chapter 23

1.9K 66 16
                                    

"Ahhhhh!!". Suara Nayra memecahkan kesunyian.

Rupa rupanya semasa dalam perjalanan ke blok asrama,Nayra terpijak katak licin yang melompat keluar dari semak.

Pelajar lain berpusu pusu berlari kearah Nayra.

"Lahh,katak ja pun,tu pun menjerit macam nampak hantu". Hafey mengambil daun dan menolak katak itu keatas daun. Lantas daun itu disua betul betul dihadapan muka Nayra.

Sekali lagi jeritan Nayra bergema. Nayra Dan rakannya cepat cepat berlari ke dorm.

Keesokannya

Hari kedua berada di kem tersebut agak memenatkan. Yelah semalam kena tidur lambat sebab taklimat untuk aktiviti hari ini.

Usai membersihkan diri,semua pelajar diminta untuk terus pergi ke surau.

"Jomlah cepat,nanti lambat pulak". Jerit Yann dari luar pintu dorm.Hasya sempat lagi membetulkan telekung berwarna coklat hazel dihadapan cermin.

"Yelah yelah,jom". Hasya orang terakhir yang menutup pintu memandang kearah Yann. "Mana yang lain?". Soal Hasya.

"Eyy kau ja yang tinggal,yang lain dah pergi dah".Yann menjeling geram kearah Hasya.

Semua pelajar sudah bersiap sedia untuk solat subuh berjemaah.Tiba tiba mata Haiqal tertacap kearah satu figura yang mengenakan telekung berwarna peach."cantik gilaa diaa". Sedang ralit Haiqal memandang Sarah,bahunya ditepuk oleh Reykal.

"Haa pandang apa tu". Reykal memandang tepat kearah tempat yang dipandang Haiqal."ouhh,usya anak Dara orang eh, eyy dah dah, jom solat, semua tengah tunggu kau Ni".

Selepas solat, semua pelajar berkerumun di dewan makan.

"Siapa imam tadi, bapak merdu do suara diaa". Seorang pelajar berbisik bisik di sebuah meja.

"Lahh, kau tak tau ke? Tu Haiqall lah". Jawab seorang lagi pelajar.

"Haiqal ke tadi? Menyesal pulak tadi aku puji suara imam tu, tapi tulah ,suara dia baca Al fatihah tadi memang gemersik ". Sarah bermonolog di dalam hatinya selepas terdengar perbualan pelajar Itu.

Heroes VS Gangster TroublemakerWhere stories live. Discover now