Epilogue : Lelaki misteri

14 1 0
                                    

' Lagi berapa minit pertunjukkan bunga api tu nak mula ? '
Tanya Yoongi kepada Jimin , yang sedang membelek risalah festival itu.

" dalam... lebih kurang 15 minit hyung! woaaaah , tak sabarnya!!"

Jimin yang berada di sebelah kiri Yoongi hanya memerhatikan hyungnya yang sedang tersengih sendiri, sambil membuka semua pek makanannya.

" Hyung , Min nak beli air ni ,, hyung nak air apa ? "

Yoongi berfikir sejenak , lalu tersenyum.
' Teh bunga '

" coming! "

.
.
.

" Terima kasih ahjumma "  Ucap Jimin sambil menghulurkan sekeping wang kertas kepada penjual air tersebut.

Jimin berjalan perlahan , menikmati panorama pada malam hari , bintang-bintang yang bertaburan di langit memberikan sedikit sebanyak cahaya dan keceriaan pada langit yang kelam itu. Dia juga berharap agar kehidupannya yang kelam akan didatangi oleh sinaran ...  Jimin tersengih ,
" Oh yaa ,, Taehyung lah sinaran tu.." 

Pandangan matanya yang tadi merayau ke kawasan sekitarnya kaku apabila melihat dua orang jejaka yang berpakaian hanbok , jenis yang sama seperti dia dan Yoongi pakai malam ini.

Tetapi , perkara itu tidak mengganggu Jimin. Apa yang mengejutkannya ialah , salah seorang daripada lelaki itu..

    Jimin hampir terduduk , air yang dibelinya tadi hampir terlepas dari pegangan tangannya.
" Tae- Taehyung.."  Ucapnya perlahan.

  Lama Jimin memerhatikan wajah lelaki itu . Namun , semakin dilihat , semakin mirip wajah lelaki itu dengan mendiang sahabatnya , Kim Taehyung.

  " ah , mesti aku tengah mengarut ni "  Kata Jimin sambil menggosok-gosok mata menggunakan lengannya.

" Tapi..kenapa macam..pelik ? "   Pandangan matanya teralih apabila dia menyedari bahawa  lelaki yang memimpin lelaki tadi itu melihatnya.

Jimin terus bergerak , dan melajukan langkahnya.. semakin laju mendekati Yoongi dan

Splash!

"Hy..Hyung! Mi-mianhaeyoo! "  Jimin yang menggelabah serta merta mengeluarkan kertas tisu daripada koceknya , mengelap wajah Yoongi yang basah.

' Hehe, mandi pula hyung malam malam ni , air teh bunga pula tu ' sambung Yoongi yang juga telah berdiri , membiarkan air tersebut melepasi permukaan kain bajunya.

" Aish.. apa Min dah buat nii.. habis rambut hyung.. Surat khabar pun dah basah, huwaaaaa "  Jimin meluahkan rasa bersalahnya , diikuti dengan nafasnya yang masih laju.

' Min kena kejar sesuatu ke tadi ?  '  Tanya Yoongi setelah mendengar nafas Jimin yang sangat laju.

" Anii.. Min.. "  Jimin terdiam , dia masih tercungap-cungap.

' Mind to tell me ? '

" I don't want to.. "  Jimin terdiam.

" Nanti hyung ingat Min dah gila "     Sambungnya perlahan.

Yoongi memberikan riak wajah yang aneh.

" Okay.. sebenarnya tadi , Min ternampak sorang lelaki ni.. muka dia sama , sama macam.. "  Jimin tidak menyambung ayatnya. Yoongi yang berbuat demikian.

' Taehyung ? '
Jimin tersentak .

" Macam mana hyung tahu ? "

' Hyung pun ada nampak lelaki tu tadi.. '  Yoongi tersenyum

' Masa tu... kita baru je sampai sini . Hyung pun ingat hyung dah gila hahahhaha . '  Jimin menunduk memandang rumput.

.
.
.

* selepas tamatnya festival *

  "  Hyung.. Min rasa lega sangat harini "  Kata Jimin , membaringkan badannya ke tanah , tidak menghiraukan kotoran yang bakal melekat pada bajunya.

' nampaknya , hyung pun rasa macam tu , '   Yoongi kemudiannya menyertai Jimin di tanah.

Suasana menjadi agak sunyi, dek kerana yang tinggal hanyalah para penjual yang sedang mengemas , mereka berdua ,dan beberapa pengunjung yang lain.

" Hi.. maaf mengganggu "  Seorang lelaki datang menghampiri mereka berdua , memimpin seseorang di sebelahnya.

Yoongi terbangun , matanya tertumpu pada lelaki yang dipimpin.

" Saya namjoon , Kim Namjoon.." Lelaki tersebut menghulurkan tangannya.  Mata Yoongi masih tidak lepas daripada menatap wajah lelaki yang dipimpin itu.

" Ouh ya ,  Ini Kim Tae- "   Belum sempat Namjoon menghabiskan kata-katanya , Yoongi dengan serta-merta memeluk lelaki itu.

  ' Tae-- Taehyung..? how are you ?  did you live well ? '  Yoongi mengusap rambut lelaki itu  , menyatakan kerinduannya terhadap Kim Taehyung. Lelaki itu tersentak dan mendiamkan diri.

"  Ini Kim Taehyun , adik saya.. dia , tak dapat melihat "
Yoongi meleraikan pelukannya , dan serta-merta menunduk meminta maaf. Jimin yang masih lagi kaku hanya berdiri melihat Taehyun.

" Awak..Min Yoongi ? "  Taehyun mula bersuara dan menyentuh wajah Yoongi.

' Ya..saya Min Yoongi ' Yoongi memegang tangan Taehyun dengan lembut.

Namjoon tersenyum . Taehyun juga tersenyum , dengan lebar sekali. Dia menyambut pegangan tangan Yoongi.

" Terima kasih sebab dah jagakan abang saya , Kim Taehyung "

Papillon [ Butterfly ]Where stories live. Discover now