5♡ (Injection of love💉💕)

22 1 4
                                    

"Kembar, nak pergi mana?" Tegur dia.

Ah, masaklah aku. Tangan Diyana aku pegang erat. "Kita orang nak jogging, nak panaskan badan dulu. Longgar-longgarkan otot tangan ni. Senang doktor nak tolong cucuk kejap lagi. Hahaha..." Kata aku sambil

Dia mengangkat kening kirinya itu seperti Ziana Zain. "Ouh? Kiranya bersedia nak cucuklah ni?" Soalnya lagi.

Aku dan Diyana sama-sama menelan air liur dengan perit sekali. Aku menggelengkan kepala aku dengan laju. Aku harus cari jalan untuk lari daripada sini. Aku menarik nafas sebelum aku mula berkata, "Ha ah, dah ready sangat-sangat." Ayat ini yang keluar daripada mulut kecilku.

Diyana membulatkan matanya. "Kak? Kau gila ke? Errr ready kejadah kau." Marah Diyana dengan nada membisik itu. Tangan aku tak habis-habis ditarik olehnya namun kaki aku langsung tifak mengorakan sebarang langkah.

"Ha ah, ready sangat-sangat. Tetapi, tulah kan. Nama saya Farhana, dia ini pula Diyana. Giliran kami mesti lambat. Kan ramai yang nama mula dengan huruf 'A' macam doktor yang kacak ini." Tambah aku lagi.

Aku nampak dia ketawa dalam diam. Dia mengangguk faham. Dia terus naik ke atas pentas dan mengambil beberapa helai kertas yang nampaknya seperti ada nama setiap pelajar di atas helaian kertas itu. Dia terus memberikan kertas tersebut kepada jururawat yang bertugas.

Aku dan Diyana menghembus nafas lega selepas kami sudah berjaya mengharungi halangan yang pertama. Selepas semua jururawat serta doktor sedang sibuk menyiapkan peralatan masing-masing, aku dan adik kembar aku terus memulakan semula misi yang tertunggak sebentar tadi. Kami berjalan dengan pantas ingin menuju ke pintu keluar dewan tertutup tersebut.

Namun, sekali lagi, langkah kami disekat apabila nama kami disebut, "Nama yang saya panggil ini sila naik pentas, Farhana Humairah Binti Ahmad Wafi dan Diyana Fakhirah Binti Ahmad Wafi."

"Eh kejap, kenapa kita orang dua kena naik pentas?" Soal aku. "Ha ah, bukan ke Si Amira Othman celup tu dulu ke yang kena." Sambung Diyana pula.

"Amira tu belum ready. Bagi orang yang ready siap berjogging tu cuba dulu. Tadi kan tergedik-gedik nak kena cucuk." Laung si dia dari atas pentas itu. 

Aku mengembungkan pipi aku dan memberi renungan tajam kepada dia. Dah la panggil aku dengan Diyana kuat-kuat sampai semua orang pandang kita orang. Lepas itu, dia panggil kita orang ni tergedik-gedik? 

"Tercegat apa lagi dekat bawah tu? Jogging 5 round masih tak cukup ke? Nak kena buat lompat bintang pula ke?" Perli si dia.

Aku dan Diyana terus berjalan dengan perasaan yang gemuruh naik ke atas pentas. 4 buah meja yang diduki oleh 4 orang doktor itu kami lihat. Tiba-tiba pergerakan aku terhenti. "Adik, kau pergi dulu. Kau jadi testimoni. Kalau kau tak nangis aku pergi. Kalau kau nangis, aku cabutlah." Terang aku. Diyana yang mendengar kata-kata aku terus terlompong mulutnya. "Apa kau terkejutnya. Betul apa. Lagipun nama kau mula dengan huruf 'D'. Ha pergi cepat. Tunjuk kau punya supernatural tu dekat dia." Halau aku.

"Tidak adil la macam ini. Meja ada 4 kot. Aku pergi dekat doktor gila tu, kau pergi dekat doktor perempuan tu? Cun tak? Atleast, bukan laki gila kau tu yang cucuk kau. Bijak tak aku?" Ujar Diyana dengan bangga sekali. Aku berfikir sejenak. Otak aku masih belum memberitahu jawapannya tetapi tangan aku sudah ditarik Diyana. "Fighting kak! Walaupun kita ni kembar, kau tetap kakak aku yang lewat 2.00000000080000000 saat? Okay?"

Aku terkaku buat seketika. Aku menarik nafas aku sedalam-dalamnya sebelum aku duduk di atas kerusi yang tersedia. Belum sempat aku melabuhkan punggung aku, nama aku sekali lagi dipanggil. "Saya nak Farhana. Diyana ni boleh tak Kak Hani ambil dahulu?" Pintanya dengan sopan. Doktor perempuan yang digelar sebagai Kak Hani itu mengangguk faham. "Hah, Farhana oooo Farhana, meh sini dekat 'abang kacak' awak ni." Panggil dia lagi.

Bulu roma aku bagaikan naik menegak apabila perkataan abang ditekan-tekan olehnya. Aku melihat Diyana yang tidak melawan dan hanya mengikut arahan yang diberi. Huh, habislah aku. "Dik, tukar tempat cepatnya. Saya nak cepatkan proses ni." Cakap doktor perempuan itu.



















Aku menelan air liur aku dengan kasar sekali. Aku duduk dikerusi yang berhadapan dengan si  dia. Name tag yang terlekat diuniform putih lelaki itu aku lihat sekilas. Aku mengambil nafas sebelum mula bersuara, "Doktor Aliff." Namanya aku sebut.

Dia hanya memberikan aku senyuman sinis dan kembali membelek fail yang berada ditangannya. "Doktor Aliff, apa yang doktor tak puas hati dengan saya?"

"Sakit kepala?" Tanya dia sambil anak matanya tidak langsung memandang akan wajah aku.

"Doktor, kenapa doktor bawa kereta macam orang mabuk?" Soal aku lagi dengan persoalan yang bertentangan dengan topik yang sepatutnya.

"Ada masalah kesihatan? Sakit jantung?"

"Doktor ni memang tak beretika ke?"

"Ada darah tinggi or darah rendah?"

"Doktor pekak ke?" Kata aku dengar kasar kali ini.

Dia menarik nafas lalu menghelanya dengan berat sekali. Pen yang dipegamg itu dia lepaskan dan melihat anak mata aku. "Last question, OKU atau normal?" Anak matanya tidak henti-henti melihat terus ke dalam mata aku. "Hmmm?" Bunyinya seakan-akan ingin meminta jawapan daripada aku.

"A-aa-apa maksud doktor?" Kata aku dengan gagap selepas kelakuannya itu membuatkan aku langsung tidak selesa.

Dia mengangguk laju. "Sah, OKU." Matanya kembali melihat fail tersebut. Tangannya kini tersarung sarung tangan putih dan memegang picagari yang mempunyai hujung jarum yang tajam. "Angkat tudung and turunkan bahu baju sekolah awak tu." Pinta dia.

Aku membulatkan mata aku. Bawah bibir aku digigit menahan geram. Ish, apa pula nak buka-buka. "Eh? Kenapa. Nak buat apa."

"Nak cucuklah apa lagi. Cepatlah. Aku minta sendiri ni, bukannya aku yang tolong bukakan tau." Jawabnya dengan nada yang agak mendatar.

Aku menelan air liur aku kasar. Aku memandang tepat anak matanya dengan tajam sekali. "Nak cucuk, cucuk sahajalah. Kenapa nak buka-buka bagai?"

Dia mengerutkan dahinya dan menggelengkan kepalanya perlahan. "Kalau aku cakap kau bodoh kau marah. Ni picagari ni, boleh sampai tepat ke urat kau kalau aku main cucuk tanpa tengok dulu and kau nak ke jarum ni lekat kuman yang ada dekat baju kau ni?" Katanya dengan panjang lebar.

"Tapi ni aurat saya. Doktor bukan mahram saya. Mana boleh tengok-tengok. Tapi, kalau doktor jadi suami saya bolehlah." Jawab aku.

Dia sekali lagi melihat aku, tetapi kali ini dia tertawa. Dia mengangkat tudung labuh aku dan juga bahagian bahu baju sekolah aku. "Jom nikah. Hi isteri." Tanpa aku sedar, suatu benda tajam memasuki lengan ku.

Aku rasa berdebar-debar dengan kata-kata dia. Kata-kata itu seakan-akan benar. Namun, tiba-tiba aku rasa sakit. Aku melihat tangan aku yang terdedah dan jarum picagari yang memasuki isi tangan aku. Aku membutangkan mata aku. "Sakitlah jodoh!" Aku terus menumbuk wajahnya dengan kuat sekali secara drastik sehingga semua orang didalam dewan terkaku.

Oh Tuhan, apa kau buat ni?

First love♡Where stories live. Discover now