betul bergelar suami isteri ." Aku mengangguk tanda memahaminya .
"So , now awak dah ready and setuju la nak jadi wife saye ni ? " .
Aku terpana dan terpempana dengan kata-katanya . Aku tidak mengangguk dan tidak menggeleng.
Aku mempamerkan senyuman plastikku kepadanya lantas dia menarik tanganku masuk semula ke dalam rumah .
Sebelum kami bergerak ke ruang tamu , dia berhenti dihadapan aku dan duduk melutut " Will you marry me Izarra Natasha ? " .
Aku terkejut dan terus mengangguk tanpa ku sedari . Dia menarik senyum yang cukop menawan setelah melihat reaksiku itu .
Lantas dia menyarungkan cincin di jari manisku lalu bangun memelukku . Terdetik dalam hatiku ' adakah ini real atau hanya satu fantasi ? '

Takdir Kita Bersama 🌹Where stories live. Discover now