1♡

23 1 8
                                    

"Farhana! Diyana! Bangun! Dah lewat nak pergi sekolah ni." Kejut ibu. Aku dan Diyana masih lagi tidak memberi apa-apa respon terhadap suara lantang ibu itu. "Pekak ke anak-anak ibu ni ha?" Pekik ibu lagi.

"Lima minit lagilah ibu." Kata aku dan Diyana secara serentak. Selimut masing-masing kami tarik menyelumbungi satu tubuh kami. Pagi-pagi dah memekak, subuh pun belum aku dengar azannya.

Ibu menggelengkan kepalanya. Dia bergerak menuju ke bilik air dan mengisikan air penuh ke dalam dua cawan besar yang selalu kami gunakan untuk mencuci gigi. "Lima minit? Tak nak bangun eh?" Ibu menarik nafasnya panjang dan menjerit, "Farhana! Diyana! Rumah terbakar! Ah, panas! Panasnya! Ya Allah, tolong ibu anak-anak! Lari! Lari! Api! Api!"

Mata aku automatik tercelik selepas mendengar jeritan lakonan ibu itu. Aku terus bangun dari katil aku dengan perasaan yang sangat panik. Lantas, aku  terus belari menuju ke katil kembarku, Diyana dan mengejutkannya dengan segera, "Yana! Api Yana! Rumah kita terbakar wei! Jom lari cepat. Aku tak nak mati macam ni! Wei bangun api! Argh tolong! Jiran tolong!"

Ibu seakan-akan menahan ketawanya kerana lakonannya agak menjadi pagi ini. Diyana pula masih tidur. Telinga ditekup dengan bantal kecil yang ada disisi katilnya itu. "Apa kau ni Hana? Mimpi basah ke kak? Diam la. Beta perlu beradu sekarang ni. Dah, kau pergi sana kak." Katanya dalam keadaan mamai.

"Mimpi basah otak kau! Api la pandai! Kita terbakar ni! Rumah kita terbakar. Kau dengar tak?" Sambung aku dengan nada yang tinggi.

Diyana terus bangun dengan rambutnya yang kusut itu dan air liur yang masih tersisa dipipi. "Api?! Mana api? Mana api? Tolong! Tolong! Kami terbakar! Kebakaran! Bomba mana? Bomba ninoninonino!" Panik Diyana.

Ibu bergerak selangkah demi selangkah mendekati kami berdua. Tangannya laju dan terus menyimbah kami dengan dua cawan besar penuh air sejuk itu. "Ni api kau orang! Api syaitan yang lekat dekat badan sampai tak bangun subuh! Padan muka." Bising ibu.

Aku dan Diyana masing-masing terkesima. Kami melihat rambut dan baju kami yang sedikit basah itu. Ah! Terkena lagi. "Ibu!" Renget kami berdua.

Ibu hanya ketawa kecil. "Hahaha....cepat siap and jangan lupa qada' solat ya? Tata, ibu nak pergi panggil abang bomba kau orang tu."











"Ni pergi sekolah, belajar elok-elok. Jangan nak menggatal pergi cari jodoh yang tak berapa nak jodoh tu pula ya? Ingat pesan ibu, jadilah pelajar yang berwibawa, cemerlang dan terbilang. Sekolah ni tempat untuk kamu berdua menimba ilmu. Kadang-kadang cikgu marah tu janganlah pula kamu nak melenting ya? Lagi satu, sekolah ni juga merupa tempat untuk kamu..." Nasihat ibu panjang lebar sebelum aku dan Diyana turun dari perut kereta ini. Ini kalau dibiarkan memang 2 jam dalam kereta.

"Chop! Ibu, kita orang dah lewat ni ibu. Meh tangan nak salam." Potong Diyana dengan laju. Fuh, pandai kau adik. Kalau tidak, mesti ibu tak habis-habis dengan tazkirah dia.

Ibu mencebik. Tangan kanannya dihulurkan kepada kami berdua yang duduk di belakang. Aku terlebih dahulu mencium tangan ibu dan diikuti dengan Diyana. Pipi ibu kami kucup lembut dengan penuh perasaan kasih.

"I love you ibu! Bye!" Kami keluar dari perut kereta itu dan melambai ke arah ibu sehingga bayang kereta yang dipandu ibu sudah tidak kelihatan. Kami mengeluh lega. "Nasib baik dia tak kasi tazkirah panjang dia tu sampai habis kan?" Kata Diyana. Aku hanya mengangguk kecil.

Aku dan Diyana masuk ke kawasan sekolah bersama-sama. Kami berjalan melepasi pagar sekolah dan ada sesuatu yang memberhentikan langkah aku. "Eh kejap Yana." Kata aku sambil memfokuskan anak mata aku kepada sesuatu benda yang ada di atas jalan tar sekolah kami itu.

"Ish, kita dah lambat la kak. Jom la cepat. Biarkan sahaja la." Ujar Diyana.

Aku perlahan-lahan mendekati benda itu dan ia merupakan sekeping wang bernilai 10 ringgit yang berada di atas jalan tar sekolah. Aku terus duduk mencangkung dan mendapatkan duit itu. "Yeay! Dah dapat!" Sorak aku.

"Farhana! Hati-hati!" Laung Diyana dari tepi. Aku pun mengerutkan dahi aku tanda keliru. Aku terus bangun dan pandang ke hadapan sambil mendengar ayat terakhir sebelum aku jatuh ke tanah, "Kereta!"

Ya, ada kereta yang laju meluru ke arah aku. Kereta itu sempat brek mengejut namun malang tetap tidak berbau. Bahagian depan keretanya ada melanggar sedikit kaki aku membuatkan aku jatuh secara drastik. Aku mengaduh kesakitan. "Aduh! Siapalah yang buta sangat bawa kereta ni?" Kata aku.

Pemandu tersebut langsung tidak turun untuk menanyakan tentang diri aku yabg sudah dilanggar olehnya. Malah, pemandu itu tidak henti-henti membunyikan hon agar aku berada jauh dari pandangannya. Tch, sombong!

Aku menguatkan otot aku semula dan terus berjalan dan mengetuk tingkap kereta itu. "Woi! Buta ka?" Marah aku.

Pemandu tersebut menurunkan cermin hitam keretanya itu dan menayangkan wajah tidak berperasaan terhadap aku dan Diyana. "Kau ni kenapa jadi katak dekat depan pagar sekolah? Dah teringin nak rasa mati katak ke?" Katanya dengan nada yang serius. Aku pula terkejut dengan kata-katanya itu dan tidak memberikan langsung kata balas. "Hah? Bisu rupanya. Ingatkan buta ja. Oh ya budak, kalau kereta aku ada calar, aku saman kau. Okay?" Ujarnya lagi sebelum dia kembali menutup cermin keretanya itu.

"What?!" Hanya perkataan itu yang keluar dari mulut aku. Tangan baju kurung aku lipat sedikit dan tangan aku laju ingin mengetuk semula cermin keretanya namun aku dihalang oleh Diyana. "Apa kau ni Yana? Janganlah halang aku."

"Dah la tu. Orang tengok kau. Kau tahu tak? Malu sahaja nanti. Lagipun, kau tu. Okay ke tak? Ada luka tak?" Soal Diyana bertubi-tubi. Aku hanya mengeluh dan tidak menjawab pertanyaan Diyana. Tangan aku terus menarik Diyana mengikut aku menuju terus ke kelas.

Ketika menuju ke dalam kelas, otak aku hanya memikirkan sesuatu. Aku harus balas dendam akan tindakan kasar pemandu itu. Tch! Jangan ingat dia lelaki aku takut. Ni mesti dia ni senior Form 6 bajet handsome tu. Eh? Handsome ka dia?

TBC


First love♡Where stories live. Discover now