3♡

21 2 0
                                    

Lelaki itu berjalan mendekati kereta miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lelaki itu berjalan mendekati kereta miliknya. Tanpa dia sedar akan perubahan yang terjadi pada kenderaannya itu, dia terus masuk ke dalam perut keretanya. Ketika dia cuba menghidupkan enjin keretanya itu, dia terlihat ke arah cermin keretanya.

"Notis apa pula? Parking dekat sekolah pun kena saman?" Lelaki itu menyoal sendiri dengan perasaan yang begitu curiga. Dia terus keluar dari kereta dan mengambil sekeping kertas kecil berwarna merah jambu yang terlekat di cermin keretanya.

Dear orang gila yang buta,

Terima kasih sebab dah lenyek si katak comel ni dengan duit RM 10 yang sedang tersekat dekat tayar awak tu. Sebagai tanda penghargaan, sila lihat pada tayar kereta awak yang gila seperti awak.

Lot of love,

Si katak comel, bakal jodoh awak.
Xoxo :*

Kertas itu terus dironyok (?) oleh lelaki itu dan dia duduk mencangkung mendekati tayar keretanya. "Oh tak guna punya katak puru! Kau pancitkan tayar aku? Oh my baby. Don't die now. Your husband still needs you." Omel lelaki itu tanpa dia sedari dia sedang diperhatikan oleh aku dan Diyana.

Aku yang sudah lama bersembunyi bersama Diyana di sebalik kereta itu pun terus keluar menjelmakan diri dengan gelak tawa yang begitu besar. "Tayar pancit ke abang?" Soal aku dengan nada percakapan aku seperti dialog yang disampai dalam filem "Seniman Bujang Lapuk".

Lelaki itu pandang aku dan Diyana dengan muka yang amat marah. Tangan kanannya dikepal dijadikan penumbuk. "Kau memang nak mati katak dengan aku ke budak?" Soalnya dengan nada sinis.

"Ewah, sedapnya mulut kau ye? Kau siapa nak tentukan hidup dan mati kakak aku?" Balas Diyana dengan kasar sekali tanpa sempat aku membuka mulut.

Lelaki itu selangkah demi selangkah mendekati kami dan dia memandang tajam tepat ke arah anak mata Diyana. "Aku tak bercakap dengan kau la bijak. Sekarang ni, dia ni dah pancitkan tayar aku. Aku nak balik naik apa? Kau orang nak hantarkan aku?"

Sekali lagi, aku ketawa. "Hahaha.. padan dengan muka awak la. Siapa suruh bawa kereta tak tengok depan kan? Sekarang ni la balasannya. Sekarang ni, bila buat dosa, dibayar cash tau dekat dunia. Ni sah ponteng kelas agama." Jawab aku pula.

"Dah pandai kau nak menyekolahkan aku? Sekarang ni, aku nak bawa kau ke balai polis. Kecil-kecil macam toyol pun dah pandai nak buat vendalisme hah? Apa mak dengan bapak kau tak pernah ajar kau orang ni beradab sikit ke?" Cebik lelaki itu dengan kata-katanya yang agak kasar.

Aku dan Diyana masing-masing muka sudah mula memerah akibat menahan amarah. Aku dengan tidak semena-mena terus menampar kuat pipi lelaki itu. "Mak bapak ni jangan awak sentuh eh? Silap hari bulan, saya yang bawa awak ke balai sebab cubaan membunuh saya tau?" Marah aku.

Diyana tersenyum sinis. Dia menarik aku supaya berlalu dari situ sementara lelaki itu masih membeku akibat tamparan kuat aku tersebut. Sambil kami berdua berjalan meninggalkannya, Diyana sempat berkata, "Mak kita orang ajar, balik sekolah terus balik. Jangan dekat dengan stranger, nanti kena culik. Mak saya juga ajar, sebelum balik bagi salam. Baru beradab. Assalamualaikum orang tidak dikenali." Sambung Diyana lagi. Wah, hebatnya kau adik!

Lelaki itu hanya melihat bayang-bayanf kami yang mula menghilang daripada penglihatannya. Pipi yang ditampar tadi dia usap perlahan-lahan bagi mengurang pedih yang masih terasa. Tiba-tiba lelaki itu tertawa sendiri, "hah? Cubaan membunuh? Girls, both of you are so funny. Katak oh katak. Harini hari kau. Esok lusa, mati katak la kau dengan aku."






"Yana! Hana! My babies!" Jerit seseorang. Aku dan Diyana terus mengalihkan pandangan dan tertumpu kepada pemilik suara tersebut. Kelihatan seseorang yang kami kenali keluar dari sebuah kereta dan melambai ke arah kami.

Serentak aku dan Diyana menjerit, "abang Aiman!" Kami berlari-lari anak menuju ke arah Aiman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Serentak aku dan Diyana menjerit, "abang Aiman!" Kami berlari-lari anak menuju ke arah Aiman. "Abang ambil kita orang harini? Ibu mana?" Soal aku.

"Sah ibu ada meeting." Kata Diyana yang menjawab pertanyaan aku kepada Aiman.

Aiman mengangguk dan mengusap lembut kepala Diyana yang tersarung tudung sekolah itu. "Pandai pun adik abang. Dah jomlah masuk kereta. Panaslah, hitam abang nanti." Pelawa Aiman.

Aiman Suhami, abang tiri aku dan Diyana. Ayah aku dan Diyana bernikah dengan mak Aiman ketika Aiman berusia 7 tahun. Pada mulanya hubungan keluarga kami berdua tidaklah serapat sekarang kerana biasalah, hidup bermadu. Tetapi, lepas ayah meninggal sebab cuba selamatkan kami bertiga ketika jadi tebusan orang yang cuba mengambil alih syarikat ayah, ibu dan mama, iaitu mak kepada Aiman mula menjadi rapat seperti sebuah keluarga yang bahagia. Okay dah, sampai sini sahaja biodata pasal Aiman. Oh ya, Aiman masih tidak berpunya dan mungkin kekal membujang.



"Hah! Jauh termenung kau orang berdua ni. Kenapa masam lain macam je." Tegur Aiman.

"Jumpa orang gila." Jawab aku sambil memandang ke arah luar tingkap.

"Salah kau juga Hana." Kata Diyana kepada aku. Aku mengeluh berat dan menampar betis Diyana dengar kuat. "Auch! Sakitlah. Betul apa aku cakap."

"Kau ni, nak sokong kembar kau ke nak sokong orang gila tu, Yana?" Marah aku.

Aiman menggelengkan kepalanya namun dia tetap fokus dengan kereta yang dipandu. "Apa kau orang ni. Orang gilalah, sokong kembarlah. Apalah. Cer cerita dari A sampai Z dekat abang. Telinga abang ni tak pekak lagi nak dengar cerita kau orang berdua." Jelas Aiman.

"Kak Hana kena langgar dengan orang gila." Kata Diyana dengan tenang.

Kini, aku pula yang sambung, "Kita orang berdua, pancitkan tayar kereta orang gila."

Aiman terus menekan pedal break kereta secara mengejut. "Apa?!"



K CLICHE DISITU.

TBC!

First love♡Where stories live. Discover now